Oct 29, 2010

Berjaga-Jagalah Kaum Hawa

4

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/11/minyak2.jpg

peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Hawa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.
Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??


Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..
lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?
sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..
perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..
Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!

kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..
satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.

Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.

Oct 28, 2010

Super Junior!

0

http://hendrastar.kronik.org/images/comingsoon.gif

maaf...ni bukan lah si "super junior" yg kaum2 wanita gila-gilai atau lebih tepat lagi...gegirl...(budak pempuan yg gila korea)...tapi super junior yg aku maksud kan ni adalah merupakan sebuah projek aku yg merupakan seorang junior dalam bidang photography/graphic/website untuk mencuba mengasah bakat supaya menjadi SUPER DUPER POWER!!

sebenarnya idea ni dah tercetus lama dah...tapi memandangkan aku masih tidak ada komitmen yg kukuh(sebenarnya ni pon rasa macam nak DOWN kan balek je web ni...tapi disebabkan dah bubuh tarikh 31/10/2010 so terpaksalah aku berusaha untuk mengusahakan mempublish kan web ini kepada tatapan orang ramai...

ada apa dengan cinta website ni?
kandungan dia aku xnak la aku bagi tau 100 peratus kan...cukuplah sekadar aku menceritakan sedikit mengenai konsep yg akan aku masukkan...konsep yg nak aku pertengah kan GAMBAR CANTIK. itu je lah sedikit sebanyak yg boleh aku bagi tau pasal konsep aku...

kalau ada apa2 komen,cadangan,boleh lah masok kan sedua tiga komen kat komenbox bawah ni...

arigato aligator gozaimasu masuk hutan...
sekian... :)

http://hendrastar.kronik.org

Mandi Wajib atau Junub

1

http://3.bp.blogspot.com/_sOIWrJctdmA/TI98kfR4nLI/AAAAAAAAAJw/8Cu-fQ4A8XA/s1600/ilmu-adalah-pelita.jpg

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Oct 26, 2010

Kisah 3 Pemuda Hitam

0

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs191.snc3/19836_100478759985051_100000687820155_11281_5582420_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs191.snc3/19836_100478759985051_100000687820155_11281_5582420_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs191.snc3/19836_100478759985051_100000687820155_11281_5582420_n.jpg
adib, sory pinjam gambar hg

Pada suatu masa dahulu yang tidaklah dinyatakan dengan tepat masa dan tempatnya, di dalam sebuah kampung terdapat 3 orang pemuda yang sangat hitam.Lebihlah lagi jika dibandingkan dengan buntut kuali.Hitamnya pekat dan likat, jika hendak digambarkan bolehlah dikatakan seperti perbandingan orang yang ikhlas yang selalu kita dengar – seperti semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita.Bukanlah menghina orang yang hitam tetapi sebagai gambaran betapa melampaunya darjah kehitaman mereka bertiga.

Oleh kerana hitam yang amat itu, ketiga-tiga pemuda tersebut merasa rendah diri.Bahkan mereka selalu menjadi bahan ejekan dan kutukan orang-orang kampung.Dek kerana tidak tahan dengan penghinaan daripada orang-orang kampung tersebut, suatu hari berbincanglah mereka dan bersepakat untuk keluar meninggalkan kampung tersebut.

Maka berjalanlah mereka keluar dari kampung tersebut.Dipendekkan cerita, merentasilah mereka akan sebuah hutan.Di dalam hutan tersebut mereka bertemu dengan Jin Afrit.Jin Afrit bertanyakan perihal mereka dan berceritalah mereka akan kisah penderitaan mereka.Lalu berkatalah Jin Afrit itu,””Aku boleh membantu kamu bertiga.Kamu mintalah apa-apa saja permintaan aku akan tunaikan.Cuma syaratnya ialah satu permintaan sahaja”. Sungguh gembira mereka bertiga mendengar kata-kata Jin Afrit tersebut.Sekarang mereka boleh meminta apa sahaja dengan Jin Afrit tersebut di mana akan ditunaikan tanpa perlu berusaha dan bersusah payah .

Dipendekkan cerita lagi, berkatalah pemuda hitam yang pertama,”Wahai Jin Afrit, aku ingin engkau jadikan aku seorang pemuda yang putih”.Di dalam sekelip mata ditunaikanlah oleh Jin Afrit akan permintaan pemuda hitam pertama itu.Menjadi putihlah beliau.Handsome dan segak sekali.Terujalah 2 lagi pemuda hitam yang tinggal melihat keadaan itu.

Tanpa berlengah lagi, berkatalah pemuda hitam yang kedua,”Wahai Jin Afrit, aku pun ingin kau jadikan aku putih.Putih-seputihnya sehinggalah tiada lagi putih selepas itu”.Seperti tadi ditunaikanlah hajat pemuda hitam kedua itu oleh Jin Afrit.Sepintas dalam sehela nafas, menjadi putihlah pemuda hitam yang kedua itu.Putih seputih-putihnya sehingga tiadalah lagi putih selepas itu.

Bertanyalah Jin Afrit kepada pemuda hitam yang ketiga,”Wahai pemuda, dua orang sahabatmu telah membuat permintaan mereka dan aku telah menunaikannya,Sekarang giliran kamu pula, apakah yang engkau ingin minta wahai pemuda”.

Ternyata pemuda hitam yang ketiga tidaklah segembira dan seteruja sepertimana kawan-kawan beliau pemuda pertama dan kedua tadi.Ini kerana beliau berfikir apa lagi yang aku boleh minta.Aku nak minta jadi putih pun, kawan aku dah minta semuanya.Sudah tidak ada lagi putih selepas diaorang mintak putih seputih-putihnya tadi .Sudah habis stok putih untuk diriku ini”.Tiba-tiba wajah pemuda hitam yang ketiga itu berubah menjadi ceria, datang idea yang baginya sungguh baik dan bernas.Tertunggu-tunggulah Jin Afrit dan kedua-dua sahabatnya tadi dengan suspen apakah yang akan diminta oleh pemuda hitam ketiga tersebut.

Lalu dengan muka berseri dan konfidentnya pemuda hitam ketiga itu berkata,”Wahai jin afrit, sebenarnya aku pun ingin minta kau jadikan aku seorang pemuda yang putih,Walaubagaimanapun, kawan-kawan aku semuanya dah ‘rembat’semua kaler putih tu hinggakan tiadalah lagi baki kaler putih untuk aku.Jadi permintaan aku, aku minta engkau jadikanlah kedua –dua sahabat aku itu kembali menajdi hitam seperti sediakala sepertimana aku sekarang.Barulah adil rasanya”.

Maka arakian terpinga-pingalah para sahabatnya pemuda yang pertama dan kedua itu serta tersengihlah Jin Afrit itu.

Begitulah tuan-tuan jika tiada sifat mahmudah di dalam diri.Sifat pentingkan diri.Yang difikirkan hanya diri sendiri. Paling utama diri sendiri dan kesenangan diri.Mana-mana kesenangan dan peluang akan disapu bersih tanpa memikirkan orang lain dan orang dibelakang.Tanpa mengira halal dan haram.Satu lagi, sifat dengki dan irihati.Tak boleh melihat orang lain senang dan lebih dari dia,Ada jer jalan dan ikhtiar nak lihat orang susah dan derita .Semoga Allah membuang sifat-sifat mazmumah dan menambah sifat-sifat mahmudah di dalam diri kita.


p/s - gambar dan cerita ini tiada kaitan antara satu sama lain...moga2 menjadi pedoman dan berfikiran terbuka...jika ada yg terasa hati dgn kisah ini, sila lah komen di sini...supaya saya dapat mengubah sedikit sebanyak kandungan dalam kisah ini...sekian...

Oct 25, 2010

Pig Fat

2

http://i610.photobucket.com/albums/tt183/sp4n4r/Epig.jpg
anda semua tau ke kod2 makanan?pernah jumpa code "E" dalam botol2 atau tin2 makanan?dia ada tulis halal?anda berasakan selamat?oh tidak...code E merupakan kod untuk LEMAK LEMAK BABI...so perhatian too all MUSLIM! beware of E code!sebelum beli sesuatu barang makanan, periksa bahan2 yg terkandung di dalam tin/botol makanan tersebut...takut takut anda terbeli yg ada binatang HARAM ni!

http://images.free-extras.com/pics/f/fat_pig-345.jpg


Oct 22, 2010

Eye-Level Dan Difrent Angle

0


ini merupakan sebuah basic dalam bidang photography...ada orang kata shoot at eye level...ada orang kata shoot difrent angle...bagi aku dedua penting mengikut situasi dan suasana...

apa itu eye level?
eye level merupakan teknik menangkap gambar dgn satu aras dgn mata subjek...oleh itu ia dapat menghasilkan subjek menjadi lebih beremosi dan berperwatakan untuk menghasilkan mood yg menonjol...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs404.snc4/46731_424120492981_719487981_5036970_5177565_n.jpg
contoh gambar eye-level

apa itu angle?
dalam sekolah kita dah belajar sudut tegak,sudut cakah, sudut tirus...apa kaitan dgn photography??haa...ni la nak habaq ni...kalau kita ambil gambar secara menegak je...rasa macam biasa sgt...kenapa?ok...tgk gambar di bawah dan tgk perbezaannya...

http://sync.sympatico.ca/NR/rdonlyres/F646DBEB-38B2-4DC8-8375-E331837CB6B7/225448/Image7.jpg VS http://sync.sympatico.ca/NR/rdonlyres/F646DBEB-38B2-4DC8-8375-E331837CB6B7/225449/Image8.jpg
sumber gambar pakcik google


nampak tak perbezaannya...tangkap gambar dari sudut yg berbeza dapat menghasilkan mood gambar yg berbeza...terpulang la kepada si tukang tangkap untuk mengaplikasikan gaya menangkap gambar...break the rule...and make ur own rule... :)

dan jika ketika si tukang tangkap sedang melakukan job...wedding terutamanya, jgn la hanya tangkap 1 gambar dan suruh subjek atau pengantin tu ubah posisi...tetapi kita sebagai tukang tangkap la yg kena ubah2 posisi...selepas tangkap gambar dari sudut eye-level, cuba lah kita ubah posisi ke kanan subjek atau sedikit kebawah subjek...atau pun tangkap gambar dari atas subjek...terpulang atas kreativiti masing2...disini composisi amatlah penting...so pastikan anda tau di mana ingin meletak subjek dan posisi kita sebagai penangkap subjek...

Oct 21, 2010

Sindrom Stockholm

0

http://www.horrortalk.com/reviews/StockholmSyndrome/Stockholm01.jpg


I won't stand in your way
let your hatred grow
and she'll scream
and she'll shout
and she'll pray
and she had a name
yeah she had a name

and I won't hold you back
let your anger rise
and we'll fly
and we'll fall
and we'll burn
no one will recall
no one will recall

this is the last time I'll abandon you
and this is the last time I'll forget you
I wish I could

look to the stars
let hope burn in your eyes
and we'll love
and we'll hope
and we'll die
all to no avail
all to no avail

this is the last time I'll abandon you
and this is the last time I'll forget you
I wish I could

this is the last time I'll abandon you
and this is the last time I'll forget you
I wish I could
I wish I could


Jadual Aku Sebgai Weding Photographer

0

http://www.nicholsoncartoons.com.au/cartoons/new/2003-02-24%20Timetable%20for%20war%20new%20Downer%20Howard%201.JPG

Bulan depan merupakan 2nd weding job aku secara official nya...fuh fuh fuh...di kedah lagi plak tu...FUH FUH FUH...kali ni si pengantinnya ex-classmate aku...dia berambus dari poli waktu aku sem 2...sebab dia dapat kerja SPA...cayalah beb...rezeki ko dapat da keje tetap...aku ni ha ternanti2 lagi keje gov...sigh...

apa yg menareknya kali ni...suasananya lain...maksudnya?aku sekarang sedang bekerja...dan terpaksa meminta cuti...homaigod...paleng xbley blah nya rayuan cuti ku utk 2 hari dipendekkan menjadi 1 hari...so best la kan...bak kata pais...hendra memang robot...ya aku memang kene jadi robot...

ok...untuk memudahkan aku...(tujuan aku tulis pos ni sebab nak mudah kan aku nak wat jadual time tersebut)
tiket bas aku dah beli dah...18 november 2010 pukul 10.30 malam...

::ni jadual untuk 19 november 2010::
ok...anggaran sampai jitra pukul 4++am...harap si shuterclick dapat menyambut ku tanpa halangan seperti dahulu...(alphard beteri kong) fuh fuh fuh...

ok...lepas dah tiba...masa utk bombom...tidoq amik masa sampai kol 10am...peh tu siap2...makan2...dalam kol 12 gerak ke sungai petani dgn pais dan lebai...

sampai sana dalam pukui 1 lebey...sampai sana, masa utk usha2 tempat sekeliling...lepak macam gaya seorang photographer sampai sblom asar...lepas asar, kita gerak ke masjid tempat akad...
snap dalam 50 keping gambar akad...lepas tu buat outdoor area2 dekat2...lepas tu balek...
sampai jitra anggaran dalam kol 7...badan kompom penat...so makan dan mulakan edit dan pilih 20 gambar terbaik utk di edit...lepas dah setel ajak depa pi singgah lebai pekene twister yg depa kata ber"hantu" sangat tu...dah setel makan, ajak pakcik hamdy lawan teken sampai dia rasa dia memang xboleh kalahkan aku buat selamanya...

main sampai kepala biul dan tido...

aktiviti pada 20november 2010...
bangun pagi jam 8am...siap siap...kejut pais,lebai...tunggu depa siap2...pukul 10 gerak ke sungai petani...sampai anggaran dalam pkl 11++...teruih serbu rumah pengantin...tangkap moment2 seblum majlis...tunggu pengantin lelaki sampai...tangkap2 gambar pengantin laki...tangkap2 atas pelamin...tangkap2 moment sekeliling...tangkap2 makan beradab...aku plak makan...lepas tu sambung tangkap2 lagi...dalam anggaran pukul 4++ boleh la bersiap2 untuk buat outdoor...mungkin pergi ke cinta sayang golf club...tangkap2 outdoor...aku mengharap pengantin boleh tahan sampai dekat2 senja...aku nak snap suasana sunset...lighting terbaik time tu...harap dapat la...harap dapat la...
lepas sesudah menangkap segala benda ni, balek ke jitra...anggaran sampai jitra dalam pkl 8++...mandi2...makan2...dan terus buat kerja2 mengedit...aku anggarkan siap kerja2 mengedit pukul 1am...lepas da siap, ajak budak rumah cari beger(kat kl aku xde geng nak lepak malam2... =(...sadis)

ok...ni aktiviti ari ahad (21 november 2010)
teruih ke loq staq pi cari kedai cuci gamaq...da setel mengcuci, teruih pi bli tiket balek kl...
wajib balek kl 21 november 2010 MALAM...kalau xde tiket memang aku MATI!

ok...sekian ja wat masa ni...untuk beberapa pos kali ni, aku akan pos segala mengenai photography...untuk memudahkan aku untuk merujuk kembali secara teori... :)

Oct 20, 2010

Kau Nak Jadi Diktator? Aku Geli

0

http://www3.allaroundphilly.com/blogs/trentonian/weird/uploaded_images/emu-788130.jpg

pagi pagi aku terjaga...aku melihat jam di kaca telefon bimbit aku...aku tekan tekan kaca itu kononnya untuk mengeluarkan nya dari mode stanby, tapi gagal...ah!aku masih belum beli HTC Desire...jangan la berangan hendra!
aku tekan 'c'...
HARAM!!ada masa 15 menet lagi!!kenapa aku boleh terjaga awal!!ah...pedulikan...aku tidur kembali...

"wake up its a beutiful morning,wake up, its suzzie, wake up wake up..."

siot...jam dah bunyi!cepat2 aku bangun dan mandi...perghh...menikam kalbu sejuk nya...brrr....aku siap2 dan sarapan dan gerak ke lrt setiawangsa dgn bantuan kereta sport ferari oren...xsampai beberapa ketika aku tiba di lrt setiawangsa...seperti biasa, ada mamat dan minah arab yg tunggu van nak bawak diorang gi sekolah...nampak macam mereka sedang menghafal...mungkin ada exam sebentar lagi...ah sudah!aku nak cepat...

naik lrt...perkara biasa...terkena plak naik tren 2hub...padat macam SARDIN!aku benci makan sardin...dalam perjalan aku dalam tren, ada orang pegang paper...muka "dia"? kenapa dgn "dia"? sedangkan dia dah xlayak nak masok dalam paper sebagai seorang pemimpin...huh...dia berdiri dan mengatakan Diktator itu seronok...eh...lebih kurang macam tu la...aku xpandai sgt nak baca bahasa inggeris...dah la...aku xminat dgn politik...geli...semuanya kene betul...semuanya dia betul...semuanya kita salah...senang2 je dia nak buang...hurm...kesian sorang hamba Allah ni...moga2 dia dapat perlindungan dan kejayaan sepenuhnya...amin...

http://www.pelpet.com/wp-content/uploads/2007/05/dictator.jpg
sory abam hitler...saya pinjam gambar abam wt tatapan semua orang...
abam hitler kacak bergaya...
-sumber google image-


berbalik kepada tajuk di atas?kalau la terjadinya sistem diktator...maknanya...kita kene bayar cukai lebih...ini dah mesti...askar lebih berkuasa...ini dah mesti...gaji sikit...ini dah mesti...ok...jom kita masok mesin cahaya masa doraemon...kita pergi zaman2 penjajahan jepun...

1st time aku baca paper the sun dgn penuh khusyuk...

heh heh heh...(akemal pinjam gelak hg ya)

Oct 14, 2010

1,046 Kes Muflis Kalangan Bawah Umur 25 Tahun

0

http://4.bp.blogspot.com/_wptqvuknUow/TDS08X5YATI/AAAAAAAAAsA/rzJDlZGZ_TQ/s1600/muflis.jpg

Sebanyak 1,046 kes muflis melibatkan kalangan mereka di bawah umur 25 tahun dicatatkan bagi tahun 2005 hingga Julai tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu Rabu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata daripada kes itu, 487 atau 46.5 peratus diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang sewa beli kenderaan manakala 354 orang (33.8 peratus) pula gagal menjelaskan pinjaman peribadi.

Terdapat juga kalangan mereka muflis kerana menjadi penjamin korporat dan sosial, serta gagal menjelaskan pinjaman kad kredit serta biasiswa atau pinjaman pelajaran, katanya. Liew menjawab soalan Aaron Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) berhubung jumlah remaja yang muflis sejak lima tahun lalu dan punca utamanya, pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini.

Menurutnya bagi mengatasi masalah itu, Jabatan Insolvensi sedang mengkaji semula undang-undang muflis supaya prosedur pengisytiharan kebankrapan diperketat dan diperkemas bagi menjayakan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata beberapa inisiatif lain turut dilaksanakan seperti mengadakan 61 program "Outreach and Awareness" di seluruh negara untuk memberi maklumat mengenai kesan buruk jika seseorang diisytiharkan muflis serta cara untuk keluar daripada belenggu itu.

"Hasilnya, terdapat penurunan 44.6 peratus kepada 139 kes kebankrapan melibatkan remaja di bawah 25 tahun pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 251 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Liew memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan kes muflis bagi tempoh lima tahun lepas adalah sebanyak 83,389 kes.

- BERNAMA
kalau rasa gaji bawah rm2000 nak beli kereta itu tandanya anda sedang meletakkan tali gantung di leher anda...rm2000 stakat hidup boleh la...kalau nak beli kereta paras2 hidung ja...ish...peringatan juga kat aku jugak...bek aku beli dslr...lagi berbaloi baloi...

Oct 13, 2010

Tanda Tanda Kematian Seseorang

0

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah

Ray of Light

0

1. Open the image for editing.


2. Duplicate the current layer and change the blending mode of the new layer to Screen.


3. Use the Levels tool (Ctrl+L) to apply the following properties:
Input Levels: 0, 0.1, 255


4. Apply a Radial Blur filter (Filter> Blur> Radial Blur) with the following properties:
Amount: 100
Blur Method: Zoom
Quality: Best
Blur Center: Adjust the position to define the location of the light source. This setting will affect the direction of the rays.


5. Apply an Auto Levels (Ctrl+Shift+L).


6. Duplicate the current layer several times to increase the visibility.


7. Rollover the image in this step to see the image before this Photoshop technique was applied.



Proton Inspira

2

Terdapat beberapa keping foto terbaru Proton Inspira yang boleh dilihat di Proton Inspira Club. Foto-foto tersebut lebih jelas dan mempunyai sudut yang cantik. Terima kasih kepada Proton Inspira Club kerana sudi berkongsi foto-foto terbaru Proton Inspira.

Di bawah pula adalah petikan dari Utusan Malaysia ;

Model Ganti Proton Waja

SHAH ALAM 12 Okt. – Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat ‘inspirasi daripada nama tempatan,’ manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.

Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.

Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.

Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.

ps - syok ke kereta ni??

Genab 3 Tahun Ulang Tahun

0

setelah segala jenis lautan badai datang menimpa, gunung berapi dan kinabalu serta bukit bukau dan tasik chini...akhirnya kami telah bersama selama 3 tahun...setelah bersusah senang selama 3 tahun, hubungan kami kian rapat...dgn dugaan dan cabaran dan rintangan serta keluh kesah semuanya kami hadapi dgn sabar tenang dan ada kala petir melanda, tetapi kami cuba sedaya upaya untuk menghadapi nya dgn tenang dan sabar...dan alhamdulillah, inilah hasil usaha kami...3 tahun hendaknya...semoga dapat diperpanjang kan lagi dan semoga di ikat dgn tali hingga tersimpul mati...

http://c2.ac-images.myspacecdn.com/images02/32/m_7fa56ec65cc2413eb8ee9111cbc94ed1.jpg

i love u forever sayang

Oct 12, 2010

Cikgu Lawan Murid Lawan Cikgu

1

http://img.youtube.com/vi/ataSyJWgScw/0.jpg

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat
pagi sahaja?
Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Rokok sepatutnya naik RM30 sekotak

9

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat, bagi mengawal tabiat merokok, harganya perlu dinaikkan kepada RM30 sekotak.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata, harga produk tembakau itu harus dinaikkan lebih tinggi untuk mencegah orang ramai membelinya.

"Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30.

"Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22," kata SM Mohamed (kiri).

Pada 5 Oktober lalu, kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober.

Dengan kenaikan itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Lesen kepada peruncit

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kenaikan hampir 70 sen sekarang tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok.

"Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu?

"Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?" soalnya.

SM Mohamad berkata, rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di tempat tumpuan remaja.

Beliau turut mencadangkan kedai runcit diberikan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun.

"Hanya dengan cara ini maka ia (usaha membanteras rokok) akan dipandang serius," kata SM Mohamad sambil menyenaraikan pelbagai kesan negatif akibat merokok.

Mengambil contoh negara lain, beliau juga memberitahu terdapat, Australia telah menetapkan rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong dan tidak menarik menjelang 1 Julai 2012.



Aku copy paste je bende alah ni...sebagai tatapan umum... :)
bagi la sepatah dua tiga kata sikit ya... :)

Oct 11, 2010

Senarai Restoran Terkenal Yang Disahkan Halal & Di tarik Balik Sijil Halal Oleh JAKIM

0

http://www.mamakk.com/wp-content/halal%20color.jpg


Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut

Mereka Masa Depan

0

http://ajaxian.com/wp-content/images/back-to-the-future.jpg

di dalam kekalutan warna, aku terus berdiri teguh selama yg aku mampu...akan ku paksa diri aku untuk mencapai cita cita...

dgn berbekalkan semangat kental dan ketahanan fizikal, aku berlari sekuat hati tanpa mengira halangan dan rintangan yg aku alami...walau apa sekali pun halangan yg menimpa, aku tetap berusaha untuk menghapuskan apa sahaja yg menghalang perjalanan ku...bila tiba di suatu gua, aku terhenti seketika...

di dalam hati ku berkata...
mungkin aku boleh bertapa di sini...
aku terus masuk ke dalam gua tersebut...tanpa mengira segala cendawan berbisa, raksasa durjana, tengkorak hidup, panglima jahat, aku tetap menentangnya habis habisan...aku tidak akan berkira dgn makhluk yg bukan asalnya di sini...aku akan berusaha sedaya upaya mempertahankan seluruh umat manusia...

"eh...ada emas..."benak hati ku apabila aku meneroka kawasan gua tersebut...tanpa berkata kata, aku berjalan menghampiri emas tersebut dan perlahan lahan tangan aku turun dan ambil emas tersebut...alhamdulillah...rezeki aku...aku teruskan pengembaraan aku di dalam gua untuk mengumpulkan pengalaman secukup nya untuk menghabiskan pertapaan aku...apa bila tiba di tempat pengakhiran...ada sebuah bende besar bergerak2...rupanya...aku telah mengejutkan seekor raksasa yg setelah kian lamanya tertidur lena...

dgn menggunakan kekuatan dan pengalaman berperang yg aku tempuhi, aku berlawan dgn raksasa tersebut dgn sedaya upaya aku...
"ADUH!" aku di pukul tepat pada tengkorak kepala aku...pandangan aku menjadi samar samar...aku melihat raksasa tadi bagaikan menjadi DUA...aku buka beg aku dan cepat2 mengambil botol merah dan minum...alhamdulillah...aku berasa badan aku semakin pulih...sungguh...terasa bagaikan baru sahaj di lahirkan...kekuatan penuh di dada, tanpa ada rasa sakit dan pilu...AHHH!!lupakan semua itu!persetankan raksasa ini...aku harus menghapuskan nya!aku mengumpulkan segala pucuk tenaga yg aku ada di hujung jari ku...

AMBIK KAU WAHAI RAKSASA!! DEAD BLOW!!!

aku punya marshall dah level 21...makin naik level makin malas nak main sebab xde geng...korang, jom main game bodo ni...benar2 dapat membuang masa kita...percayalah...benar benar dapat buang masa kita... =_=!

terus kepada pautan Mini Fighter

bila da main bende ni, roger la aku...aku sedia menanti...

Pemburu TIGA Juta Virus Komputer

0


Penampilannya bersahaja tetapi luar biasa. Begitulah personaliti seorang konsultan virus komputer, Dr. Looi Hoong Thoong, 67, ketika ditemu bual di pejabatnya di Looi Software, Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini.

Biarpun pertama kali bertemu, sikap peramahnya membuatkan perbualan kami tidak terhenti dan berjaya merungkai seribu satu cerita daripada anak jati Bukit Mertajam ini.

Siapa Hoong Thoong yang turut dikenali sebagai Uncle Looi ini?

Mendekati diri warga emas terbabit, beliau rupa-rupanya antara pencipta program antivirus terawal dunia, V-Buster.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Arkitektur ini berkata, kerjaya sebagai pereka program komputer memerlukan ketajaman fikiran dan ia lebih mencabar berbanding arkitek pembinaan.

Berbanding seorang arkitek, kata Looi, mereka hanya duduk di atas kerusi sambil memikirkan projek yang hendak dilaksanakan. Ia tidak melibatkan pengiraan dan kod bahasa seperti pereka perisian.

“Kerjaya kreatif ini bermula ketika usia saya sembilan tahun apabila saya berjaya mencipta sebuah alat pencetak gambar hitam putih bersaiz kecil.

“Tidak sangka dengan menggunakan peralatan sedia ada di rumah sahaja seperti kaca, transistor dan litar, saya berjaya menghasilkannya walaupun dalam bentuk tidak seberapa,” ujarnya yang mengaku tidak gemar menelaah bahan bacaan sejak zaman persekolahan.

“Inilah gaya hidup saya sejak di bangku sekolah sehinggalah melanjutkan pengajian ke Universiti Adelaide di Australia pada tahun 1962.

Langkah pertama

“Emak selalu memukul saya kerana malas membaca buku. Guru-guru di sekolah juga selalu memarahi saya kerana tidak memberi tumpuan di dalam kelas.

“Saya rasa tidak perlu membaca semua buku itu. Cukup dengan melihat formula mahupun tajuk-tajuk di dalamnya, saya sudah mengetahui kandungannya.

“Keputusan peperiksaan saya juga cemerlang,” jelas Looi yang menganggap ia kebolehan semula jadi beliau.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini menjelaskan, minat dalam bidang elektronik bermula selepas beliau menyaksikan tayangan filem bersiri popular pada awal tahun 1960 iaitu The Man From U.N.C.L.E.

Setelah menonton, beliau berjaya mencipta pintu pagar kawalan radio di rumahnya yang masih berfungsi dengan baik sehingga kini.

“Rakan-rakan kata saya gila kerana sebelum ini saya tidak tahu langsung mengenai peralatan elektronik.

“Tetapi dengan membuat sedikit uji cuba, saya berjaya membuatnya berfungsi sehingga kini,” cerita beliau.

Bagaimanapun, pada era kemunculan mikro-komputer, Looi berjinak-jinak dengan dunia pengkomputeran pula.

“Pada awal tahun 1980-an, harga komputer terlalu mahal. Ketika itu saya tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk membeli sebuah komputer yang berharga RM5,000.

“Saya sedaya upaya mengunjungi kesemua kedai buku dan membelek majalah serta buku-buku yang ada kaitan dengan cara mencipta komputer,” katanya.

Beritahunya lagi, dengan memasang litar integrasi yang lengkap dengan beberapa peralatan seperti transistor dan diod pemancar, Looi sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah unit pemprosesan sepusat (CPU) dengan rangka luarnya menggunakan kayu.

Bagaimanapun, katanya, beliau terpaksa membeli sebuah monitor terpakai yang sudah rosak daripada seorang rakan pada harga RM2,000 sebelum membaiki dan memasukkan perisian ringkas.

“Disebabkan kurang perisian, saya teruja untuk mencipta program sendiri.

“Saya cuba belajar membuat program pada mesin kod,” ujarnya.

Pada masa itu, beliau mula memahami cara untuk bermain dan menyalin maklumat.

Mengenai permulaan kerjaya sebagai pemburu virus, katanya, semuanya bermula selepas seorang rakan memberinya dua keping disket antivirus, Brain dan Denzuko.

Pengguna

“Sebaik balik ke rumah, saya terus membuat salinan disket itu. Malangnya, CPU komputer saya pula dijangkiti virus yang berpunca daripada disket itu.

“Sepanjang hari saya membelek komputer itu dan cuba membaikinya termasuk mencipta satu program antivirus ringkas menggunakan mesin kod ciptaan sendiri bagi menggantikan bahagian yang dijangkiti virus,” terangnya yang gemar bercucuk tanam.

Walaupun telah berjaya menghasilkan perisian antivirus sendiri, Looi tidak menjualnya.

Beliau cuma membuat salinan perisian itu sebelum mengedarkan secara percuma kepada rakan-rakan.

Hanya tidak lama kemudian barulah beliau menjualnya pada harga RM4 di kedai IRM Komputer di Komtar, Pulau Pinang dengan jenama V-Buster.

Menjelang tahun 1991, V-Buster sudah pun dikenali di pasaran Australia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Malangnya, orang ramai kurang mempercayai produk tempatan. Menurut Looi, pernah ada sebuah bank tempatan yang mahu menggunakan program beliau tetapi ditentang oleh pengarah bank berkenaan atas alasan status bank berkenaan akan jatuh kerana memakai program tempatan.

“Namun, syarikat multinasional dan korporat serta universiti asing menggunakan perisian saya.

“Ini kerana pada tahun 1990-an, program saya boleh mengesan lebih banyak virus berbanding perisian lain,” kata Looi.

Sekarang, V-Buster berupaya mengesan dan memusnahkan lebih 750,000 virus komputer dan Internet.

“Program saya laris seperti kek panas di Amerika Syarikat dan Eropah tetapi agak lemah di pasaran tempatan.

“Mungkin disebabkan orang kita begitu sukar mempercayai perisian keluaran tempatan,” keluhnya yang pernah menerima lebih 20 anugerah kecemerlangan sepanjang penglibatan dalam bidang tersebut.

Sehingga kini, terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar yang menggunakan perisian antivirus tersebut di negara ini.

Sepanjang kerjayanya memerangi virus komputer, Looi sudah menemui lebih tiga juta virus.

- KOSMO!

Oct 9, 2010

Funny Goalkeeper Kits

0

Pablo Aurrecochea, a Goalkeeper in Funny Kits (9 pics)

Pablo Aurrecochea, a Goalkeeper in Funny Kits (9 pics)

Pablo Aurrecochea, a Goalkeeper in Funny Kits (9 pics)

Pablo Aurrecochea, a Goalkeeper in Funny Kits (9 pics)

Pablo Aurrecochea, a Goalkeeper in Funny Kits (9 pics)

Pablo Aurrecochea, a Goalkeeper in Funny Kits (9 pics)

Pablo Aurrecochea, a Goalkeeper in Funny Kits (9 pics)

Pablo Aurrecochea, a Goalkeeper in Funny Kits (9 pics)

Pablo Aurrecochea, a Goalkeeper in Funny Kits (9 pics)


paraguay punya keeper...baju bro mmg sempoi...aku nak satu boleh???