Jul 28, 2010

Ciri Ciri Isteri Solehah

6

http://3.bp.blogspot.com/_-4vnNcUwPCg/S0V6myIcqVI/AAAAAAAAALM/ksVnJsqz7vE/s400/isteri2.jpg

* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.


ps - aku terasa macam nak beristeri la plak.. :">

Fabrizio Faniello - I no can do (Wali - Cari Jodoh English Version)

1

Jul 27, 2010

Photoshop Actions – 4

0

Photoshop Actions Pack

0

Photoshop Actions – 6

0

50 Photoshop Postwork Actions

0

Photoshop Actions – 13

0

Photoshop Actions – 53

0

Photoshop Actions – 94

0

Jul 26, 2010

MUSE HAARP : Live In Wembley 2008 DOWNLOAD NOW!!

0



Plot:HAARP is a live video by English alternative rock band Muse, released on 17 March 2008 in the United Kingdom and April 1, 2008 in the United States.The CD documents the band's performance at London's Wembley Stadium on 16 June 2007, while the DVD contains 20 tracks from the performance on 17 June. The album is named after the High Frequency Active Auroral Research Program, of which vocalist Matthew Bellamy (known for his interest in global conspiracies and the New World Order conspiracy which influences the band's music) holds suspicion.


DOWNLOAD LINK: HERE

Jul 24, 2010

Perlukah Menangis?

0

http://pandupradana.web.id/wp-file/menangis.jpg

Pernahkah anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.

Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

# Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

# Menangis kerana rasa takut.

# Menangis kerana cinta.

# Menangis kerana gembira.

# Menangis kerana menghadapi penderitaan.

# Menangis kerana terlalu sedih.

# Menangis kerana terasa hina dan lemah.

# Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

# Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

# Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

# Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.

# Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

# Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

# Apabila dahinya berpeluh.

# Air matanya berlinang.

# Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Jul 21, 2010

Status Rayuan Keputusan Kemasukan IPTA (Lepasan SPM & STPM) boleh disemak 21 Julai (Rabu)

0

http://4.bp.blogspot.com/_eGdV9GflYBw/TAnrkWUvxlI/AAAAAAAAC8Y/_wsbdQgkBgw/s1600/ipta.png

Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf sesi akademik 2010/2011 boleh disemak mulai 12 tengah hari 21 Julai 2010 (Rabu).

Semakan itu boleh dilakukan melalui laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di www.upu.mohe.gov.my atau saluran hebahan menerusi laman web universiti yang dipohon calon.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, calon boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA masing-masing dan membawanya sebagai dokumen rujukan bagi tujuan pendaftaran di IPTA berkaitan.

Kementerian juga menyatakan bahawa ia tidak melantik sesiapa sebagai ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapatkan tempat ke IPTA.

Ini kerana semua pengurusan pengambilan adalah diselaraskan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.

Menurut kenyataan itu keputusan rayuan adalah muktamad dan rayuan calon dianggap gagal sekiranya mereka tidak menerima sebarang tawaran rasmi sehingga 31 Julai ini.

Calon juga dinasihatkan menggunakan kemudahan Hotline dan Helpline bagi sebarang pertanyaan dan kemusykilan menerusi talian 03-88835858 dan 03-88835848 untuk semakan dan bantuan.

Semakan boleh dilakukan di laman web berikut, www.jpt.uum.edu.my dan www.jpt.utm.my.

Calon juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS dengan menaip UPU RESULT (No.KP) dan SMS ke 15888.

- BERNAMA

Jul 20, 2010

The Archies - Sugar Sugar

0



Sugar,
Oh, Honey Honey.
You are my candy girl,
and you got me wanting you.
Honey,
Oh, Sugar, Sugar.
You are my candy girl
and you got me wanting you.

I just can't believe the loveliness of loving you.
(I just can't believe it's true).
I just can't believe the wonder of this feeling too.
(I just can't believe it's true).

Sugar,
Oh, Honey Honey.
You are my candy girl,
and you got me wanting you.
Honey,
Oh, Sugar, Sugar.
You are my candy girl
and you got me wanting you.

When I kissed you girl,
I knew how sweet a kiss could be.
(I know how sweet a kiss can be)
Like the summer sunshine
pour your sweetness over me.
(Pour your sweetness over me).

Oh pour little sugar on me honey (sugar)
Pour little sugar on me baby (honey honey)
When you make love so sweet (Yeah Yeah Yeah.)
Pour little sugar on me (oh yeah)
Pour little sugar on me honey
Pour little sugar on me baby
I'm gonna make love so sweet (hey hey hey)
Pour little sugar on me honey.

Ah sugar.
Oh honey, honey.
You are my candy, girl,
and you got me wanting you.

Oh honey (honey, honey, sugar, sugar)
Sugar, sugar
You are my candy girl.

Jul 19, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

1

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Konvokesyen Polimas Ke-24

4

http://i722.photobucket.com/albums/ww228/afiq2004/brandpolimas.gif

yang perlu di uruskan sebelum 22 Julai 2010

pembayaran slip Bank Islam RM150 (bagi yang hadir)
pembayaran slip Bank Islam RM50 (bagi yang tak hadir)

no akaun - 02039010002225
nama akaun - KOPERASI POLIMAS KEDAH BHD

sertakan sekali nama dan no pendaftaran pada slip tersebut
jika slip tak disertakan sekali dalam sampul surat, pergi je mana2 bank islam, kemudian gunakan slip diposit wang

FYI - RM150 ni adalah untuk jubah + sijil/diploma + gambar saiz 8r & 5r(perbetulkan jika silap)

bila dah siap bayar, hantar salinan slip bank ke polimas...sertakan sekali dengan borang a(jika hadir), borang b(jika tidak hadir) (ada dalam muka surat belakang dalam buku konvo)...kalau xdapat buku konvo, boleh lah klik sini untuk download...

lepas dah sediakan semua di atas, boleh la poskan borang jawapan (borang a/borang b) ke alamat berikut :

URUSETIA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-24
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
BANDAR DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH


untuk frame gambar saiz 8r & 5r

harus di uruskan sebelum 2 Ogos 2010
bayaran boleh di buat melalui Bank Islam
no akaun - 02011010099376
nama akaun - MYCONVO PHOTOFRAME (POLIMAS)

sila lengkapkan borang tempahan(disertakan sekali dalam sampul surat) dan kepilkan borang tersebut bersama sama dengan salinan slip pembayaran.

hantarkan ke alamat :
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP POLIMAS)
D/A MYCONVO PHOTOFRAME
P.O BOX 119
05720 PEJABAT POS BESAR
ALOR SETAR KEDAH

RALAT : PEKEJ MYKONVO RM150 TU ADA KESILAPAN...SEBENARNYA BUKAN RM150....TAPI RM80 SAHAJA...HARAP MAKLUM


MENGENAI BORANG KAJI SELIDIK
ok...mengenai borang ni, bende ni xpayah di pos sekali...borang ni tunjuk time nak amik jubah...nanti orang yg bertugas akan bagi student cenderahati kat student yg bagi borang kaji selidik tu...sila klik SINI untuk menjawab soalan kaji selidik tersebut.

PERHATIAN : kepada graduan batch JAN 2010, database kita ada sedikit masalah(depa yg kata) en. isfa (jabatan jtmk) merupakan orang yg bertanggunjawab tentang borang kaji selidik ini akan mempercepatkan proses kerja mengupload database ke dalam server tersebut...harap bersabar kepada graduan yg terlibat (termasok saya)


ps - OK, KALAU ADA APA2 MASALAH MENGENAI XDAPAT LAGI SURAT KONVO DARI POLIMAS, ANDA BOLEH CEPAT2 DOWNLOAD BORANG A/B/C DI SINI DAN GUNA KAN SLIP BANK ISLAM DI MANA-MANA CAWANGAN BANK ISLAM YANG ADA. SELESAIKAN SEBELUM 22 JULAI 2010.

Peragut Yang...

0



bila kata nama peragut, dulu time aku kecik, mak aku pernah kene ragut sekali...sekali time nak gi keje pagi2 dalam kol 7 lebey dekat2 ngan basten klang area2 china town dekat2 ngan uda ocean...time ngah jalan kat tepi jalan, ada budak naik motor tros ragut handbag mak aku...nasib la mak aku xde ape2...kalau la aku ada time tu, xkesah la aku kecik lagi ke, mmg aku kejar celaka tu...haram jadah!dah tu, lepas dah ragut, (nasib duit dalam handbag mak xbanyak...mak cakap ada dalam rm20 lebey je...) hand bag mak aku di bakar pastu peragut tu baleng kat kedai mamak tepi jalan kat area mana ntah...tokey kedai mamak tu call mak aku(dalam handbag mak aku ada no phone office mak aku) tros abah ngan mak bergegas kat kedai makan tu...lunyai kene bakar dah handbag mak...dalam duit abis...purse pon xde dah...so lepas wat report semua, tros wat ic baru...haih..xke menyusahkan orang...tu la...peragot ni...kecik2 xnak mati...bile dah besar menyusahkan orang...nasib mak aku xada apa2...hish!

Star Wars Collection Dvdrip

0



The Star Wars franchise began as a film series. The original trilogy comprised Star Wars, released on May 25, 1977, The Empire Strikes Back, released on May 21, 1980, and Return of the Jedi, released on May 25, 1983. The opening crawl of the sequels disclosed that they were numbered as "Episode V" and "Episode VI" respectively, though the films were generally advertised solely under their subtitles. Once Star Wars became a success and sequels were realized, Lucas numbered the initial film as "Episode IV" and gave it the subtitle A New Hope when the film was re-released in 1981.

The prequel trilogy follows the upbringing of Anakin Skywalker, who is discovered by the Jedi Knight Qui-Gon Jinn. He is believed to be the "Chosen One" foretold by Jedi prophecy to bring balance to the Force. The Jedi Council, led by Yoda, sense that his future is clouded with fear, but reluctantly allows Qui-Gon's apprentice Obi-Wan Kenobi to train Anakin after Qui-Gon is killed by the Sith Lord Darth Maul. At the same time, the planet Naboo is under attack, and its ruler, Queen Padmé Amidala, seeks the assistance of the Jedi to repel the attack. The Sith Lord Darth Sidious secretly planned the attack to give his alias, Senator Palpatine, a pretense to overthrow the Supreme Chancellor of the Galactic Republic.[4] The remainder of the prequel trilogy chronicles Anakin's fall to the dark side, as Sidious attempts to create an army to defeat the Jedi and lure Anakin to be his apprentice.[5] Anakin and Padmé fall in love and secretly wed, and eventually Padme becomes pregnant. Anakin soon succumbs to his anger, becoming the Sith Lord Darth Vader. While Sidious re-organizes the Republic into the Galactic Empire, Vader participates in the extermination of the Jedi Order, culminating in a lightsaber battle between him and Obi-Wan. After defeating his former apprentice, Obi-Wan leaves Vader for dead. However, Sidious arrives shortly after to save him and put him into a suit of black armor that keeps him alive. At the same time, Padmé dies while giving birth to twins. The twins are hidden from Vader and are not told who their true parents are.......

Star Wars: Episode I - The Phantom Menace (1999)
http://www.mediafire.com/?mnz9lkiefsz
http://www.mediafire.com/?kaxzgbnki2g
http://www.mediafire.com/?sntkimjgygy
http://www.mediafire.com/?mg8rdczlnyy
http://www.mediafire.com/?dxik5czgwmh
http://www.mediafire.com/?p9oxjjolzz2
http://www.mediafire.com/?ymgwqnghhmh
http://www.mediafire.com/?14i22hyy9ct

Star Wars: Episode II - Attack of the Clones (2002)
http://www.mediafire.com/?zzmgmwmwyy1
http://www.mediafire.com/?wjh4g5mzzqw
http://www.mediafire.com/?kd2ddy193g2
http://www.mediafire.com/?m3ogzzgiy9j
http://www.mediafire.com/?iw3xei9ju9n
http://www.mediafire.com/?4by9tmjomjj
http://www.mediafire.com/?xx0kdcmytxh
http://www.mediafire.com/?nwzmgivt3ct

Star Wars: Episode III - Revenge of the Sith (2005)
http://www.mediafire.com/?9nwjmdmzjgy
http://www.mediafire.com/?95nwl3ydwfz
http://www.mediafire.com/?hihdmztnzb2
http://www.mediafire.com/?ndwywulntnw
http://www.mediafire.com/?69o09nidli3
http://www.mediafire.com/?bmiyzzkom3g
http://www.mediafire.com/?cm2wh3gjctx
http://www.mediafire.com/?sug42dmrtmz

Star Wars: Episode IV - A New Hope (1977)
http://www.mediafire.com/?jl9e3xlzwyj
http://www.mediafire.com/?zjeocqkmg0k
http://www.mediafire.com/?dylmnh3dlxr
http://www.mediafire.com/?rswjilsd2jn
http://www.mediafire.com/?hzj2ziczezt
http://www.mediafire.com/?l3ds1tuj02v
http://www.mediafire.com/?rtjjczjwz9g

Star Wars: Episode V - The Empire Strikes Back (1980)
http://www.mediafire.com/?ntcg0zkxzxz
http://www.mediafire.com/?uwiiwq4c42u
http://www.mediafire.com/?stsdx0dtyc3
http://www.mediafire.com/?esmjbgzifej
http://www.mediafire.com/?ymz2yteemfz
http://www.mediafire.com/?enmjungkmmy
http://www.mediafire.com/?i4xcizdb2nz
http://www.mediafire.com/?tlyjtyiwmyb

Star Wars: Episode VI - Return Of The Jedi (1983)
http://www.mediafire.com/?mftji2215sn
http://www.mediafire.com/?rjtzzvggcbm
http://www.mediafire.com/?jd0cdgyiolt
http://www.mediafire.com/?zcugt0uycdm
http://www.mediafire.com/?tmtmlmrctnu
http://www.mediafire.com/?mg22jnjjndl
http://www.mediafire.com/?gzdmtmzdtvg
http://www.mediafire.com/?jz9mwgt3dvd

Borang Kaji Selidik Hantar Time Raptai

3

http://1.bp.blogspot.com/_xIhJxvp0v7g/TCgP0MX-eQI/AAAAAAAAAXs/Epwyc5L-en8/s1600/POLIMAS.gif

Borang Kaji Selidik Hantar Sewaktu Raptai


itu lah jawapan oleh en nik ahmad rizal...so mana yg xleh access lagi tu rileks2 la dulu ya...

banyak masa lagi

Jul 18, 2010

Amik Lah Duit Aku

1

http://www.jomiklan2u.com/wp-content/uploads/classipress/nak-jana-duit-dengan-1285976803.jpg

stedi x tajuk ni?lepas satu, satu...amik lahh...amik je laahhh duit akuuuu...

dah 3 tahun aku tuntut elmu kat negeri orang...dan dah 3 tahun aku abiskan banyak duit untuk mendapatkan pointer aku 3 point plus plus...adeh...semua nya angka 3...lepas tu...bila dah abis belajar ni, ingat kan dah abis dah...rupanya ada lagi...naahhh...amik laa...

RM150 - baju jubah konvo (sewa sehari je) sewa baju kawen mahal macam ni gak ke?
RM80 - gambo saiz 8r dgn 5r skali frame...gila bapak mahal harga frame dia...print gambo tu pon lebey kurang dalam xsampai rm3 je pon...frame dia cekik darah betul...frame cekik darah ke depa mark-up terlebey cekik darah?

rm150 - kene bayaq sblom 22 July
Rm80 - bayaq sblom 2 ogos

yg atas tu bajet untuk sblom konvo...dan bajet untuk sewaktu konvo...aku kira2 la...lebey kurang macam ni...

tambang bas - RM42
makan untuk 3 hari - RM50
berfoya-foya - RM50

ini bajet untuk aku je...parent aku datang kemudian...so kalau nak masok parent aku punya bajet, aku rasa xpayah la...nanti lagi berjela2 panjangnya...minyak kete, tol, tempat tidoq...stedi...

tambah tolak dalam rm500-rm600++ xlari tu...gaji aku ntah bile la nak masok...harap masok la awal bulan...ada banyak bende aku nak setelkan...haih...

Jul 15, 2010

Penentuan Arah Kiblat di Malaysia (16 Julai 2010 - Jumaat)

1


Pada 16 Julai 2010 (Jumaat) jam 5.28 petang (Waktu Malaysia), akan berlaku satu fenomena yang dipanggil Istiwa A'zam, di mana matahari berada tepat di atas kaabah. Anda boleh menentukan ketepatan arah kiblat tempat anda dengan menggunakan tiang atau benda lurus pada waktu tersebut (dengan melihat bayangnya).

Semak Gile Sampah Sarap!

0

klik pada gambar utk tumbesaran

semak gile nak mampuih aku punya desktop IBM aku ni...macam aram jadah...bz gila kot dgn kerja...besa la...pekerja cemerlang...cet!!nanti besok aku cuti aku vacum semua sampah sarap kat desktop ak ni...hahahahha...

Jul 14, 2010

Ada Orang Nak Jadi Hero

0

aku ke hero nye?

klik pada gambar untuk tumbesaran

aku xkenal dia...tapi aku rasa dia kenal aku kot...aku x add fb dia...aku taw dia dalam page All About Polimas...slalu bangkang ape yg aku cakap...last2 agaknya dah xde idea tu yg dia msg aku macam tu kot...terharu aku...tersipu sipu malu... :">

silap aku gak lupa nak print screen benda yg dia rasa dia bengang sangat tu kot...sebab lepas dalam 10 menet lepas tu post tu dah delete...agak2 dia la ni admin AAP...lawak sokmo aih...wa tara cali gado sama lu...wa cuma komplen saja...kalau lu tala tahan lu ignore la sama wa...wa malas maw sembang sama lu lagi la...kalau lu xnak olang lain komplen dalam page AAP tu, baik lu tulis siap2 la "DILALANG KOMPLEN ATAW MALAH MALAH DALAM INI PAGE...NANTI SAYA DILIT LU PUNYA POS...LEPAS TU SAYA HANTAR MSG TAKUT TAKUT SAMA LU"...kan senang... :)

enjoy video ni sikit... :)

Jul 12, 2010

Dah Dekat Seminggu

0

http://faisalmustaffa.files.wordpress.com/2010/02/fever.gif

aku dah dekat seminggu demam ni...kejap ok kejap demam kejap ok kejap sakit tekak kejap ok kejap batuk...ni skarang tgh batuk2 demam2...badan dedar2 je rasa...aduiyay...makan ubat batuk ni mmg la dapat kurangkan batuk, tapi masalahnya rasa macam mual...nak muntah xkeluar2 pon...mengandung apa aku ni...hahahahha...cepat la baik oiii...xtahan dah ni...bila batuk otak terasa gegaran 10 skala ritcher...kalah gempa bumi...ahahaha...

dan makin menambahkan pening kepala...duit maken kusut...gaji lambat lagi nak masok...adoiyay...bila time break, dok kat food court tgk makanan stedi2 semua...aku gak makan nasi lauk ikan keli goreng sambal...kadang2 nasi goreng telur mata...jadi la tuh...xpe la...aku sabar...sabar der...xlama ja lagi...nanti aku akan capai satu per satu benda yg aku nak...hukhukhuk....

1. sirip jerung berwarna merah
2. d90
3. satio
4. mac

bday aku nak dekat...sapa nak bagi aku adiah kat atas ni???hikhikhik... :">

awwww....malu i... :">

www.kronik.org

Jul 8, 2010

Penantian 3 Tahun

0

setelah 3 tahun aku sambut di negeri orang...kali ni aku nak tengok adakah tarikh tersebut di sambut?? tapi firasat jauh dilubuk di dalam hati aku rasa macam tak ada apa2 yang berlaku...emo plak pagi2 ni... :(

Malam Kelmarin Mimpi Pelik2 Je...Pagi Semalam Tros Demam

2

BERDIRINYA SEORANG SUPER SAIYA



dah lama aku xupdate blog...bz la katakan...kerja kerja kerja...cukup bulan dapat duit...lepas tu kerja kerja kerja...ni la life seorang pekerja...tapi xpe...aku ada target...so usaha aku bekerja xakan sia sia...

dah seminggu aku kerja kat tempat tu dan memang stedi la dia punya penat...nasib aku dah ada pengalaman kerja tu dulu...so aku dah tau dah asam garam penat lelah kerja tu...penat memang penat...tapi gaji boleh la aku rasakan masyuk buat masa sekarang ni...


jenama yang aku jaga...jemput lah beli

kalau dah seminggu aku kerja...jadinya dah 2 minggu lebey dah aku xjumpa sayang ku...aduiyay...rindunye... :(
rumah bukan jauh mana pun...tapi masing2 bz...dia cuti sabtu ahad...aku cuti selain sabtu ahad...nak wat macam mana la...haih...

i miss u la sayang... :(

malam kelmarin mimpi sayang pelik2 je...pagi smalam tros demam... :(

I MISS U SAYANG... :(

Jul 6, 2010

Serangan Ninja Kucing

0

http://www.nastyhobbit.org/forum/cats/ninja-cat-strikes-from-above.jpg

jom kita tengok macam mana seekor ninja kucing mengganas!!




Rahsia Germany

0


Gambar menunjukkan Miroslav Klose dari Jerman menerima hantaran bola daripada seorang pemain sebelum dia menjaringkan gol semasa menentang skuad Argentina di Stadium Green Point, Afrika Selatan pada Sabtu lalu.


Jurulatih Jerman, Joachim Loew buat pertama kalinya mendedahkan taktik yang menyebabkan pasukan bola sepaknya mengamalkan pendekatan permainan moden sehingga menumbangkan pasukan lawan dengan jaringan gol yang banyak pada Kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Skuad Jerman itu yang tidak mempunyai ramai bintang bola sepak membuat kejutan apabila melangkat ke separuh akhir dengan mudah berbanding pasukan seperti Brazil, Argentina dan England yang tewas di peringkat awal. Apakah rahsia pasukan Jerman itu yang pernah menjadi juara Piala Dunia pada 1954, 1974 dan 1990.

Jurulatih Jerman itu buat pertama kalinya mendedahkan kejayaan pasukan itu kepada sebuah akhbar di Jerman yang menyiarkan kenyataannya semalam.

Loew mendedahkan bahawa dia menggunakan taktik petak segi empat sama bagi memenangi perlawanan dan seterusnya Piala Dunia.

Jerman sememangnya dikenali sebagai sebuah pasukan yang berjaya tetapi kali ini, mereka turut menonjolkan corak permainan bola sepak yang menakjubkan.

Pasukan itu mara ke separuh akhir Piala Dunia setelah menewaskan Australia 4-0, Ghana 1-0, tewas kepada Slovakia 1-0 dan seterusnya menundukkan England 4-1 serta Argentina 4-0. Bagaimana Loew mencapai kejayaan tersebut?

"Perancangan tentang corak permainan kami di Piala Dunia 2010 telah lama difikirkan iaitu sejak daripada undian perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 4 Disember, tahun lalu," katanya Loew.

Menurutnya, pasukan Jerman cuma boleh merangkul Piala Dunia dengan corak serangan agresif sekali gus menyukarkan pihak lawan semasa di padang.

"Kaedah yang digunakan Itali bagi memenangi Piala Dunia pada 2006 dengan mengamalkan corak bertahan dan menang cuma menerusi satu gol sudah lapuk. Anda tidak akan ke mana-mana dengan bermain seperti itu sekarang. Kami merancang untuk Piala Dunia sehingga mencapai ke perlawanan akhir," jelasnya.

Taktik jurulatih berusia 50 tahun itu akhirnya membuahkan hasil apabila Jerman berjaya menjaring 13 gol setakat ini. Pasukan bola sepak berkenaan juga merupakan yang paling agresif pada Piala Dunia kali ini.

Bagaimana taktik Loew berkesan?

Dia membahagikan padang bola kepada 18 petak segi empat sama yang sama luas.

"Bagaimana kami menyusun dan mengawal permainan di petak-petak berkenaan merupakan faktor paling utama untuk permainan bola sepak yang hebat," kata Loew.

"Setiap pemain perlu tahu posisi mereka pada petak-petak itu supaya tiada pemain bergerak ke serata padang dengan sewenang-wenangnya. Sesetengah petak itu perlu sentiasa dikawal," jelasnya.

Taktik itu bermakna bola sentiasa bergerak dari satu petak ke petak lain sehingga mereka mendekati gol lawan.

Penyerang Jerman, Lukas Podolski dan Thomas Müller sentiasa mengawal bahagian kiri dan kanan padang.

Pemain tengah, Mesut Ozil mengawal segi empat sama di antara garisan tengah padang dan kawasan penalti pasukan lawan manakala Bastian Schweinsteiger melindungi kawasan di antara kawasan penalti pasukannya dan garisan tengah. Taktik tersebut menjadikan Schweinsteiger pemain paling penting dalam skuad Jerman.

Dia merupakan penggerak pasukan Jerman dengan menggerakkan Ozil dan pemain-pemain sayap selain mengatur barisan pertahanan.

"Schweinsteiger mengepalai dan mengatur pasukan itu dengan sempurna," ujar Loew.

Jurulatih berkenaan menamakan taktik keduanya sebagai 'sepak dan lari'.

"Permainan bukan berakhir apabila kami memiliki bola. Saya mahu melihat pemain-pemain bergerak dalam petak mereka dan meminta bola. Dengan cara ini, corak permainan kami adalah lebih dinamik dan lancar.

"Saya tahu beberapa pemain kami amat pandai bermain seperti itu," katanya.

Semua sesi latihan tersebut dirakamkan dan corak larian setiap pemain dianalisis.

"Anda tidak dapat merancang gerakan sempurna semasa sesi latihan. Namun, terdapat mekanisme dan prosedur yang sentiasa sama. Kami akan memperbaiki dua aspek berkenaan," jelas Loew.

Contoh terbaik mekanisme sama itu adalah corak serangan balas pantas oleh Jerman yang membawa kepada kemenangan 4-1 ke atas England.

Serangan balas bermula dengan hantaran jauh daripada Miroslav Klose yang diikuti oleh hantaran lintang daripada Ozil seterusnya jaringan gol oleh Muller.

"Itulah gerakan yang sempurna," ujar Loew.

Pada masa yang sama, dia turut menggunakan taktik psikologi untuk mendapatkan yang terbaik daripada setiap anak buahnya.

Sebelum perlawanan menentang Argentina bermula, Loew menunjukkan beberapa gambar demam Piala Dunia yang melanda rakyat Jerman. "Gambar-gambar itu menaikkan semangat juang kami semua," katanya.

- Agensi

Jul 4, 2010

Teknik Pegang Kamera Yang Betul

2

ini satu info yg sangat best...aku terjumpa dalam forum Foto Media...terima kasih kepada otai2 yg berkongsi teknik2 ini...ok ok...tampa buang masa...jum kita baca ok?? :)

http://www.nikonians.org/html/resources/guides/technique/images/handhold_6_450.jpg

Satu persoalan, bila kamu sudah memiliki kamera, bagaimana cara kamu memegang kamera tersebut waktu mengambil gambar? Pentingkah mengetahui cara memegang kamera dengan betul? Atau kita hanya akan terfikir, “Ala… apa susah? pegang saja kamera dan tekan saja butang snap, hah, jadilah gambar!…” Ok, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.
Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang.
Tanpa membuang masa, jom kita lihat contoh-contoh gambar dibawah.
Click here to enlarge
Basic Pegang DSLR
Ok, diatas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. Dimana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens dia, dan tangan kanan kita gunakan untuk control setting DSLR seperti untuk tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita rapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.
Click here to enlarge
Cara Lain Untuk Pegang DSLR
Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah. Kalau kita dah penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah cuba dengan cara kedua nih. Bila kita letak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Tapi mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.
Cara Pegang DSLR Yang Salah
Click here to enlarge

Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.
Click here to enlarge
Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak ‘mengepak’ waktu nak tangkap gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR. Cara Pegang DSLR Secara Menegak
Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara dibawah.
Click here to enlarge

Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu… Kedudukan Kaki
Click here to enlarge
Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.
Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah
Click here to enlarge
Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.
Click here to enlarge
Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.
Gunakan Sebarang Benda Yang Dekat Dengan Kita Untuk Support Badan
Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.
Click here to enlarge
Click here to enlarge


Click here to enlarge
Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap
Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.
Click here to enlarge

Seperti biasa, gunakan siku untuk support kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah. Jangan buat seperti gambar yang salah diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi menggunakan badan untuk support kamera. Kita akan cepat rasa penat jika berbuat demikian dan DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.
Ok, dibawah ini pula terdapat satu video yang menerangkan cara memegang DSLR yang menggukan lens yang besar dan panjang. Jadi, jom kita tonton video dibawah untuk tambahkan lagi pengetahuan kita, ya~
Akhir kata, di sini saya nak kongsikan satu tips iaitu, ketika hendak tangkap gambar, elakkan dari bernafas. Secara logiknya, apabila kita bernafas badan kita akan bergerak. Jadi cara terbaik, tarik nafas sebelum tekan butang shutter release, tahan nafas ketika tekan butang shutter release dan hembus nafas selepas tangkap gambar...

Click  here to enlargeClick here to enlargeClick  here to enlarge