Dec 30, 2010

Aku Berbangga Besok Cuti

0

dalam kedinginan malam...sedang tekun aku membalas kembali komen dari berjuta juta peminat aku di facebook,akukedengaran bunyi sorakan bagaikan rumahku ni berada di sebelah stadium bukit jalil...tapi kenyataannya bukit jalil dgn rumah aku anggarannya dalam 20km...mungkin mereka di stadium menguatkan volume mereka kot...

aku pelik betul...tiba tiba ada 1 komen di page seseorang berkata..."Malengsia Curang!" dalam hati aku terdetik...siapa pula malengsia? dia curang kat sapa?? kesian betul kekasih dia sebab kena curang...
http://i51.photobucket.com/albums/f395/_avatar_/nyampur/manki.jpg
horny monkey(lepas tgk final bola endon vs malaysia)
image: from google


kemudian ada pula yg komen "Malengsia Curang Pakai Leser!" felamak!!ganaih betul...curang guna laser...xsakit ke??luka x??hmm...dah lah...sepanjang aku on9 malam tadi, hampir 99.100% mereka komen mengenai bola...aku penyokong setia manchester united...so aku rasa...alaahh...man utd no1 skang ni...wat pe nak kesah...

so aku mengambil keputusan untuk meninggalkan lappy aku dan terus menuju ke tv...sambil menjulur kan kaki ke kerusi panjang, dan mengambil bantal untuk di peluk2...aku mengambil remote dan menekan butang 101...oo...dah start dah bola...ok...tgk la...

................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
...................................lambat nye nak gol............................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................

haa...akhirnya gol pon sebijik...aku tgk permainan malam tadi betul2 buat aku mengantuk...sehingga membuatkan mata aku...mata aku...mata...pejam...zzzzzzz....

GOOOLLL!!!

aku terus terjaga! sial betol!! aku tertekan volume kuat...rupenye endon dah berjaya score 1...so seri la jadi nya...heh...xpe la...xheran...

eh gol lagi?(malas nak tulis panjang lagi)

so akhirnya malaysia menang dgn agreeget 4-2

so Indonesia Kalah Kepada Malaysia...aku pon cepat2 update status kat fb...skang ni memang trend budak2 zaman skang...bila ada apa2 event mesti tros update status fb...bijak betul mark zuckerberg mencipta facebook dgn memenuhi keperluan anak anak muda zaman sekarang ni...



sekarang baru aku kenal sapa pemain malaysia...
dan terima kasih harimau muda sebab bagi kami cuti umum...
duit tu sedekah2 sikit kat budak2 dalam fb ya...


huehuehue...

Dec 29, 2010

Tak Habis Habis Pasal Bola!

1

sambil memandang ke hadapan...aku teruskan berjalan menuju ke depan tanpa berpaling kebelakang...di kanan dan kiri aku ramai betul orang sedang bising bising...yg sebelah kiri aku jerit jerit "KAMI BANTAH MEMBUANG LOGO 1 MALAYSIA" tapi ada jugak kedengaran suara suara halus "kami menyokong logo 1 malaysia di lupuskan di negeri kami"...ahh..pedulikan lah mereka...kalau kau nak tunjuk kan perpaduan, rasanya logo tu xpenting pon...cukup lah sekadar bendera malaysia yg kita ada sekarang dgn 14 jalur merah putih melambangkan 14 buah negeri yg kita duduk sekarang...bisik hati aku sorang sorang...

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTGq2V9cBQdcUjgiYnxhmYq9GxH-zrr5kfiOJpee0OeNyNhgJKN
*sumber google*

dalam keadaan aku mengomel sorang sorang, aku dikejutkan dgn jeritan dan pekikan kuat yg datang dari kanan aku..."INDONESIA GANYANG MALAYSIA!!!"..."MALAYSIA BOLEH!!"..."3-0!!"..."4-1!!"...oo...ni mesti geng geng yg kaki bola..."LASER!!! LASERR!!!"aduh!mata aku kene suluh dgn laser warna hijau...pelaq nak haram...rosak mata aku hg nak bayaq bil hospital ka!!

http://4.bp.blogspot.com/_khKC4I_WL_c/TPdeYRVmPLI/AAAAAAAAAXM/tDVUYvnlfig/s1600/pix_middle.jpg
*sumber google*

http://2.bp.blogspot.com/_klQ1GQRAyvQ/TRg2RlkqV8I/AAAAAAAACjw/pCpiZ81HFE8/s1600/Laser+Piala+AFF+Suzuki.jpg
*sumber google*

ini lah dunia...tak sehebat mana pun...gaduh bagai nak rak...masuk paper sana sini...baru piala suzuki...blom lagi masok worldcup...sedangkan final worldcup pon xde sampai nak gado2 macam ni...masok paper...lawak betul...menjatuhkan prestij bola sepak je...inilah dia...pemikiran negara dunia ketiga...silap2 status negara membangun pun boleh turun sebab kan hal ni... -_-"

ahhhh~!!!sudah lah...menyampah pulak aku baca paper dalam minggu ni...muka depan je dah 4 hari cita pasal bola je...macam kesah pasal rasuah?mana pulak kesah pasal buang anak?mana pulak kesah pasal bankrupsi?mana pulak kesah pasal rompakan?mana pulak kesah pasal bas eksiden?

nyah kau semua dari pemikiran aku...naik bosan pulak...dah lah...layan ipod shuffle aku lagi best...*teet* -play-

http://newtech.aurum3.com/images/apple-ipod-shuffle-black.png
*sumber google*

oh ya...sblom aku terlambat...aku ingin memperkenalkan kepada semua tentang sebuah laman web yg telah aku buat...dah siap ari ahad ari tu lagi...tapi sebabkan malasn ak bloging so aku inform kemudian...tapi kan, kalau sapa yg dok tgk fb aku, memang boleh tau dah pasal website ni...

ok...aku cite secara ringkas pasal website ni...
nama website ni AUTO GALLERY MALAYSIA(http://www.autogallerymalaysia.my)...dan merupakan website utk company Ray Auto Gallery Publication...mereka bakal mengeluarkan majalah mengenai automotif yg dijangka akan di-release-kan pada bulan februari 2011 tahun depan...so di harap anda semua dapat lah menyokong kami untuk mengembangakn perniagaan kami...LIKE US ON FACEBOOK :D


Nov 30, 2010

Jangan

2

si cawan semakin kehabisan air...atau air di tuang ke cawan lain? heh...

Nov 18, 2010

Gerak Gempur Nombor Satu

0

ini post aku yg ke tigaratustigapuluhtiga...so aku pon kena berusaha sekuat tigatigatiga...kenapa dgn tiga? atau kenapa dgn huruf tiga?ataupun nombor tiga? yg aku tau aku ada tiga hari yg membuatkan aku boleh blank blunk blenk...tiga hari yg ketat...harap berjalan sepeti biasa...i hope so! doakan aku...perjalnan pergi dan balik dgn selamatnya...dan yg paling penting, doakan aku supaya aku bertenaga dan kuat utk menempuhi segala rintangan dan cabaran yg bakal menimpa aku dalam 3 hari mulai besok...

*akan ku update dari semasa ke semasa*

Nov 16, 2010

Dilemma

3

  1. Put your music library on shuffle.
  2. For each question, press the next button to get your answer.
  3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
  4. Ok, go!
  5. When you're done, tag at least 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note.

1. If someone says, “Is this okay?” you say

Cleaning out my closet - eminem

2. How would you describe yourself?

apology - alesana

3. What do you like in a guy/girl?

Dinda - Kangen Band....(errr...kira terjawab kan??LOL)

4. How do you feel today?

Berhenti Berharap - Sheila On 7 (oh...tragis gak jawapan ni)

5. What is your life’s purpose?

Somebody Told Me - The Killers

6. What's your motto?

Untukmu Selamanya - Ungu (hahahaha...TERBAIK bhai!)

7. What do your friends think of you?

Wajah - Laila Lounge (betul ke korang fikirkan pasal wajah aku? haha)

8. What do you think of your parents?

Bring Me To Life - Evanescence (WTH!)

9. What do you think about very often

Teenagers - My Chemical Romance

10. What is 2 + 2?

Bila Nak Saksi - Spider (errr....ok...cikgu xpenah ajar time skola pasal ni)

11. What do you think of your best friend(s)?

Extravagan

12. What do you think of the person you like?

Cinta Tergadai - Alif Satar

13. What is your life story?

Melayang - Awan Band

14. What do you want to be when you grow up?

Genggam - A.C.A.B. (ok...aku nak genggam apa ye bila dah besar?)

15. What do you think of when you see the person you like?

Kekal - Spider (:senyum:)

16. What will you dance to at your wedding?

Dont Punk With My Heart - Black Eyed Peas

17. What will they play at your funeral?

Alone, Together - The Strokes (yeah! The Strokes ROck!)

18. What is your biggest fear?

Pelangi - Joana & Co (aku takut pelangi?)

19. What is your biggest secret?

Kasih Tak Sampai - Padi

20. What will you post this as?

Dilemma - Nelly


Enjoy! :)


Peco

Ap

Akemal

Ecah

Nana

Dayan

Shakree

Sheera

Pija


yg selebihnya aku tataw nak tag sapa...heee...bye2...

Panduan Solat Sunat Hari Raya Korban / Haji (Aidil Adha)

0

Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut)

Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" (untuk solat seorang diri).

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَي

" Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam - menjadi makmum).

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ اماما ِللهِ تَعَالَي

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" (jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.



(4) Membaca fatihah dan surah al. Akla.

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al.Ghasyiyah.

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir dan doa,

(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)


Peringatan:

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. ( Aidil Fitri dan Aidil Adha )

(e) Tidak disunatkan makan sebelum pergi solat hari raya Aidil Adha (berbeza dengan solat sunat Aidil Fitri - sunat makan terlebih dahulu)

Sekian. Wallahu aklam . Wassalam.


TAKBIR RAYA

Nak Berjaya Kena Berkorban

0

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs200.snc1/6769_97908242981_719487981_2130255_3865021_n.jpg

heh...aku tau ini kerja gila...tapi bagi aku pengorbanan merupakan satu cabaran hidup yg harus aku tempuhi...aku rasa, ini lah dia...sempena hari raya kurban besok ni, aku bertekad supaya lebih teguh menghadapi segala cabaran yg melanda...hero tidak akan berdiam dan menunggu masalah berlalu di bawa angin...tetapi hero akan cuba menghadapi dan cuba menganalisis dan menyelesaikan nya dgn cara hero...walaupun bodoh dari pandangan orang lain...tapi bagi aku, ia merupakan satu cabaran utk mematangkan aku...heh...air coke tidak semestinya sedap jika diminum dgn kehabisan gas...selamat hari raya aidil adha semua...dan selamat tinggal lembu2 dan kambing2 sekalian...nikmatilah setiap oksigen yg di sedut sepuas2nya hari ini...

Nov 15, 2010

Berasmara Di Tepi Jalan

9

dalam suasana kedinginan malam...si romeo melepaskan genggaman nya terhadap si juliet...ah kau! setakat nak bermuka muka dengan aku baik tak payah! aku tau la aku xada apa2...kalau kau nak, kau amik lah KLCC tu...lagi tersergam indah teguh bagaikan 2biji gunung kinabalu...bukan macam aku...orang yg berada...hidup tidak menentu...manakala si juliet pon berkata...ok!aku pergi tinggalkan kau!

5minit kemudian


gambar sumber youtube

juliet berkata...romeo...jangan tinggalkan julie...julie xnak kehilangan romeo...(sambil memeluk erat romeo) tindakan juliet tadi telah menarik perhatian orang di sekeliling...romeo berkata kepada mereka.."die xnak aku doh...die nak pilih KLCC...die xnak pilih aku...aku suruh dia pilih antara aku dgn KLCC, dia nak pilih KLCC doh...aku pon xtau nak buat apa...aku xpenting dalam hidup dia doh"

kemudian si juliet telah memberikan satu french kiss menarik di bibir romeo...dia memberi RACUN yg sangat2 bahaya...hati kudus romeo lama kelamaan kembali mekar dan mengembang besar...

tamat


akemal : apa perasaan awak?

ps - bodoh betul video yg aku tgk kat dalam FB...lelaki tu bodoh xtau malu berasmara kat tepi jalan...sumpah bodoh!kata orang bodoh...aku rasa dia lagi bodoh...tu yg lelaki...yg perempuan lagi bitch!bodoh nak mampos...aku rasa dia kekurangan kasih sayang dari mak bapak...tu yg jadi bangang gile...konon SETIA la ni?heh...nak cari publisiti murahan jangan la buat kat tepi jalan...wat la klas sikit...doggie style ke... -_-"

pss - serius BODOH...

Nikah Gantung @ Couple; Yang Mana Halal?

0

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.



Menurutnya, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.



Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara."Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

Berlainan pula dengan couple (yang belum berkahwin dalam istilah remaja kini), ibu bapa lebih rela melihat anak mereka berdua-duaan ke mana sahaja. Bahkan menjadi trend dan kebanggaan bagi orang tua mereka melihat anaknya saling berpacaran ke sana ke mari. Ini merupakan proses normalisasi yang telah terbentuk dikalangan masyarakat kita yang saban hari mengikut telunjuk barat dalam segenap hal. Ada juga trend hari ini, sesiapa yang tidak punya couple akan dianggap tidak 'up-to-date'. Inilah satu musibat yang melanda realiti kita pada hari ini.

Jadi, kesimpulannya, ibu bapa, berilah ruang kemudahan untuk remaja anda mencari dan menyemai cinta pada jalan yang halal dan diredhai. Jangan pula tidak mengaku anak kalau satu hari nanti, remaja anda terlibat dalam kancah zina dan buang bayi!!

Firman Allah:
وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

sumber : Jejaki Tinggalan Rasul

Nov 12, 2010

Ini Tidak Cool

0

http://www.examiner.com/images/blog/wysiwyg/image/Scofield.jpg

aku pandang kanan wow hebat...aku pandang kiri...cool nye...hmm...kenapa aku rasa macam aku macam semakin kebelakang dengan orang di kanan dan kiri aku? aku salah pilih jalan ke?atau mereka pakai escalator?

Success is a journey, not a destination.

Comelnye Saya

1

aku di TAG! oleh seorang bloger(cipija) dari sabah yg kini berada di penang untuk melanjutkan pelajarnnya di USM...tahniah utk beliau...dan eh! kenapa plak aku di panggey mr photographer? ish...pelik betui la cpija ni... -_-"
saya xada camera pon...saya pinjam2 kawan je...mana la mampu nak beli camera besaq gedabak yg harga dia ribu-ribuan tu... :(


sebenonye aku xreti main2 tag ni...aku cuba sedaya upaya k...aja aja fighting!

1. apakah nama gelaran yang kawan-kawan panggil kat aku yang korang rasa lawak dan lucu?
hensem...aku xtau kenapa...lawak gak la...adib ngan gapaq slalu dok kata aku macam tu dulu...hmm...adakah benar weh??kalau benar tq la...tapi lucu la... ^^

2. aku slalu lawat blog sape?
urm...semestinya aku ni pembaca setia cerita dari seorang penulis terkemuka : Bakemal dan Mrpeco, dan tidak lupa juga kepada aP, adiB dan gapaq...err...blog gapaq xpayah la pi singgah...dia mana reti nak update... -_-"

3. apa yang aku rasa utk cpija upgrade blog?
tataw nak kata...dok singgah blog pija ni dok tgk tutorial pasal blogspot ja...hak hak hak

4. dalam seminggu,brpa kali aku masok blog cpija?
ini 1st time utk bulan ni...heh...stail x aku pija oi?hahaha

5. sila pass reward pd 6 orang kawan yg aku rasa blog dia comel.
aku rasa xde pon blog yg comel dalam list aku...heh...tapi wat je la tag ni woi wahai budak2...aku bosan sebab tu aku wat...heh...

i) akemal
ii) peco
iii) ap
iv) adib
v) ecah
vi) dayan

Kita Boleh Bertunang Tanpa Sedar

1

http://www.alaska-in-pictures.com/data/media/20/getting-engaged_4457.jpg

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.


Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

Isu ni saya kupas balik berdasarkan video yang boleh anda lihat kat bawah ni:




p/s: so anda dah tunang?

Nov 10, 2010

Keagungan Panggilan Solat

0

In the program called (ONE FAMILY) on MAJD channel, the speaker was Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee). He said that Muslims are never disorganized; they just need to be CONVINCED.

THEN HE TOLD A STORY OF AN AMERICAN NON MUSLIM MAN WHO WAS DISCUSSING ABOUT ISLAM WITH HIM WHILE HE WAS WATCHING LIVE .ON BROADCAST OF SALAT ISHA FROM KAABAH, ON TV.

The American man was so amazed of how crowded is the masjid, more than 3 million Muslims were there at the last nights of the holy month of Ramadhan, so crowded, so disorganized.

The sheikh asked the Non-Muslim man: How long do you think they’ll take to organize themselves in rows and start the Salaat?

He answered: at least 2-3 hours

The sheikh said: but the masjid (HARAM) of Kaaba is 4 floors

The man said: OH, this’s will make it about 12 hours then

The sheikh said: put in your mind that they are from countries all over the world with different languages.

The American man said: THEN IT’s IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!

Then the Salaat time came, and sheikh Sudais of Makkah stood up and said “ESTAWOO”, Arrange yourselves. Within seconds, the whole scene changed and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves in well-organized rows in NO TIME!!

The American man stared at the TV screen for a moment, and then said:

ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASOOLOLLAH. (I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger)

Penghinaan Terhadap Islam!

2

Apa motif perempuan ni buat tulisan macam tatu berupa ayat Kursi yang agung pada belakang badannya? Setahu kami orang Islam tak buat macam ni. Ia satu penghinaan kepada Islam.

Ok Aku Kena Tagged

0

bosan2 dok office...ni la salah satu caranya utk aku melebarkan sayap aku sebagai seorang blogger...aku terima tag dari Olah budak klas aku...tq sebab tag aku!rasanya tag ni xsusah sgt kot...cuma :

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you.


ok...disini aku nak stet kan 25 benda rawak tentang aku...yeay!

1. nama saya hendra bin musonif
2. saya lahir kat hospital sultanah aminah, JOHOR...yes...i am johorean!
3. saya menetap di keramat, KL! and yes again i am KL-ean!(ada ke istilah ni?)
4. saya seorang pemalu dan xbanyak cakap.
5. saya seorang pemegang diploma akauntansi di polimas kat jitra sana nun...
6. skang wat pe? haa...kerja kat lawyer firm kat plaza sentral(sebelah kl sentral)...junior office assistant...direngkaskan assistant lawyer...so benda aku wat ni ada ke kena mengena tentang aku belajar? -_-"
7. oo...terlupa...saya anak tunggal k... :)
8. sebelum saya kerja dekat sini, saya kerja di jusco...sebagai seorang promoter di jeans studio jenama Texan...kerja sana cool tapi membosankan...
9. saya nak dslr dan dalam proses nak kumpul duit beli dslr tu sendiri...merupakan target utama setakat ni...(siyes payah nak kumpul duit)
10. saya suka jam tangan saya...
11. ooo...terlupa...saya guna hp sony ericsson c510...bakal bertukar arah juga dalam tahun depan...
12. saya sebenarnya xnak amik kos akaun...tapi ayah saya yg suruh amik kos akaun...hmm...xpe la...skang dah dapat kerja dah...tapi bukan mengenai akaun... -_-"
13. saya dalam proses mencari kerja kerajaan yg TETAP!
14. minat nak belajar tu ada tapi masalah nya rasa macam lama sgt plak 4 tahun! sepatutnya dalam tempoh tu aku patut dah kena ada SEMUA! insyaALLAH!
15. plan aku nak wat belajar luar kampus time aku da dapat kerja kerajaan nanti...amin...
16. ooo...saya suka makan asam pedas...(dekat kedah 3 tahun aku dok sana...xjumpa asam pedas pon!)
17. saya ni xcepat boring...
18. saya ni pemalas sikit...tapi bila time rajin saya memang rajin...percayalah... :)
19. saya lahir pada 16 JULAI 1989...so umur saya skang ni ialah 21 tahun...muda lagi kan?
20. saya minat photoshop sangat2...
21. saya pernah jadi naib johan dalam next top artis time skolah menengah bile lukisan saya mendapat naib johan time tu...yg johan nya cikgu... -_-" cikgu tetap hebat dari anak murid...haih...tapi kenapa sekarang saya xmelukis dah? ~_~
22. perkara paling memalukan bagi saya ialah menjadi seorang yg bodoh terlalu lama...
23. perkara yg paling membanggakan saya ialah telah berjaya membina sebuah laman web utk final projek dari jabatan kejuruteraan mekanikal time belajar di polimas dulu...dan laman web tersebut telah mendapat perhatian yg teramat sangat dari pihak pengurusan jabatan mekanikal...
24. saya nak cepat kaya...macam mana nak cepat kaya eh?
25. biasanya yg palen last paleng penting kan? saya sayang famly saya dan orang2 di sekeliling saya...eh lupa! saya dah ada awek dah! nama dia fatin aimi...hikhikhik...


dah cukup la 25 benda rawak tentang aku...heh...skang ni aku kena tag 25 para blogger yg lain...tedia...sapa aku nak tag ni...hurm...

1. ecah
2. bakemal
3. ap
4. aredip
5. gapaq
6. mr peco
7. cik dayan
8. nana
9. shakree
10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25 tag la sendiri...

-_-"

Nov 9, 2010

No Internet Connection

0

http://www.wired.com/images_blogs/epicenter/2010/02/no_internet_connection_noii.jpg

dah 2 hari aku kat office dalam keadaan tanpa internet...sungguh menjengkelkan...FUCK OFF!

Nov 6, 2010

Gambaran Hari Qiamat

0

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs493.ash2/76643_162411920457270_100000653884044_359590_7962342_n.jpg

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Nov 4, 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami

0

pagi2 ni aku jumpa benda menarik lagi kat facebook...jom baca jom... :)

Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrahbagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikrajkelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suamidengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali memintasesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagaiseorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serbamencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isterikeluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..

Nov 3, 2010

5 Minit Sebelum Tidur

0

http://snowyautumn.files.wordpress.com/2010/02/70209_anak_tidur1.jpg


Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Burger King Guna Daging ****?

0

jangan terperanjat...jangan melatah...jangan terburu buru...tgk lihat dan baca sampai bawah

Tengok betul-betuli gambar kat atas

Pertama sekali, baca tengok jenama apa yang tertera kat pembungkus tu

Keduanya, fikir tengok jenama tu terkenal dalam pengeluaran bahan makanan apa.

Ketiganya, tanya diri gambar binatang apa yang terbentang kat pembungkus tu.

Dan keempatnya tanya selera, adakah anda masih berminat dengan makanan dari jenama ini lagi?

Anda bijak, anda boleh fikir



p/s - burger king, jenama besar penjual beger seluruh dunia...mungkin gambar atas ni kat luar negara...bukan kat malaysia...cuma tatapan kita sahaja...

p/s/s - pos ni aku jumpa kt facebook...aku boleh simpulkan kat sini :
no1 - org yg jumpa gambar ni, mereka tidak siasat dgn betul...dan bila jumpa benda2 macam ni, terus buat spekulasi katakan beger king dkt malaysia ni semua nya gunakan daging babi khinzir...
no2 - mereka saja nak jatuhkan reputasi beger king ini...so beli lah barangan tempatan...

so jgn melatah2 lagi...chill

Nov 2, 2010

Kuala Lumpur Photography Festival 2010

0

http://www.klpf.com.my/images/header_banner2010.jpg

halamak! segerombolan pakar makar dalam bidang photography telah berkumpul di satu pusat mid valley akhir bulan oktober!! perghhh!!! aku memang xnak lepaskan peluang la...

FYI, ini merupakan festival photography yg pertama bagi aku...sangat teruja ok! betul2 teruja...aku rasa aku ni macam orang jakun baru masok bandar...semua benda aku terai...felamak...gejet oh gejet...kalau lah harga ko 20 sen semua aku beli...hahaha...

aku gi time hari sabtu di temankan oleh mak aku...stedi kan kuar dgn mak...aku bukan apa...aku terjua sgt nak gi sana sebab nak dgr talk pasal weding photographer dari Jidin... otai gak ni dalam bidang photography...dia di jadual kan jam 1.30 start dia punya sesi...so aku sampai dalam pkl 1.15...sempat la lagi...ada 15menet lagi...tapi bila sampai, si penjaga pintu masok bagi la pemplet kat aku...kat situ ada timetable sesi talk tu...eh...pkl 2.45pm? dah tuka plak dari pkl 1.30...hurm...aku pelik plak...xpe ar...aku jlan2 je dulu...

teruja...teruja...terujaa...homaigoooooshhhh!!!! NIKON, CANON, OLYMPUS, SONY...nama nama besaq dalam dunia camera sudah ada kat depan mata aku...semua nya boleh di cuba...nyum nyum...(aku lupa terus pasai talk weding photog) jala jalan...jumpa olympus dulu...alaahh...aku xminat...tgk belakang dia..eh! NIKON!!!
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs442.ash2/71594_449539597981_719487981_5529106_3346920_n.jpg
tanpa buang masa aku teruih mencuba si meriam nikon ni!! gile gedabak gempak gile aku terai...perghhh...gila bak hiaannggg!!d300s, d700 aku dah terai!pergh!! teruja gila bhaiii!!sekali lense meriam portugis punya dia pasang...memang teruja gila!!! aku rasa aku macam tgh snap gambar EPL...(da la pakai baju man utd) pergh...memang teruja ok...ok lah...cukup lah tu...kita ke booth sebelah plak...tali merah2...ooo...canon...hurm...aku tgk2 orang belek2 canon eos 60d...skrin dia boleh flip2...felamak...cool gila...pegi la depan kejap...eh...lense putih! xada orang pegang!!aku terus serbu!!!
FULAMAAAKKKK!!!!!!!!!! 1D Mark IV siot!!!skali lense putih!!!gila kentang bhaaiii!!!1st time pegang siot!!!!(aku jakon kan?) perghhh!!!BERAT GILA DOW!!!dalam hati aku berkata...macam mana la diorang leh usung bendealah ni merta hilir...berat kot...aku nak stay fokus pon payah nak tahan ketaq2...hahaha...gila lah...1st time pegang benda RM40,000 dalam tangan...teruja bak hiang...aku main snap sana snap sini...orang belakang dah EHEM EHEM dah ni...aku wt donno je...agak 10 menet gak la aku main2...mak aku dah bosan kot tunggu kat tepi aku...orang belakang makin ramai beratur...syok gila pekena depa...hahhaha...ok...dah la...kita jalan la...

jalan punya jalan...aku singgah kat booth kedai print gambar ni...abang, abang hensem la ari ni...pakai baju man utd lagi...abg print la gambar kat kedai kami...saya bagi diskaun baik punya kat abg tapi abg kene la pilih nak mana satu...sya bagi abg 3 pilihan...
1. print gambar saiz besar dapat less 40%
2. print 100 keping 4r dapat RM**
3. buat custom album dapat less 40%
so aku reply "ok la dik...saya nak pilihan no 2"

malas nak singgah lama2 lagi nanti lagi banyak mereka ofer...aku xnak menjatuhkan bisnes orang lain...kemudian aku terberhenti seketika...eh ada jual hardisc? eh ada western digital? eh jenis eliment? eh...tokey...i nak beli satu la k...nah duitnya...fuhhh...akhirnya aku dapat pegang HDD aku sendiri...lama aku pendam...dapat jugak...lepas ni dslr plak...oh yeah...

jalan jalan...aku tgk jam dah pkl 2.45...eh! JIDIN!! cepat2 aku gerak ke room no 1...sampai je...
.....................................................
.....................................................
.....................................................
.....................................................
.....................................................
dah habis? skang yg aku masok dah sesi talk orang lain??bahasa lain???ok...aku sedih...pasrah gila...hurm...jalan dgn terhuyung hayang...xpe la...aku ada hakdis baru...balek nanti nak donlod prison break s1 sampai s4...

-tamat-


p/s - aku tgk kat sana, "orang2 kita" masih tak setanding kuantiti "mereka" yg hadir...adakah mungkin "orang2 kita" ni sengaja low profile atau ada job wedding? LOL...chill...apa2 pon mertabatkan photographer negara Malaysia

Oct 29, 2010

Berjaga-Jagalah Kaum Hawa

4

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/11/minyak2.jpg

peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Hawa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.
Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??


Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..
lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?
sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..
perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..
Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!

kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..
satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.

Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.

Oct 28, 2010

Super Junior!

0

http://hendrastar.kronik.org/images/comingsoon.gif

maaf...ni bukan lah si "super junior" yg kaum2 wanita gila-gilai atau lebih tepat lagi...gegirl...(budak pempuan yg gila korea)...tapi super junior yg aku maksud kan ni adalah merupakan sebuah projek aku yg merupakan seorang junior dalam bidang photography/graphic/website untuk mencuba mengasah bakat supaya menjadi SUPER DUPER POWER!!

sebenarnya idea ni dah tercetus lama dah...tapi memandangkan aku masih tidak ada komitmen yg kukuh(sebenarnya ni pon rasa macam nak DOWN kan balek je web ni...tapi disebabkan dah bubuh tarikh 31/10/2010 so terpaksalah aku berusaha untuk mengusahakan mempublish kan web ini kepada tatapan orang ramai...

ada apa dengan cinta website ni?
kandungan dia aku xnak la aku bagi tau 100 peratus kan...cukuplah sekadar aku menceritakan sedikit mengenai konsep yg akan aku masukkan...konsep yg nak aku pertengah kan GAMBAR CANTIK. itu je lah sedikit sebanyak yg boleh aku bagi tau pasal konsep aku...

kalau ada apa2 komen,cadangan,boleh lah masok kan sedua tiga komen kat komenbox bawah ni...

arigato aligator gozaimasu masuk hutan...
sekian... :)

http://hendrastar.kronik.org

Mandi Wajib atau Junub

1

http://3.bp.blogspot.com/_sOIWrJctdmA/TI98kfR4nLI/AAAAAAAAAJw/8Cu-fQ4A8XA/s1600/ilmu-adalah-pelita.jpg

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…