Oct 12, 2010

Rokok sepatutnya naik RM30 sekotak

9

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat, bagi mengawal tabiat merokok, harganya perlu dinaikkan kepada RM30 sekotak.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata, harga produk tembakau itu harus dinaikkan lebih tinggi untuk mencegah orang ramai membelinya.

"Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30.

"Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22," kata SM Mohamed (kiri).

Pada 5 Oktober lalu, kerajaan menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuatkuasa 1 Oktober.

Dengan kenaikan itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan.

Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang.

Lesen kepada peruncit

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kenaikan hampir 70 sen sekarang tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok.

"Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu?

"Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?" soalnya.

SM Mohamad berkata, rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di tempat tumpuan remaja.

Beliau turut mencadangkan kedai runcit diberikan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun.

"Hanya dengan cara ini maka ia (usaha membanteras rokok) akan dipandang serius," kata SM Mohamad sambil menyenaraikan pelbagai kesan negatif akibat merokok.

Mengambil contoh negara lain, beliau juga memberitahu terdapat, Australia telah menetapkan rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong dan tidak menarik menjelang 1 Julai 2012.



Aku copy paste je bende alah ni...sebagai tatapan umum... :)
bagi la sepatah dua tiga kata sikit ya... :)

9 cemuhan:

sepatutnya bakar je semua rokok yg ada.. xpyh jual dah. walaupun tau akibatnya, lagi dorg suka.. hurm..xpham

apa susah.. jangan bagi orang jual.. kalau bawak naik harga depa ni jugak yang MAKAN duit tu.. bagi naik harga pun memang orang beli.. membanteras.. ceh..

dorg bwk nek harga sbb nk dpt duit cukai je... dorg tau org akan ttp beli even naek byk mne sekali pn... ini hanyalah taktik kerajaan mendapat keuntungan cukai semata2... tp tidak nmpk pulak dimana duit2 cukai ini digunakan sebaiknye utk rakyat jelata... sepatutnye klau betol nk rakyat malaysia stop rokok, gunekan alternatif laen... stakat nek rege rokok, xefek pn... rokok seludup kn byk... org xkn stop semata2 sbb rege rokok naek..

hurm...betul kata anda wahai akemal...dunhill sekotak? moga2 lepas ni dah xada dah...

anak cucu kita nanti xkan paham apa maksud "sap kok lu"

Anonymous - itu lah pasal...sama jugak kes ni dgn kereta...kereta import kat sini mahal berganda2 dari harga asal kereta tu sblom kene cukai...sampai kan negara jepun marah kat malaysia sebab negara kita letak harga cukai yg tinggi utk kreta2 mereka...rakyat kita jugak yg sakit...bulan2 bayar hampir atau lebih dari separuh dari gaji yg dapat sebulan...tolak makan,minum,minyak...brapa sen je yg tinggal...

haram kan je lah rokok kat malaysia nie....skg nie perokok2 mcm sial tau x.....kin panazz...mata memandang.....

mcm sial??? ckp bg ada adab pamalan..

kalau haramkan rokok kat malaysia apakah boleh jamin org tak beli ? banyak lagi benda haram lain dia org buat ...kalau naik harga dia org beli rokok aje ,kurang makan dan pakai pulak ...bagi aku semuanya atas tabiat kita sendiri...kalau dah rasa tak dak fardah tak payah beli rokok kalau rasa besar faedahnya ...lantak kau lah

kena fikir juga..kalau haram, apa semua perokok x buat demo? habis negara kita yang tenang ni..skurang2nya jika dimahalkan harga roko tu, peroko dengan harapan bole bfikir lah patut @ x dia buang duit tu semata-mata untuk pertumbuhan kanser dalam badan...kan...

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)