Mar 31, 2011

Dah 2 Minggu Dah

1

angin pagi2 membuat kan aku malas nak bangun...bantal2 yg berselerak di atas katil aku yg empuk, di sembam ke muka aku...sedap nya baring...tapi segala kesedapan itu aku tolak ke tepi setelah terdengar azan berkumandang...subuh datang lagi...alhamdulillah...aku lantas bangun dan mandi dan berwuduk...sejuknya air pagi2 hari...selesai bersolat subuh, aku pun menadahkan tangan dan berdoa seperti kebiasaan...semoga hari ini lebih baik dari semalam...amin...aku kembali melihat hp aku...31 March 2011 tertera di hp aku...aku tersenyum keriangan...otak otak matematik aku kini sedang membuak congak congak dan kira kira membuat strategi untuk masa hadapan...senyuman senget di tampal tepat di bibir aku...huehuehue...

aku pun bersiap dan bersarapan. di meja terhidang roast swiss brown mushrooms on garlic creamed spinach dengan air teh bunga 3 layer dengan air coke di tengah2 layer tersebut...walaupun jam telah menunjuk kan jam 7.30, aku tetap cool dan teruskan melayan hidangan yg terhidang...selesai sudah bersarapan, aku pergi melihat ke cermin sekejap...membetulkan rambut ala ala sam bunkface, agak messy tapi masih kelihatan cool...

aku keluar dari bilik dan terus mencapai kunci rumah dan kunci jet peribadi aku..."hello world!Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!"

huehuehue...aku turun ke bawah dan mengosok badan megan fox dgn sungguh berahi...ya...sangat berahi...


http://geartinggi.com/wp-content/uploads/2010/12/Yamaha-Ego-LC.09.jpg
sumber gambar google

Mar 30, 2011

Far East - Saat Lafaz Sakinah

1



http://blogs.guardian.co.uk/food/food_love460.jpg

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Mar 23, 2011

9,239 Calon SPM Peroleh Semua A

0

http://musicremedy.com/webfiles/artists/SPM/SPM-01-big.jpg
gambar sumber daripada google

Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

"Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun," katanya.

Katanya bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula katanya, menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.

"Jadi calon yang mendapat gred Cemerlang Tertinggi adalah masih terlalu sedikit berbanding bilangan calon yang gagal semua mata pelajaran iaitu 2,773 calon," katanya.

Abd Ghafar berkata pencapaian calon sekolah swasta dan calon sekolah tajaan agensi selain kementerian, seramai 40 calon berjaya memperoleh gred cemerlang semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada 2009.

Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Mengenai pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, 39 lagi stabil dan sembilan menurun.

Bagi gred kepujian (B+,B,C+,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus.

Abd Ghafar berkata bagi kategori gagal (G) enam mata pelajaran menunjukkan penurunan, 93 stabil dan empat meningkat.

Mengenai pencapaian sekolah pula, sebahagian besar sekolah dirumuskan berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan, hanya sebilangan kecil iaitu 66 sekolah memperoleh pencapaian berpotensi.

Beliau berkata pencapaian calon mengikut lokasi turut meningkat dan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sebanyak 0.18 Gred Purata Nasional (GPN).

"Pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains adalah lebih baik daripada pencapaian di bandar sementara jurang prestasi dalam Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral masih perlu dipertingkatkan," katanya.

--Bernama


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA... :D

Sejarah Internet

0











Mar 21, 2011

Bonda Yang di-Pertuan Agong Mangkat

0

Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Kelang, Selangor pada jam 1.22 pagi tadi.

Jenazah almarhum akan dibawa pulang ke Kuala Terengganu melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

- Bernama

mari kita sama2 sedekah kan al-fatihah kepada almarhum.

Mar 16, 2011

Lee Chong Wei Dapat Kata-Kata Semangat Dari 1st Lady

2

http://3.bp.blogspot.com/_SU8Jq8WfOok/S6DGhgWuBhI/AAAAAAAADp8/hJSUJ_U7RM8/s400/1

PUTRAJAYA 15 Mac – Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All England awal pagi Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Chong Wei, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Chong Wei itu.

Chong Wei pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All England di Birmingham Indoor Arena, England.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata, beliau begitu yakin Chong Wei akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Chong Wei lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.

Beliau berkata, hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil perbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan “kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Chong Wei.”

Perdana Menteri juga berkata, sebelum bertanding Chong Wei menelefon Rosmah, yang merupakan satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

“Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang dan saya juga dapat bercakap dengan Chong Wei turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang,” katanya.

“Pada ketika itu, dia (Chong Wei) tidak menganggap Lin Dan sebagai penentang yang tidak boleh diatasi. Chong Wei juga telah menunjukkan permainan yang begitu hebat sekali dan tidak pernah rasa tertekan tetapi sentiasa mengatur permainannya berdasarkan kepada pelan permainan.

“Pada saya, bila dia mempunyai keyakinan dan komited kepada pelan permainannya, pada masa itu dia boleh mengatasi pencabarnya yang menjadi penghalang besar kepadanya untuk mencapai kejayaan,” kata Najib.

Najib berharap kejayaannya itu dapat dijadikan satu landasan kukuh untuk negara memenangi pingat emas di Sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun depan, yang merupakan “impian kita yang masih belum tercapai,

“Ini adalah harapan saya dan juga 27 juta rakyat Malaysia. Inilah harapan yang kita anggap sebagai cita-cita besar dan impian agung yang menuntut usaha semua pihak untuk menjadikannya satu kenyataan,” katanya. – Bernama

sumber : UTUSAN MALAYSIA

SILA KOMEN... :)

Mar 15, 2011

Aku Dah Meluat Dengan Facebook!

5

http://marcelnunis.com/blog/wp-content/uploads/2010/12/No-facebook.jpg

KENAPA FACEBOOK LEMBAB SANGAT SEKARANG NI???
MARK ZUCKENBERG...SILA BAGI JAWAPAN YG BERNAS...NAK TUTUP, SILALAH TUTUP TERUS...

Mar 10, 2011

Keburukan Ipad!

2





plawok plawok plawok plawok plawok...

sumber : KRONIK(dot)ORG

HOI!! Buat Apa Tu???

0



sumber : KRONIK(dot)ORG

Berdua Lebih Baik Kata Nuffnang

0

http://1.bp.blogspot.com/_8m3BIhcqXwA/TSCFAYHrNPI/AAAAAAAAASU/tOY1u2RpWis/s1600/nuffnang-spidey.jpg

hip hip hureeeyyyy!!!
akhirnya nuffnang nampak jugak la blog picisan dari aku ni...akhirnya dua bijik BE muncul kembali di dalam blog aku...alhamdulillah... :D

rezeki motor baru ni...eh! motor apa ni??eh??selasa depan??eh...ehhhh...xde ape2...abaikan...sekarang ni kita sama2 tolong mengkayakan aku dgn melawat blog aku selalu ya! HAHAHAHAHA...

terima kasih nuffnang!! :D

Simpati Terhadap Rob Van Persie

0



walaupun aku bukan fans arsengal...tapi, bila tgk video ni mmg rasa agak panas hati gak la...wisel kecik nak lawan dgn berpuluh ribu penonton bersorak...kalau korang berada dalam situasi begini kompom panas kan?harap2 match Man Utd xkan jadi macam ni...huuuuhuhu...

Mar 7, 2011

Bosan Dengan Video Youtube?

3

hari2 tgk video pasal anuar hadi...xpon pasal JaredPolin...kadang2 aku naik bosan...lepas tu ada la saja2 aku tertekan pause dan kemudian drag kan buffer bar kat bawah tu ke tengah...lepastu secara tidak sengaja, siku siku aku tertekan erow ke atas...dan tiba2 jadi macam video kat bawah ni :


seronoknya dapat main snake kat youtube! saya sudah...anda bila lagi??? :D
@peco @ecah

Mar 4, 2011

Hendra Dah Kawin?

2



suweeettt hendra ni...HAHAHAHA...

Mar 3, 2011

FATAL

0




Lailas Lounge - Fatal


Larutku, berjisim pada deru bisikmu
Bertekup di kelubungan
Dakaplah kegelisahan jiwa nan dulu
Adalah kegilaanku mencumbuimu

Leraiku, berdikit pada zarah nan buntu
Berpalit di pasunganmu
Hambarlah segala rasa jiwa nan dulu
Adalah keterasingan pada kucupmu

Benarkan ku bersentuh kudusmu,
Benarkan
Telahpun ku lupus dalam abadimu
Dan segala ada berulang liuk di kelopakmu

Mar 1, 2011

Al-Fatihah

2

semalam aku berasa sungguh terasa dan menyayat hati...susah aku nak luahkan melalui kata-kata...tiba2 terigt kat arwah nenek...arwah atuk...arwah pak lang...pakweni, pakwedol...semalam aku mendapati 3 orang yg ada pertalian dgn orang yg aku rapat telah meninggal kan dunia ini...tiba tiba aku jadi tersentak...sedih jugak la walaupun aku tak kenal, tapi aku paham perasaan orang yg telah kehilangan orang yg tersayang...

semalam pagi aku dikejutkan oleh pemergian paklang fatin aimi...dan dalam tengah hari pada hari yg sama, aku mendapat berita bahawa tokwan abg din telah meninggal...dan pada petang semalam juga ibu kepada fadhli telah meninggal...pali, semoga hg tabah nah...teruskan perjuangan hg kat upsi...jgn sia2kan peluang yg ada...

mari kita sedekahkan al-fatihah kepada mereka yg telah meninggalkan kita...semoga roh2 mereka di tempat orang-orang yg beriman...amin...