Feb 24, 2011

Perbezaan Dulu Dan Sekarang Part 1

0

ni saya nak bercerita perbezaan dahulu dan sekarang...yg sebenarnye, abah saya slalu dok bercerita tentang perbezaan dahulu dan sekarang...secara keseluruhannya, orang pada zaman dulu lagi baik berkali kali ganda dari zaman sekarang? eh? betul ke??? zaman dulu ada blogspot ke?? zaman dulu tulis kat kertas je oiii...huh! jom kita tgk part 1 Perbezaan Dulu Dan Sekarang... :)

http://www.treehugger.com/old-man-scientists.jpg
gambar insan doktor google
abah saya bercerita : zaman dulu2, guru besar je yg pakai kereta...tu pun pakai volkswagen kure kure tu...penolong kanan pon pakai honda cub yg bunyi pret pret pom pom pam...cikgu2 dgn anak murid datang sekolah naik basikal & jalan kaki...
sekarang ni budak sekolah datang drive je kan...cikgu2 semua wajib bawak kereta...sampai parking pen...uh...kalau budak2 main bola, terkena kereta cikgu, abis alarm kete tu berbunyi...

Feb 23, 2011

PC PC PC PC : Need Ur Suggestion

4

http://1.bp.blogspot.com/_WOTsTG_awiU/TTkg2Px3G7I/AAAAAAAACaY/fpMZXSRXGbA/s400/kid-computer.jpg

processor - intel pentium core 2 duo 2.8 (RM120 - tq adib)
motherboard - asus g41 (RM190)
memory - 2gb ddr2 (RM130)
dvd writer - lg dvdrw 22x (RM80)
hardisc - wd 500gb 7200 rpm (RM170)
psu - vantec ION2 + 460W (RM150)
casing - cikai punya (RM100)
graphic card - masih kompius antara geforce GT 240 atau Radeon HD 5770 atau geforce 9500gt (budget RM200-RM350)

di atas ni antara barang2 yg aku cari...processor aku dah dapat dah...tq kepada adib kerana bagi harga mahal...tq...dan aku harap, korang bagi la cadangan sikit kat aku...sebab aku mmg betul2 noob pasal hardware ni...agak2 korang rasa ok x aku punya list barang kat atas ni??sekadar nak main crysis, cod, starcraft 2, pes 2011...he he he...

Feb 16, 2011

(Gambar) Letak Kepala Babi di Masjid-masjid di Malaysia

2

aku hanya mampu terdiam dengan memegang perasaan benci yg membuak buak...celakalah siapa yg buat kerja2 terkutuk ni...
sumber : BERITA SEMASA.COM

http://beritasemasa.com/imej/masjid.JPG

Saya betul-betul tak sangka sampai begini sekali orang Malaysia yang biadap seperti ini sanggup buat. Ini bukan kejadian pertama seumpamanya dalam kes letak kepala babi di masjid-masjid di Malaysia iaitu kawasan Rumah Allah ini. Apa motif sebenarnya pelaku terkutuk ini? Suka sangat ker negara jadi kacau bilau?

KUALA LUMPUR: Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi. Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumhuriyyah Taman Dato’ Haron di Petaling Jaya. Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.

Ya……..2 tempat ini pernah tercemar dengan tercetusnya pergaduhan antara 2 etnik tidak lama dahulu. Saya sendiri tidak mahu menyalahkan sesiapa dan kita semua janganlah buat spekulasi. NOKTAH…….. Biar sahaja pihak polis menjalankan siasatan dan kawal kes ini dengan sebaik-baiknya. Itu harapan saya dan saya pasti juga harapan seluruh rakyat Malaysia yang ingin keamanan negara sendiri. Bagi saya orang yang sengaja buat perbuatan terkutuk seperti ini patut diberikan hukuman yang SETIMPAL. Itu sahaja.

masjid2 (Gambar) Letak Kepala Babi di Masjid masjid di Malaysia

masjid3 (Gambar) Letak Kepala Babi di Masjid masjid di Malaysia

Ini pula kes meletakkan kepala babi di dalam Masjid Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya yang pernah berlaku sebelum ini

masjid4 (Gambar) Letak Kepala Babi di Masjid masjid di Malaysia

masjid5 (Gambar) Letak Kepala Babi di Masjid masjid di Malaysia

masjid6 (Gambar) Letak Kepala Babi di Masjid masjid di Malaysia

Feb 14, 2011

Reunion!

0

semalam aku terdengar suara suara riang budak budak berlari lari di koridor sekolah...aku terpandang longkang kecik...oh...kat sini tempat aku jatuh...aku terpandang perpustakaan...aku terigt muka cikgu meon...padang tetap keras rumput2 die macam dulu jugak...bile time hujan memang syok makan lumpur macam makan coklat...bau pon marveles...anjing2 masih berkeliaran di sekeliling sekolah...

aku rindu doe zaman sekolah rendah...series shit weh...kenangan paling best kot...

tq atiq, nabil, yazid, salleh, pejal, dan paleng syok dapat jumpe najiha...orang melbourne dah skang ni...pe la...janji aku orang UK...ahaaa...

harap dapat jumpe balek kawan2 lama yg lagi ramai...series best...

nobita, pinjam doraemon pls...aku nak masok alam sekolah rendah balik... :(

gambar akan di upload bile aku dah dapat softcopy nya dari yazid dan atiq...oho...rindunye sekolah kebangsaan seri mega...

http://farm4.static.flickr.com/3357/buddyicons/34663600@N02.jpg?1232793591#34663600@N02

Feb 13, 2011

Sorry Seems To Be The Hardest Word Ke?

2



ni semua gara gara Elton John yg buat lagu ni...

http://userserve-ak.last.fm/serve/_/5670/Elton+John.jpg

he he he...

Feb 10, 2011

Hantar Surat Cinta Ke Nuffnang

8

http://1.bp.blogspot.com/_8m3BIhcqXwA/TSCFAYHrNPI/AAAAAAAAASU/tOY1u2RpWis/s1600/nuffnang-spidey.jpg

semenjak dua, tiga menjak ni, aku tengok eklan BE aku xpernah muncul kat dalam blog...semakin sadis sebab angka earning aku dalam nuffnang dah tak naik naik dah (lama sangat dah tak naik...dah sebulan lebih dah ni...)nuffnang merajuk dgn aku ke? sampai kan macam nak mintak putus je ngan blog aku... :(

sebelum ni aku dah buat post (Nuffnang Oh Nuffnang!! KENAPA BEGINI??) kerana sadis akibat masalah yg aku alami...BE tak muncul2...earning xnaik naik...so aku amik keputusan untuk hantar ticket ke Nuffnang...tunggu punya tunggu, akhirnya Nuffnang buka juga aku punya surat cinta...dan dia reply persoalan aku yg berbunyi lebih kurang macam ni...

aku : nuffnang, kenapa saya punya BE tarak muncul2...manyak manyak sedih laa... :(

lalu nuffnang menjawab : sabar nah hendra...BE awak akan muncul nanti...tapi kami sedang membuat perhatian lebih terhadap blog2 yg baru join nuffnang...giliran BE awak akan datang nanti...sabar nah hendra...sabar ok...lepas tu kan, saya nasihatkan, hendra letak la eklan nuffnang yg petak empat segi sama tu dekat atas...so senang la orang lain nak tgk eklan tu...

aku : ooo...begitu ye encik nuffnang...baik2...saya akan terus bersabar dan terus bersabar...eklan tu pon saya dah letak kat atas dah...saya akan terus bersabar...tak sabar rasanya nak dapat my 1st cash out...huuuu...cepat2 la dapat RM50...sobsobsob... T_T

terima kasih kepada ecah & misz myza sebab banyak bagi elmu pasai Nuffnang...terima kaseh...

Ulasan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hongkong

2

http://imagecache.soccerway.com/new/teams/150x150/1442.gif VS http://cache.images.soccerway.com/new/teams/150x150/1100.gif


Dibawah ini ada sedikit ulasan perlawanan persahabatan antara malaysia dan hong kong. Walaupun kehadiran penyokong yang tidak beberapa ramai di stadium, sokongan dari penyokong di stadium pada malam itu sungguh menggamatkan suasana.

Keputusan penuh : Malaysia 2 - Hongkong 0

Malaysia dengan jersi biru pada perlawanan malam ini dan hongkong berjersi merah.

Analisis separuh masa pertama.

Kebanyakan pemain malaysia banyak membuat percubaan, cuma finishing yang tak beberapa kemas dan juga penjaga gol hongkong pantas membuat tindakan. Gol yang dihasilkan oleh Kapten Malaysia (Safiq Rahim) terhasil dari kesilapan pemain pertahanan hongkong pada minit ke-43.

Analisis separuh masa kedua.

pada awal separuh masa kedua, pemain hongkong mula mengatur serangan dengan menggasak pemain pertahanan malaysia dgn membuat beberapa percubaan. tetapi hasil kecekapan keeper malaysia (khairul fahmi) pantas menyelamatkan bola di saat saat genting. pada pertengahan separuh masa kedua, permainan semakin perlahan dan banyak berlakunya pertukaran pemain gantian. pada lewat permainan, pemain malaysia banyak melakukan percubaan dan akhirnya pada minit ke-91, amirul hadi zainal telah menjaringkan gol kemenangan malaysia hasil hantaran cantik dari pemain gantian sabree abu. TAHNIAH BUAT PEMAIN HARIMAU MUDA MALAYA!

Man of the match: -Safiq rahim.

Analisa perlawanan :


Malaysia Hongkong
Possession 55% 45%
Short on target 11/7 7/4
Card 1 kad kuning ` 2 kad kuning


gol pertama malaysia pada minit ke-44



gol kedua malaysia pada minit ke-91



ps - ini membuatkan aku rasa macam nak beli je jersi malaysia bile gaji masok nanti...

Feb 8, 2011

PKOM PC Fair!!! 15 April - 22 May 2011

0

http://mytechknowledge.com/wp-content/uploads/2010/12/PC_Fair_2011_logo.jpg
PC Fair without any doubt is a great platform to buy cheaper IT gadgets and PC items.
15 – 17 April 2011
  • Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur
  • Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
  • Village Mall, Sungai Petani, Kedah
  • Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
29 April – 1 May 2011
  • 1 Borneo, LG Car Park Exhibition Hall, Kota Kinabalu, Sabah
  • Permata Car Park, Kuching, Sarawak
  • Dewan Masyarakat, Tawau, Sabah
  • Dewan Masyarakat, Sandakan, Sabah
  • Dewan Merdeka, Seri Manjung, Perak
6 – 8 May 2011
  • Penang International Sports Arena (PISA), Penang
  • Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
  • Miri Indoor Stadium, Miri, Sarawak
  • Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu, Sarawak
19 – 21 May 2011
  • Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan
  • Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu, Terengganu
20 – 22 May 2011
  • Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
  • Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak

Ps - aku kene kumpul duit siap siap...

Jom Jadi Penoreh Getah!

0

http://2.bp.blogspot.com/_2nohtZcXOnw/TVBO071UdAI/AAAAAAAAHUA/5YrAkeGKTBM/s400/penoreh.jpg

harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, penoreh mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.

aku rasa lepas ni aku nak jadi penoreh la...gaji aku sebulan darab dua...pun kurang rm200...ni xtolak lagi ngan EPF ngan SOCSO...agak2 kalau aku tanam pokok getah keliling bawah rumah aku agak2 tumbuh subur x??AHAHAHA...

jangan lah kita membuat stetmen seperti ini :
"ala...orang kampung je tu..."
"ala...budak2 kampung ape tau...tau menoreh je la..."
"ala...orang kampung je pon...tak kemana pon..."

sebab percayalah, mana orang kampung yg rajin (kebanyakan orang2 kampung memang rajin kalau dibanding dgn orang2 bandar) lebih KAYA dari orang2 yg duduk kat bandar...antara sebab2nya :

1. pegi menoreh xpayah nak bawak keter myvi...paling2 pon c70 dah memadai...minyak tak de la makan banyak mana pon...
2. pegi menoreh xpayah pakai baju kurung yg ada labuci labuci lepastu pakai shawl kain cotton gaya yunalis zarai...
3. lepas menoreh, xpayah la nak lepak kat kedai starbuck, mahupun subway dan sikret resepi...sebab kopi o kedai ahmad lagi kaw...harga pon 7kupang ja pun...

so dari segi kos sara hidup, kita boleh nampak kan betapa bezanya...kat bandar sehari belanja makan rm15 (ni pon tahap nak saving ni)...kalau kat kampung, aku rasa tak sampai rm10 sehari untuk belanja makan...(sebab pengalaman aku duduk kat pekan jitra selama 3 tahun, belanja makan untuk sehari (kira xde main saving2 la) dalam rm9 je...heh...

ps - kalau menabung hari2 lama lama duit tu jadi banyak kan??tapi kenapa tiap kali masuk mesti laju je keluar...haaihhhhhh...

Feb 6, 2011

dR Berkata Mengenai Kasih Sayang

0

aku tau, sesetengah dari pembaca blog ni mesti peminat dR Rozmey...tapi ada gak la yg anti-dR Rozmey...tetapi lain pula aku...aku mengambil jalan lurus...tidak berat kenanan mahupun berat ke kiri...detik hati aku ada gak terasa nak tgk 2 alam...tapi detik hati aku lagi satu, mengatakan 2 alam tu macam gay...so aku mengambil keputusan untuk tunggu keluar version dvdrip yg pasti akan keluar tidak lama lagi...

oh ya...terlupa...tadi kawan aku ada msg fb aku...dia bagi gambar kat bawah ni :

klik untuk tumbesaran

"menurut DDR, beliau amat TERHARU dengan sikap anak anak masa kini yang mengendahkan dan mengabaikan kebajikan terhadap kedua ibu bapa mereka."


ps - ampa tgk ke cite 2 alam?? best ke??

Feb 5, 2011

Apa Yang Best Sangat Ni?

4


pernah ke korang dgr game nama SDO-X ni???sekarang ni aku telah di racuni game ni...semuanya gara-gara oleh cik aen... sebenarnya game ni aku dah tau lama dah...sejak zaman gila2 duduk main game on9 kat cc kan....(zaman zaman jahiliah) tapi fyi, aku tau game ni, cuma tak tau APA TAJUK game ni...HUH! setelah sekian lama...akhirnya...TERIMA KASIH lagi sekali kepada cik aen sebab memperkenalkan NAMA game ni...terima kasih banyak2 yaaa~ AHAHA...

tanpa buang masa...aku terus meng-register-kan diri aku di web SDO ini di http://www.xdo.com.my/... betul2 mengasyik kan...aku teringat zaman zaman main game O2 Jam...aku dulu hebat gak la main benda tu...tapi terberenti takat level 12 je kalau xsilap...gara2 time tu nak amik PMR...HAHAHAHA...dan kini, SDO ni telah mengimbau kenangan lama...jari2 pantas menekan kekunci keyboard...seronok menekan mengikut irama melodi...makin laju note2 dia keluar, makin pantas la jari jemari menekan nekan keyboard...betul2 rachunnnn...lagi xsangka2...ada plak lagu malaysia...(biasanya lagu2 techno, japan, korea, china) paleng letest ada lagu through my window dari bunkface!! hoyehhh~!!!

ps - aku kalah kan ecah lagu through my window...HAHAHAHA....

klik pada gambar untuk tumbesaran
ok, seperti yg korang nampak, aku yg tak pakai baju tu...konon fesyen terkini la ni... dan percayalah...Fcv_SouLmax itu ialah si ecah!...xsedaq diri buh nama pelik2...AHAHAHAHA

Feb 3, 2011

Orang Lelaki Memang Lurus Eh?

0

post ni aku dapat dari blog cik munge...macam menarek untuk di kongsi... :)


SITUASI 1

Laki : Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini : Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot. Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah...

Bila laki balik,

Laki : Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini : Memangla orang kata takmau apa-apa...Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Laki : Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?


SITUASI 2

Laki : Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini : Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah.

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak..
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!

Bini : Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam. Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!

Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Laki : Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?


SITUASI 3

Bini : Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang. Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih.

Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

Bini : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?


SITUASI 4

Bini : Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Laki : Abang keja lah yang....
Bini : Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang. Pastu abang balik la KL balik.

Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq, esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.

Bini : Abang bila nak balik ambik kitorang bang?


SITUASI 5

Bini : Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain.
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Bini : Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
Kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa? kenapa?


SITUASI 6

Bini : Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Laki : Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?
Bini : Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu.. pakaikan jerlah baju mana-mana pon...bukan ada org nk tengok ponnn...

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....

Bini : Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

Feb 2, 2011

Hukum Memukul Muka

2

jalan2 dalam facebook...ada plak orang post bende ni...rasanya amat berguna...renung2kan ok...

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs040.snc6/167081_163209997059307_146449658735341_310882_7291328_n.jpg

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi saw bersabda

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )


" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Imam nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana;

1. muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:


وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samaada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.

Tulisan asal Ust. Salman Maskuri


Salam Ukhuwah..~


ps - korang pernah kena tampar??
pss - korang pernah menampar orang??
psss - korang penah pukul kepala orang??

lepas ni nak pkl kepala/ menampar lagi x???

Feb 1, 2011

Projek M : PROJEK MANIPULASI!

2

kalau anda perhati, dalam facebook aku ada 1 album nama dia "PROJEK M"...bukan apa...aku sebenarnya dah lama nak buat bendealah ni...cuma kerajinan dan semangat aku kurang nak sebab tu benda ni tertangguh...so entah macam mana semangat ni datang pada hari ahad malam...aku dengan tiba2 membuka photoshop dan kemudian memulakan proses memanipulasikan gambar2 aku....percubaan pertama...macam xbest...percubaan kedua...hmmm...macam bosan...tapi cuba kalau tambah ni sikit...urm..jap wat percubaan ke tiga lah! hurm...macma jadi...ok...cuba tambah ni sikit...urm...ok gak...bek ground die plak...hmmm...sedap sikit...dalam sedap2 mengedit gambo tengok jam dah pkl 12 lebey...mata ngantok...so sambung la...ari selasa kan cuti...wat ari selasa la...

tiba hari selasa...projek bermula pada pkl 1 lebey dan siap pada 4.45pm...bontot dah kebas2 dah duduk kat atas kerusi ni...hasil pada pandangan pertama macam best...tapi bila pandang lama2 macam ada kurang...betul ke???korang boleh bagi sikit komen x??banyak pon xpe...saya baru nak belajar2...layer die pon xbanyak sgt...ada la dalam 20lebih je kot...

harap kawan2 blogger ni bole la bagi komen sikit gambar2 yg saya edit ni...:)



untuk melihat album di facebook, klik di SINI :)

Menjadi Pengikut Yang Ke-200!

5

oleh kerana kebosanan melanda diri, aku pun saja merajinkan diri membuat blog-walking di tengah2 malam tadi...dalam seronok2 aku membaca beberapa entry para blogger, aku secara tidak sengaja meng-klik follow pada satu blog nih...dan aku terperanjat aku telah menjadi follower yg ke 200!! hureyyy~

aku dihadiahkan cokelat KOKO JELI yana! terima kasih anda! :D


cokelet ni last saya makan time zaman2 sekolah rendah...beli kat kedai runcit...kadang2 time balek sekolah ada makcik bawak kereta jual jajan...coklat ni terletak di dalam bekas yg tutup dia selalunya warna merah...kadang2 warna hijau...bile coklat tu dah nak abis, terpaksa lah masokkan tangan dalam dalam sampai bahagian mulut bekas tu boleh sampai ke siku...hahaha...

ps - rindu zaman sekolah rendah... :(