Jun 30, 2009

Baru Mencecah 50 Patah Perkataan

1

aku telah mencuba banyak kali dan ini lah yg terbaik setakat ni sebab aku telah mencuba banyak kali dan cuma mendapat 49 perkataan sahaja...geram dengan tangan peco kerana berjaya mencecah 81 patah perkataan... :(

Jun 28, 2009

Pemergian Mikaeel Bin Abdullah

0

http://2.bp.blogspot.com/_M7trGyp76G4/SSeoBxkhzWI/AAAAAAAAAfE/-Q1IgGy5_yc/s320/michael_jackson_king_of_pop.jpg
seorang legend yang baru sahaja meninggalkan dunia music untuk selama-lamanya untuk kembali ke pangkuan penciptaNya. micheal jackson atau dengan nama Islam nya, Mikaeel Bin Abdullah telah meninggal dunia pada 25 June 2009. merupakan idola aku bermula dari lagu billie jean dan tarian moonwalk. agak terperanjat ketika pagi-pagi pada pukul 6:30am, aku bangun dan membuka laptop ku. kemudian aku membuka kronik dan mendapati satu thread yang amat pelik dan agak terkesima aku membacanya. tajuk threadnya R.I.P. Michael Jackson. hah!betul ke! aku pun membaca dengan perasaan hati yang tenang + terperanjat. beliau dah meninggalkan kita. aku baru berangan nak lihat persembahan concertnya yang terakhir di Youtube!walau ape pon, anda, Mikaeel merupakan King Of The Pop untuk selamanya. peace!



lagu billie jean merupakan lagu feberet aku sepanjang zaman selain smooth criminal...RIP Mikaeel... :(

Confessions of a Shopaholic (2009) DVDrip

0



Synopsis:
Based on the books "Confessions of a Shopaholic" and "Shopaholic Takes Manhattan" by Sophie Kinsella. Rebecca Bloomwood (Isla Fisher) is a 25 year old who lives with her best friend Suze (Krysten Ritter) in Suze's flat (paying her friend rent that is well below market value), in a trendy part of town. Rebecca has a very boring job writing for a financial magazine. She has a shopping addiction and her crap job doesn't pay enough. Her bills are piling up, so she tries cutting back (complete fiasco), then she tries making more money (another fiasco). Eventually, Becky discovers a story that she is truly invested in. Exposing the story gets the attention of a colleague that she hasn't quite figured out yet. Some drama ensues as she snags the guy, and she attempts to pay off her ever-growing debt.

PART 1
PART 2
PART 3

Gadoh [2009] DVDrip

0

SINOPSIS :
Mulai 22 Mei 2009, bertempat di Help University College, Damansara, KOMAS productions dengan bangganya mempersembahkan ‘GADOH’ sebuah filem arahan Brenda Danker bersama Namron yang di barisi Namron, Zahiril Adzim, Nicholas Liew Davis dan Amerul Affendi. Gadoh mengisahkan sekumpulan remaja lelaki yang masing-masing mempunyai pelbagai masalah dalam kehidupan dan permasalahan mereka terbawa-bawa ke sekolah sehingga terjadinya suatu perkara yang tidak diingini. Kenakalan golongan remaja di dalam Gadoh di paparkan secara realiti di mana setiap perlakuan mereka adalah berpunca daripada persekitaran sekolah yang menjadikan mereka terlalu agresif dan produktif. Permasalahan ini cuba dirungkaikan semula oleh pihak sekolah dengan mewujudkan satu komuniti baru, tetapi akhirnya ia menjerat sesebuah perhubungan sehingga tercetusnya suatu kejadian yang menggemparkan. Apakah kejadian dan peristiwa tersebut?. Mampukah mereka berubah demi bangsa dan impian sesetengah pihak?. Adakah ia sebuah angan-angan atau keinginan mahupun impian?.


DOWNLOAD :

PART 1

PART 2

PART 3


Jun 27, 2009

Di Tag Oleh Syami

0

1. Apa Perasaan Anda Sekarang?

sakit tulang belakang(duduk depan laptop dari pagi siapkan my new web zine http://hendrastar.kronik.org)

2. Saya nak makan...

ape2 je makanan...lapo sangat dah ni...


3. Saya x suka...

bila tengah tension + bosan + panas + pokai + kesibukan melampau


4. Impian saya..

kawen, kaya


5. Haiwan yang saya x suka...

semestinya lipas


6. Saya harapkan...

taget saya untuk tahun ini semua nya lepas


7. Jika boleh putarkan masa...

saya nak berterusterang kat fatin aimi binti azman tentang perasaan saya pada waktu sekolah lagi.


8. Saya pada 10 tahun akan datang?

seorang designer yang berjaya, tak pun peniaga berjaya, tak pun seorang jutawan.


9. Handphone saya adalah sebuah?

bende untuk berhubung?


10. Saya pernah bercinta sebanyak?

sekali


11. Saya suka pada...

fatin aimi binti azman...err...suka x cukup kot...love maybe? :D


12. Kawan-kawan saya...

adalah sahabat saya di dunia dan akhirat


13. Pernah dikhianati?

pernah dan banyak kali kut?


14. Apakah yang anda hendak lakukan terhadap orang yg mengkhianati anda?

bagi abugid + kamehameha sebanyak mana sehingga hati aku puas.


15. Senaraikan 8 org utk di tagged:

aku malas nak tag tag orang ni...sape2 je la yang nak wat, buat je...

Oh Wallpaper Ku!

0


aku di suruh untuk menunjukkan desktop aku kepada orang ramai oleh syami...maaf, desktop aku agak banyak barang dan memang orang melihatnya menjadi serabut...sebabnya?aku masih berada di alam prektikel, dan file2 di atas tu semuanya file2 kerja aku...yang belah kanan tu semua file yang MUNGKIN akan aku click selalu dan icon2 di sebelah kiri merupakan bende penting...terutama icon di bawah sekali(winamp, google chrome, mozilla firefox,yahoo mesengger, skype, fillezilla, fifa08, yuri revenge)

kenapa aku pileh wallpaper kasut everlast? sebabnya suka hati aku la nak letak wallpaper ape kan?hahahahahhaha...aku sayang kasut tu...sebab sayang yang pilihkan...akan aku cuci kasut tu seperti yang disuruh oleh sayang ku... :D

Jun 25, 2009

Sila Masukkan Tiket Anda

0

pagi. pergi kerja seperti biasa.
perasaan tension sangat-sangat...cek bulan 5 tak dapat lagi...rasa macam nak bakar je payroll tu...mata dah terbakar, bagaikan seekor pheonix sedang bertenggek di dalam mata aku...
dalam fikiran aku sedang memikirkan bajet 2009 mengalahkan RMK-9 mahupun RMK-10 ataupun yg ke 11,ke 12,ke 13...(maaf...ngah gila sekarang)
(malas mahu menaip)
tepat jam 12:45pm, aku dengan segala pantas kilat nya memboloskan diri keluar dari pagar gate Pernec Corporation yg akan aku tamatkan gelaran aku sebagai Trainee di sana pada 30 Jun ini...zupppp!!! aku telah sampai di rumah tepat jam 1pm...dalam waktu perjalanan tersebut aku telah terima satu panggilan dari mama sayang. oh mama, saya dah nak sampai rumah dah...
setibanya di rumah dengan pantas dan kilat nya aku pergi mencapai tuala pink aku utk terus membolosi gawang pintu bilik air aku untuk bersiram dengan segala pantas dan kekuatan yg aku pendamkan...desyuummm....srruuuuuuu....ffuuuhhhh...*bunyi shower

setelah selesai bersiram, aku pun cepat2 mengambil minyak rambut kegemaran ku gatsby clay warna hitam berbucu 5...aku tachap rambut supaya agak kemas dan lalu menyarungkan baju kronik ke badan aku...sweater?tidak perlu kut...cuaca panas sangat...keluar dan terus melulu ke depan rumah untuk mencari bas mahupun teksi dalam duit di poket hanya ada RM17. tidak lama selepas itu, teksi pun datang dan berhenti di depan aku.(dia bagaikan mendengar naluri hati aku. oh aku nak cepat) bang, turunkan saya di Stesen LRT jelatik ya. (sungguh sopan aku bertanya kepadanya)

setibanya di LRT, aku pun menunggu adik beradik si alung, angah, dan si adik...mereka pun sampai dengan muka angah mereka yang agak "ketat"...hihihi... :p
dah dah dah...gi beli tiket dan naik tren...sampai di klcc...tunggu lysa, dan aku serta sayang(si angah tadi) pergi ke mesin atm utk mencucuk kad azimat hebat yang boleh menyebabkan kita kaya dengan secara tiba-tiba. tut tut tut tut...aku mengeluarkan rm50 sekepeng...cukup kot? takut kalau aku keluarkan sepuluh juta takut tiada cukup poket utk aku simpan...hish...itu semua aku tidak peduli lagi dah...cuma TRANSFORMER menjadi penantian aku...oh tiket sudah alung ambik di tangan abg lang...muka sayang pun dah kembali normal...lega cikit hati aku...huhuhu...

waktu tengok wayang :
i) sejuk gila!
ii) syok gila!
iii) tak tahan gila!

jawapan utk no i, sejuk! nyesal x pakai sweater
jawapan utk no ii, syok gila tgk si bumble bee jadi hebat!
jawapan utk no iii, tak tahan gila nak kencing beb! sayang nak tinggalkan wayang gi kencing...kalau aku bule pause xpe la gak kan...hahhaha...xsabar nak tunggu DVD-rip kuar...nak download!!

lepas tgk movie, makan dan jalan-jalan...balik...

balik mama sayang amik dan pegi ke JJ utk makan. Lysa makan cikit...Udin makan banyak...hahaha...sayang makin temuk...aku pon same...Along stil maintain kut?hahaha...yang penting, Lysa ketawa xbrenti2 dalam kereta...hanya berbekalkan pantun dalam hp udin, menyebabkan dia menjadi tidak keruan ketawanya...LOL...hahahah...

ini pantun yang sempat aku hafal...

burung pipit atas pokok,
atas pokok burung belatuk,
cm mana nak isap rokok,
kalau rokok takde....

ni pantun kedua....

buah kedekak buah kedekik,
buah pala atas bukit,
kalau cik kakak sakit tekak
pergi cek doktor.....

pantun tiga....

anak itik tokwi,
mandi dalam kolam,
sakit apa tokwi,
sakit sendi tulang,
cm mana sakit sendi tulang,
cm tokwi la.....

pantun empat....
isap rokok tembakau cina,
kuar asap berbunga bunga,
wahai cik adik abg bertanye,
what is your name.....

Jun 23, 2009

Akemal Legend Post Ke Dua

1




setelah penat lelah aku membaik pulih mengikut kesedapan yang akemal order...inilah hasilnya...nohoroooommm!!!!cun!!!siot!!!hahaha...

Jun 22, 2009

Nostalgia Seri Mega

0

just now, i was tagged in the picture by SuetYi Goh(fb). awww...gambar kenangan!!walaupun sudah lupa kebanyakan nama-nama cikgu(ta guna punya anak murid!hahaha). aku tau dia scan dari dalam majalah sekolah. thanx fren. maybe sumtime i will selongkar balik buku-buku time sekolah seri mega for sum memories...sob sob...


p/s - cari la aku dalam gambar tu. dan paling penting, aku lah paling ceria, aku lah paling cute, aku lah paling hensem sekali. peace! :D

Akemal Legend

0

fuck!hahaha...xsangka aku terpaksa bertulis tajuk sebegitu. akemal! nah!design yang saya buat untuk awak! tambah tolak harga dalam RM40.00 apa2 hal aku roger lain mengenai harga. hayatilah puas-puas legend!


Episode 2 : Sesi Fotografi

0

malas nak cakap banyak. terima kasih kepada Nikon D50 PeCo yang banyak berjasa pada hari tersebut. (13,14,15 June 2009) tempat kejadian : Taman Permai, JITRA.

edisi tutup muka 1

edisi tutup muka 2

edisi tutup muka 3

edisi kontrol macho

oh panda

serabai sux!

ohhh...mmm...hurmm...



pilihan wanita kesayanganku

haha...pesal aku nampak nerd...demiu peco

lom + part!!hahaha...kepala aku hilang separuh!!damn!!

Jun 20, 2009

Episode 1 : Akemal Si Pembunuh!

1

tepat pada jam 3:35am,aku tiba di stesen bas tanah merah, jitra. aku mencapai telefon bimbit aku dan di kaca telefon aku tertera nama peco.

"weh, aku da sampai tana merah...ampa ada mana?"
"kami ada di ruma sewa...aaa...nanti kami ambik hg"

setelah 15 minit, aku merasakan satu konspirasi berlaku...kerana masa perjalanan antara ruma sewa mereka hanya mengambil masa dalam 5-10 minit. tak mengapa. aku bersabar dengan penuh kesabaran.setelah tepat jam 4:00am, perasaan syak wa sangka aku semakin membuak-buak. adakah mereka ingin mengenceng aku. damn! oh benci sungguh. tak mengapa, aku bersabar...tapat jam 4:10am, aku tidak dapat bersabar lalu call mereka kembali!

"weh, ampa ada mana?"
"kami ondewey nak amik hg la...sabaq naa...awat?seriau ada benda ka?hahaha"
"oh shit u! cepat cikit weh...aku sejuk nih"

tidak lama selepas itu(dalam masa 5 menet) baru mereka datang mengambil aku.

mari kita main matematik.
3:35am (tolak) 4:15am = 40minit

mereka memerlukan masa selama 40minit untuk mengambil aku. (bagaikan pergi balik jitra-alor setar) hahaha...vavi mu!hahaha...

"hendra, hg awat kalut sangat...kami nga berperang red alert, jadi hg kene la paham kami" kata akemal.
hahaha...fuck u so much akemal!hahahaha...
"fuck hg...aku dok tunggu lama da aih...ingat ampa xnak dah amik aku...hahahah"
"dah dah dah...perjalanan kami masih jauh ke hadapan...kami nak hantar talha."
setelah penat penjelasaan yg diberikan oleh akemal, si akemaletto itu pun membawa kami ke petronas untuk mengisi tangki minyak yg sekian lama sudah hampir kekontangan.

kami balik ke rumah sewa sekejap untuk ambik apa ntah. lupa dah...aku pun letak bag...sesak dalam kereta...akemal vavi xbukak bonet!

setelah itu, kami terus menujukan diri ke alor setar.
jalan tidak begitu lengang juga. ada juga kereta dok berjalan-jalan di kala sebelum subuh. jalan jalan dan jalan kemudian, di atas jembatan di sebelah bangunan baru(mahkamah kut?) kami semua terdengar bunyi DEGUP!!sambil kereta terasa ternaik cikit... kami menjerit!!
"aaaaaaaaaa!!!" (talha, palie, peco, hendra)
"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!"(talha, palie, peco, hendra)
"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!"(talha, palie, peco, hendra)
"aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! awaatttt!!!"(danial aka akemal)
"akemal!!hg dah langgar kucing! tepat kat kepala!!hg pembunuh!!"
"nohorrrooooom!!!aku x nampak!!awat ampa xbagi tau!!damn!!!"
"kami ingat hg nampak!!akemal!!hg memang pembunuh!!!pembunuh kucing!!!"
"arghhhh!!!tidaakk!!"
sejak itu, akemal tidak boleh duduk dengan sempurna. kepalanya semakin bercelaru. bagaikan seekor lipas kehilangan sepasang sayapnya. akemal bagaikan seorang pembunuh kejam seperti di dalam carita scary movie 1.

setelah semua di dalam proton wira maroon kemerahan (sory, aku agak buta warna kut) mengalami perasaan terkesima, lalu si talha berbunyi banyak kali...
"akemal, berenti drive thrue kepci, aku nak beli zingger."
"akemal, berenti drive thrue kepci, aku nak beli zingger."
"akemal, berenti drive thrue kepci, aku nak beli zingger."
mungkin akibat perkara tadi berlaku, talha mengalami tekanan jiwa kut?
setelah tiba di bulatan sebelum sampai ke kepci, si akemal pula menunjukkan mentalnya sudah banyak terputus wayarnya...beliau dengan gembiranya membuat pusingan di bulatan tersebut sebanyak 2 kali...setelah tamat pusingan 2 kali, kami pun meneruskan perjalanan ke kepci yg tidak jauh dari situ...

setelah tiba...
akemal pun memarking kan kereta di depan kepci... T_T
dan semua pun keluar dari proton wira tersebut dan masing-masing menjadi seorang wira penyelamat dunia memasuki kepci tersebut...
waaahhh....bau ayam kepci segar di pagi hari...
snack plate menjadi pilihan semua orang plus ayam kami adalah ayam yang super duper pedas...(kata eklan di tv)

setelah tamat melantak, mereka-mereka pun mengisap bontot rokok untuk mengeluarkan asap di hidung dan mulut bagaikan kilang membakar mayat kucing tadi... @_@

setelah itu, kami terus menghantar talha ke rumah nya, dan kami berempat pun meneruskan perjalanan ke rumah sewa untuk bom bom...

pada pagi seawal jam 8 pagi, akemal bangun awal aku rasa...mukanya menonjolkan sesuatu yang luar biasa...lalu peco juga tersentak, dan bangun dari tidur dan membuat muka yang sungguh menggerikan...palie juga tidak kurang juga...

mereka sakit perut!!hahaha...itu lah penangan makan kepci super spicy(aku men buh je nama dia...lupa nama dei) nampaknya, perut aku masih terhebat daripada mereka... peace!

AKEMAL SI PEMBUNUH!

Jun 7, 2009

Ayah Paling Bodoh

1



Manusia sebegini rasanya tidak patut di maafkan...kalau aku la kan, mmg aku bagi dabel flaing kik tepat kat hidung dia...

Jun 4, 2009

Makna Melayu

0

Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi.
Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia,
Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta
orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di
Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.


Perkataan “Melayu” sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang
bermaksud “Gunung”; dan “Gunung” itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan
purbanya “Pnom”. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu
sebagai Malaiur.

Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600,
merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai
Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.

Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang
bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama
sistemnya seperti angka sekarang).

Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam
pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada
pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera
(iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik).

Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai,
iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris
(fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16.

Yang menariknya, ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu
daripada istilah unit isi padunya, drum.


Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti eka- (ekadasa=11,
ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri-(tribuana= tiga alam nyata,),
panca- (pancaindera = lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta.

Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat perkataan Melayu
ini sebagai “iouta”. Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya
mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya.



Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau
kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti
biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang
terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib.


Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang.
Oleh itu, dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis;
dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula
dengan hipotesis.

Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum),
kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma.syar al Falak
oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada 1209h/1794M.

Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya,
dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya.


Nota: Shaharir Mohammad Zain merupakan professor matematik di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (HEA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jun 2, 2009

Wedding Plan. [tag dari syami]

0

1. How old are you?
19.jauh lagi 16julai...

2. Are you single?
ofkos not!

3. At what age do you think you’ll get married?
urm...tomorow?hahahha...25 i think...

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
YES!

5. If not, who do you want to marry?

aku jawab yes tadi, ni xpayah la jawab kan?duuhh...

6. Who will be your bridesmaid or your bestman?
urm...sape2 je la...aku xkesah...sebab yang nak kawin nye aku...hahaha...

7. Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
beach! syok tu!leh tgk matahari terbenam...romentik seyh~

8. Where do you plan to go for honeymoon?
Italia

9. How many guest do you think you’ll invite?

selagi lauk tak abis,semua dijemput hadir... :)

10. Will that include your exes?
xkesah...nak datang datang la...hahaha

11. How many layers of cake do you want?
3 layer sudah...(aku sebenonye tapaham nate ni...layer kek apolo ke?)

12. When do you want to get married? Morning or evening?
Nights.

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
alesana - ambrosia(hahaha...sakit jantung semua yang datang)

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
janji dapat makan ok...

15. Champagne of red wine?
kalau red sirap tu xpe la..

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
after wedding

17. Money or household items?
both.

18. How many kids would you like to have?
sebanyak mana yang termampu

19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
yeah for memorable moments.

20. I want to know their wedding plan:
-syai
-ecah
-ainona
-peco
-akemal comey

Jun 1, 2009

54 Thread Detected! Cam Haram!

0

perasaan bodoh dan bengang terhadap sesiapa sahaja yang mencipta virus...hanya menyusahkan maknusia sejagat...aku benci kau wahai pencipta virus!!!hahaha...tapi walau apa pon, terima kasih kepada eset smar security 4 yang telah berjaya menawan 54 ekor malware/trogen/spyware dan sepupu sepapat diorang...sungguh tidak ku sangka bahawa memang eset maseh yang terbaik setakat ni (walau aku masih tidak biasa dgn eset 4 ni...masih tajumpe tempat utk auto delete thread macam nod32 dulu...)

haih...xpe la...walau ape pon, terimakasih kepada adik shak kerana menguploadkan eset smart secuirty bersama nodlogin di dalam kronik...ini semua adalah jasa anda...sangat memudahkan hidop yang pada waktu ketika dahulu bengang dengan keberatan yang ditonjolkan oleh Kaspersky Internet Security walaupon aku berbangga menggunakannya...

untuk tatapan semua, marilah kita ramai2 menyaksikan 54 ekoq daje yang telah berjaya di cekup oleh smart security aku...


right click pada image dan tekan view image untuk tatapan lebih besar.


mood : serabut duit
song listening : pesawat - excuse me

Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam

0

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM