Showing posts with label Irama Petua. Show all posts
Showing posts with label Irama Petua. Show all posts

Jan 26, 2011

Lega...Boleh Cakap Puas Puas

7

nampak x icon comey atas kanan blog aku ni??? cuba korang klik...nanti kuar megik...
haaaa...megik kan??

http://cdn7.droidmill.com/media/market-media/com.tritonapps.shoutbox_icon.png
nampak x??nampak x??

nah...aku nak bagi kongsi coding utk wat shoutbox macam tu...mesti blogkorang jadi lagi hensem tapi xsehensem blog aku la kan... :D

<style type="text/css">
.gb_fixed{
position:fixed;
top:0px;
right:0px;
z-index: 10;
}
* html .gb_fixed {position:relative;}
#hidden_gb2 {
display:none;
border:2px solid #333333;
background:#ffffff;
padding:10px;
padding-top:0px;
}
</style>
<div class="gb_fixed">
<table id="hidden_gb2" cellpadding="0" cellspacing="0">
<tr><td>
<div><a href="javascript:void(0)" onclick="gb_showHideGB()">[ Close ]</a></div>

<div style='text-align:left; '>
<p>

<a alt="HOW-TO HOUSE" style="text-decoration:none" href="http://place2how-to.blogspot.com/2010/12/how-to-make-floating-and-click-to.html" target="_blank">[?]Add this shoutbox style</a>

</p>
</div>

PUT YOUR SHOUTBOX CODE HERE


</td></tr></table>

</div>

<script src="https://sites.google.com/site/howtohouse/hth-scripts/howtohouse_shoutbox.js"></script>

<div style="z-index: 5" class="gb_fixed">
<a href="javascript:void(0)" onclick="gb_showHideGB()">
<img border="0" style="border:0px" src="YOUR SHOUTBOX IMAGE URL HERE"/>
</a>
</div>


nampak tak tulisan yg warna dia >>MACAM NI<<...ok, korang tukar la ikut suka hati korang dgn code shoutbox/cbox korang...lepas tu yg kat bawah tu kan korang nampak tulisan yg >>MACAM NI<< ok, yg ni plak korang buleh bubuh image url (gambar) kesukaan cita rasa anda semua... :)
selamat berhemah...pandu lah dgn selamat... :)

Aug 3, 2010

Senaman Perawat Duka

0

Ia hanya mengambil masa dalam 7 minit…Senaman ringan ini dapat menenangkan jiwa kepada si pemerajuk…mari kita ramai2 lakukannya bersama…


ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up.. tarikkkk…hembusss….

tiru la macam ni…
untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..wa.. aaa(buat sampai bercahaya)

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk.. (mmg berkesan)

dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje.. yeay~

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masaalah…

buat secara aggresive pula…
jangan peduli apa orang lain kata.. (gaya freestyle)

hilangkan semua stress..

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali
buat joget kucing…

Dengan ini saya pasti,anda pasti akan tersenyum…Walaupun cikit,tp sure ade senyum jugak kan…Just make ur day happy…Think positifly n smile always… )

Jun 25, 2010

Petua Rasulullah S.A.W.

0

Antara petua Nabi kita.

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis y! g membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Apr 14, 2009

Suami Boroi Tanda Bahagia?

0

Baca sampai abis!!!!!!!!!!!!!!!!!


Suami boroi tanda bahagia?
SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu
suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa
suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga.
Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal
perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram
dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72
kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4
bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar
artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat
bahagia hidup berumah tangga dengan saya?
ISTERI BAHAGIA,

Hulu Langat.



JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti
berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang
waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa
dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak
menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.

Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka
sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah
tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah
kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan
bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila
mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki
berkahwin dengan tujuan untuk ‘makan di rumah?.


Lelaki akan merasa selesasetelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudahbagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih
tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah
menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.
Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan
masakan.




Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali,
periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak
bergitu.




Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat
suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang
dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat
mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.
Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.


Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain ‘b
oroi?. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang
bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di
mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma
bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda
mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab
dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke
atas tempoh perkahwinan.




Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir
89% kes penceraian berlaku kepada suami yang ‘slim? dan masih tampan.
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19%
kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang…namun itulah hakikatnya.
Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut
kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih
mementingkan hidup berumah tangga.

Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula ‘jemu? atau
mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila
wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada
suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik
beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang
sebegini. Jadi awas dengan penampilan anda.




Namun sebaliknya pula bagi
isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah
berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,
isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin ‘b
ulat? atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang
mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus
mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya
tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan
penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan
lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.




Nampak sekali dunia
ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.
Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai
susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin
lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,
buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat
dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas
berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air ‘zat? isteri yang mengalir
masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan
perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka
buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.




Faktor ini
juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan
besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan
dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin,
perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut
malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang
telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah
lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan
mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit
isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma
suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi
couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar
boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala
kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita
yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami
cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab
.





Dalam Islam juga
tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh
isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin
yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak
berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus
melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.. Ada juga
pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri
yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh
isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita
lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda,
mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut
buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang
telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun
mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai
isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan
anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan
pemakanan sihat sekeluarga.

Mar 9, 2009

22 Ciri Orang Mencintai Kamu

0

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling ***** di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

Feb 25, 2009

Rahsia Kebaikan Mandi Songsang

0

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan
menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu
mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan
memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan
kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan
menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam
kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan badan .Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)

Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian
otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap
> kesihatan yang maksimum.
> Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
> Melancarkan perjalanan darah.
> Menjadikan pengamal semakin pintar
> Meninggikan daya ingatan
> Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
> Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
> Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
> Memiliki daya ketahanan mental
> Menambahkan semangat berani
> Menguatkan gusi dan gigi
> Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan

Petua Dapur Bagi Wanita Dan Gadis

1

Orang-orang tua Melayu pada zaman dahulu memang kaya dengan petua yang berguna tak kiralah samada petua kecantikan, petua nak cepat dapat jodoh, petua memasak, petua supaya awet muda, petua rumahtangga bahagia, petua memikat gadis dan macam-macam lagi petua yang berguna dan menarik. Adakah petua-petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita boleh dipakai? Bagi saya tentulah petua-petua tersebut berkesan, kalau tak berkesan tentulah ianya tidak diperturunkan kepada genarasi yang seterusnya.
Ianya merupakan satu warisan Melayu yang tidak ternilai yang ditemui oleh nenek moyang kita bagi mempermudahkan sesuatu kerja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pada zaman tersebut. Di bawah merupakan antara petua yang ringkas, mudah dan berkesan yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi golongan Wanita dan Surirumah. Selamat mencuba..


Petua menghilangkan bau nasi hangit.
Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yang berisi nasi hangit hendaklah ditutup dengan daun pisang. Alas dengan surat khabar kemudian barulah ditutup dengan penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam besen berisi air.

Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong dan udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga.
Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.

Petua untuk mudah kupas kulit bawang.
Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit kemudian baru dikupas.

Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut.
Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak masak disekeliling balang.

Petua mengelakkan hati lembu yang dimasak menjadi keras.
Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah dan rencah yang diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama dua atau tiga minit dan terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih enak.

Petua untuk menanggalkan getah buah-buahan yang terkena pada pakaian.
Pakaian yang terkena getah buah-buahan jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yang baru mendidih ke atasnya. Lakukan beberapa kali dan kesan getah akan hilang.

Petua mencuci pakaian yang terkena minyak.
Mencuci pakaian yang terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yang terkena minyak dan sental untuk seketika sebelum digosok dengan limau nipis. Akhir sekali baru dicuci seperti biasa dengan sabun.

Petua menuang air yang mendidih pada gelas kaca.
Air yang baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan gelas pecah. Cara yang betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru dituang air.

Petua untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras.
Untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis.

Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat.
Kuali baru atau yang tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau sisa-sisa makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit bawang besar ke dalam minyak dan biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan tetapi juga menjadi garing.