adib, sory pinjam gambar hg
Pada suatu masa dahulu yang tidaklah dinyatakan dengan tepat masa dan tempatnya, di dalam sebuah kampung terdapat 3 orang pemuda yang sangat hitam.Lebihlah lagi jika dibandingkan dengan buntut kuali.Hitamnya pekat dan likat, jika hendak digambarkan bolehlah dikatakan seperti perbandingan orang yang ikhlas yang selalu kita dengar – seperti semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap gelita.Bukanlah menghina orang yang hitam tetapi sebagai gambaran betapa melampaunya darjah kehitaman mereka bertiga.
Oleh kerana hitam yang amat itu, ketiga-tiga pemuda tersebut merasa rendah diri.Bahkan mereka selalu menjadi bahan ejekan dan kutukan orang-orang kampung.Dek kerana tidak tahan dengan penghinaan daripada orang-orang kampung tersebut, suatu hari berbincanglah mereka dan bersepakat untuk keluar meninggalkan kampung tersebut.
Maka berjalanlah mereka keluar dari kampung tersebut.Dipendekkan cerita, merentasilah mereka akan sebuah hutan.Di dalam hutan tersebut mereka bertemu dengan Jin Afrit.Jin Afrit bertanyakan perihal mereka dan berceritalah mereka akan kisah penderitaan mereka.Lalu berkatalah Jin Afrit itu,””Aku boleh membantu kamu bertiga.Kamu mintalah apa-apa saja permintaan aku akan tunaikan.Cuma syaratnya ialah satu permintaan sahaja”. Sungguh gembira mereka bertiga mendengar kata-kata Jin Afrit tersebut.Sekarang mereka boleh meminta apa sahaja dengan Jin Afrit tersebut di mana akan ditunaikan tanpa perlu berusaha dan bersusah payah .
Dipendekkan cerita lagi, berkatalah pemuda hitam yang pertama,”Wahai Jin Afrit, aku ingin engkau jadikan aku seorang pemuda yang putih”.Di dalam sekelip mata ditunaikanlah oleh Jin Afrit akan permintaan pemuda hitam pertama itu.Menjadi putihlah beliau.Handsome dan segak sekali.Terujalah 2 lagi pemuda hitam yang tinggal melihat keadaan itu.
Tanpa berlengah lagi, berkatalah pemuda hitam yang kedua,”Wahai Jin Afrit, aku pun ingin kau jadikan aku putih.Putih-seputihnya sehinggalah tiada lagi putih selepas itu”.Seperti tadi ditunaikanlah hajat pemuda hitam kedua itu oleh Jin Afrit.Sepintas dalam sehela nafas, menjadi putihlah pemuda hitam yang kedua itu.Putih seputih-putihnya sehingga tiadalah lagi putih selepas itu.
Bertanyalah Jin Afrit kepada pemuda hitam yang ketiga,”Wahai pemuda, dua orang sahabatmu telah membuat permintaan mereka dan aku telah menunaikannya,Sekarang giliran kamu pula, apakah yang engkau ingin minta wahai pemuda”.
Ternyata pemuda hitam yang ketiga tidaklah segembira dan seteruja sepertimana kawan-kawan beliau pemuda pertama dan kedua tadi.Ini kerana beliau berfikir apa lagi yang aku boleh minta.Aku nak minta jadi putih pun, kawan aku dah minta semuanya.Sudah tidak ada lagi putih selepas diaorang mintak putih seputih-putihnya tadi .Sudah habis stok putih untuk diriku ini”.Tiba-tiba wajah pemuda hitam yang ketiga itu berubah menjadi ceria, datang idea yang baginya sungguh baik dan bernas.Tertunggu-tunggulah Jin Afrit dan kedua-dua sahabatnya tadi dengan suspen apakah yang akan diminta oleh pemuda hitam ketiga tersebut.
Lalu dengan muka berseri dan konfidentnya pemuda hitam ketiga itu berkata,”Wahai jin afrit, sebenarnya aku pun ingin minta kau jadikan aku seorang pemuda yang putih,Walaubagaimanapun, kawan-kawan aku semuanya dah ‘rembat’semua kaler putih tu hinggakan tiadalah lagi baki kaler putih untuk aku.Jadi permintaan aku, aku minta engkau jadikanlah kedua –dua sahabat aku itu kembali menajdi hitam seperti sediakala sepertimana aku sekarang.Barulah adil rasanya”.
Maka arakian terpinga-pingalah para sahabatnya pemuda yang pertama dan kedua itu serta tersengihlah Jin Afrit itu.
Begitulah tuan-tuan jika tiada sifat mahmudah di dalam diri.Sifat pentingkan diri.Yang difikirkan hanya diri sendiri. Paling utama diri sendiri dan kesenangan diri.Mana-mana kesenangan dan peluang akan disapu bersih tanpa memikirkan orang lain dan orang dibelakang.Tanpa mengira halal dan haram.Satu lagi, sifat dengki dan irihati.Tak boleh melihat orang lain senang dan lebih dari dia,Ada jer jalan dan ikhtiar nak lihat orang susah dan derita .Semoga Allah membuang sifat-sifat mazmumah dan menambah sifat-sifat mahmudah di dalam diri kita.
p/s - gambar dan cerita ini tiada kaitan antara satu sama lain...moga2 menjadi pedoman dan berfikiran terbuka...jika ada yg terasa hati dgn kisah ini, sila lah komen di sini...supaya saya dapat mengubah sedikit sebanyak kandungan dalam kisah ini...sekian...
0 cemuhan:
Post a Comment
Segala komen dari anda amatlah dihargai :)