Jan 6, 2009

Perasaan Untuk Berubah Semakin Membuak - hendrastar v2

0

setelah berjam-jam memikirkannya, akhirnya aku telah mendapat kata sepakat untuk mewujudkan blog hendrastar v2 di dalam blogspot ni. ia akan mempunyai post yang sama seperti di dalam blog hendrastar sebelum ini. akan tetapi, post-post yang sebelum ini tidak akan wujud dalam laman blogspot ini kerana blogspot tidak boleh support file item dari wordpress.



hendrastar di wordpress akan tetap kekal sebagai wordpress dan manakala blogspot ni sebagai satu medan alternative lain untuk mendapat lebih hiburan atau "kegempakkan"

ya, blogspot ini memang suatu web yang style kerana kita boleh edit page blog kita bagaikan mengedit myspace dan widjet percuma yang berlambak-lambak ditawarkan. bukan seperti di wordpress, banyak item tidak dapat support dalam wordpress secara percuma. semuanya berbayar.

tetapi, masih tetap ramai yang mengatakan wordpress merupakan webblog yang lebih hebat dari blogspot. memang aku juga merasakan sebegitu kerana ramai golongan profesional yang menggunakan wordpress sebagai satu medan penulisan mereka.

aku terasa ingin mencuba blogspot ini kerana aku perhatikan blog dari rakan-rakan cyber aku yang lain yang menggunakan blogspot sebagai medan penulisan mereka. aku perhatikan, ada banyak widjet yang mereka paparkan dan berbagai2 theme yang mereka gunakan. terdetik hati aku pada 5 January 2009 untuk mencuba blogspot. dan, inilah hasil daripadanya. aku telah "me-modified" blogspot ini kepada kehendak hati ku sendiri.(agak susah untuk aku modified blog ikut kehendak hati aku ketika menggunakan wordpress)

blog ini akan terus berkembang dan akan ditambah dengan media-media lain yang sepatutnya.


cheers.

regard,
hendrastar

0 cemuhan:

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)