Apr 27, 2011

dslr

0

yeah...aku tau fenomena remaja sekarang...bukan lagi pada hp...bukan lagi pada mp3...bukan lagi pada kasut yang berlampu lampu pabila di pijak pijak...tetapi 4 huruf yg panjang maksudnya...DSLR (digital single-lense reflex)...harga dia juga mencecah 4 angka...tapi ada kalanya bila di campur dengan eksesori yg lain termasuk dengan speedlight dengan lense 70-200mm f2.8...mau angaka 4 berubah menjadi 5...


yang peliknya, dari mana la budak2 remaja ni dapat duit? aku memang pelik jugak la...aku yang dah kerja selama 8 bulan ni pon terkedek2 nak hidup...ini kan BOM! sekali budak2 umur 18 tahun ada Nikon d90 yg harganya rm3500...aku pon nak tau jugak rahsia budak umur 18 tahun tu boleh cekau duit rm3500 tu utk beli sebijik dslr...


mungkin agaknya trend sekarang bila keluar di bandar, gantung sebijik dslr atau melilitkan strap dslr tu di lengan mungkin boleh menyebabkan hati orang tersebut berasa bangga walaupun tak tau basic dan setting dslr itu sendiri...yeah...diorang akan mempertahankan "break the rule"...tapi adakah mereka tau apakah "rule" tersebut?


saya baru lagi dalam dunia dslr...dan saya masih belajar secara teori walaupun secara praktikalnya sy tidak mempunyai dslr...

Apr 23, 2011

"Ini Tidak Cool (I Promise)"

0

http://i291.photobucket.com/albums/ll286/xxmie-chanxx/freak.jpg

stop make me act like a freak!

fuck off!

Apr 19, 2011

Rahsia Bookmark Saya

3

http://greenasathistle.files.wordpress.com/2007/12/bookmark.jpeg

ok...hari ini jom kita bercerita mengenai bookmark...apa itu bookmark? mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, secara ringkasnya bookmark adalah sama maksud dengan tanda buku/penanda buku atau secara teorinya adalah untuk menanda mana-mana halaman buku untuk tatapan kita...(stedi)

kalau di alam teknologi ini bookmark ini boleh di istilah kan sebagai penanda atau shortcut utk ke pautan yg kita simpan dengan sekali klik sahaja tanpa menaip di address bar...woha! semudah 1 2 3...

bagi aku, bookmark ni mempercepatkan kerja aku sebanyak 2 saat...sebab hanya perlu drag mouse dan klik pada bookmark yg aku save dan TADA!...terus sampai ke website yg aku idam-idamkan :)

bookmark yg wajib aku simpan :
1. www.facebook.com/hendrastar
2. www.kronik.org
3. www.300mbfilms.com
4. www.lowyat.net
5. www.malaysiakini.com
6. www.fotomedia.com

so apa pula korang punya bookmark yg selalu korang save?? :D

ecah
paan

Apr 17, 2011

15 Sebab Kenapa Lelaki Sentiasa Happy :)

1



sumber : www.kronik.org

Apr 15, 2011

Tips Mengundi Dalam Pilihan Raya

0

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang.

NONESoalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli.

Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamer oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lalu, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan.

Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala.

dap miri ceramah crowd listeningJika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa' ayat 58).

Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi Muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh bukan Islam dalam konteks negara kita ini;

  • Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).
NONEMaka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.
  • Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman.
NONE
  • Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18). Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.
  • Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
NONE Firman Allah: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
  • Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.
NONE
  • Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”. Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).

NONEAyat ini menjelaskan memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimumkan bahaya.

  • Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: “Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  • Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.
sarawak election pkr ceramah sibu 120411 crowd
  • Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka'abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.
-dipetik dari MALAYSIA KINI-

Apr 13, 2011

Protes Media! [Platform Anak Muda]

0

http://1.bp.blogspot.com/-6Jir00VV9dI/TaS0bL7YNTI/AAAAAAAAAAY/nCk68Gv9Wes/s1600/paling+terbaik.jpg

APA ITU PLATFORM ANAK MUDA?

Platform lahir setelah melihat anak muda dipinggirkan suaranya

Misi

- menjadikan Platform Anak Muda sebagai entiti menjuarai isu-isu anak muda dan rakyat
- menjadi pendesak atau 'barisan ketiga' kepada pemerintah pusat dan negeri
- memperkasakan anak muda untuk bebas menjadi perkakas parti politik


Bagi aku, program protes media ni satu benda yg sehat jika betul cara peng-aplikasi-kan nya...bukan untuk menindas para media yg ada sekarang ini...TIDAK sama sekali...cuma kami inginkan kebenaran sahaja...ada kalanya geng2 media di tindas jika laluan nya tidak sehaluan dengan laluan arus semasa...mungkin ada sebab2nya yg tidak dapat di ceritakan...mungkin ini merupakan rahsia mereka...so nak xnak, pihak media terpaksa menjadi cengkerang yg besar dan cantik kepada mereka untuk menyorokkan ke-huduh-an makhluk di dalam cengkerang tersebut...

sendiri la fikir...kebebasan media mengarang kisah benar ataupun media yg terikat untuk mengarang kepentingan mereka...


Cara menyertai ProtesMedia :

Muat turun poster di http://platform-anakmuda.blogspot.com/

Pilih media yang anda punya dan cara yang anda suka:

a. Secara Online:

1. Tambahkan blog http://platform-anakmuda.blogspot.com/ di link blog anda
2. Anda juga boleh posting karya kreatif anda (tulisan, foto, video, illustrasi dan sebagainya) tentang Protes Media!
3. Ganti foto profil akaun Twitter, Facebook, Plurk, Tumblr dan lainnya dengan poster Protes Media!
4. Follow akaun Twitter @platform_am atau bergabung dengan kami di Facebook, http://www.facebook.com/platform.am
5. Tweet atau tulis status Facebook anda dengan idea-idea dan pendapat anda tentang media kita dengan memasukkan hashtag kata #protesmedia dan tag di page Facebook Platform.AM serentak mulai jam 4 petang
6. Demonstrasi Four square dengan beramai-ramai check in pada jam 4 petang di sekitar Majid Jamek dan tulis "Protes Media!"
7. Bantu dan sebarkan idea tentang Protes Media! di semua akaun online anda

b.Secara Offline:

1. Flash mob membaca akhbar terbalik di perkarangan Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara
2. Membaca akhbar terbalik secara santai (tidak perlu flash mob) di Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara

Dokumentasikan kegiatan Protes Media! versi kelompok atau komuniti
Upload foto kegiatan itu melalui
Twitter (mention @platform.am atau gunakan #protesmedia
Tag di facebook Platform.AM
Emel ke platform.anakmuda@gmail.com
Aksi ini boleh dilakukan di mana-mana anda berada pada 16 April 2011, lebih afdhal bermula serentak jam 4 petang

SEBAR-SEBARKAN KEPADA ORANG RAMAI. nak copy paste pon xpe...xpayah credit pon xpe...sempat lagi ni sebelom 16 April 2011!!

Apr 12, 2011

Seronok

0

...seperti kebiasaannya, keseronokkan tersebut pasti terberhenti di pagi hari...di kala ayam sedang berkokok...sinaran fajar kian meningkat...aku terpaksa melemparkan sejauh mungkin perasaan seronok tersebut...kehidupan seperti biasa...menghadap benda yg sama...bosan...

seronok ni datang sekejap sahaja...bila tidak di belai, atau di jaga, perasaan itu seperti dibunuh...walaupun berada di dalam klimaks...ianya ibarat seperti kain di potong dengan sekali gunting dengan menggunakan gunting yg amat tajam...sekali sahaja...terus...terpisah kain tersebut menjadi dua...bye2 seronok...aku melambai lambai kan tangan ku kepada perasaan seronok yg kian jauh...tapi aku tidak sedih kerana seronok itu pasti akan datang lagi nanti...aku percayakan kehadiran seronok itu yg pasti akan kembali bertaut ke dalam hati aku...aku percayakannya... :senyum:

lihat awan awan yg berarak di sekitar langit...tenang sambil melihat pemandangan di pagi hari...sambil secawan nescafe panas...menaikkan lagi aroma di pagi hari...aku kacau air dengan tenang dan perlahan...aku tidak ingin mengsia2 kan nikmat kurniaan tuhan di pagi hari tersebut...indah nya terasa...

seronok!

Juruterbang Helikopter Terhempas Meninggal

0

Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas, meninggal dunia pada jam 8.30 malam ini di Hospital Sibu.

NONEKetua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari tadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

NONEShafie berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

Hilang kawalan

"Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya kepada pemberita di Sibu hari ini.

NONEShafie berkata juruterbang, yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

"Empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya.

"Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira jam 4 petang.

NONEMuhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

"Saya rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi. Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di Hospital Sibu.

- Bernama

Apr 3, 2011

New Theme!

0

blog hendrastar v2 ada theme baru...kasi senyum sikeetttttt... :)