Di dalam kerajaan menyeru rakyat menggunakan tali pinggang keledar pada tempat duduk belakang, tetapi masih banyak lagi kemalangan yang masih terus, terus dan terus berlaku. adakah kemalangan berpunca dari ketidak pemakaian talipinggang atau seat belt itu atau pun memang merupakan kecuaian atau kegopohan pemandu itu sendiri. bayangkan, jika kita bawa kenderaan dengan perlahan, dan mengikut segala undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan da memastikan kenderaan dalam keadaan baik, adakah kemalangan akan berlaku? bukan kerana pakai tali pinggang atau tidak sebabnya. sebabnya pemandu itu sendiri. pemandu itu memegang tanggungjawab sebagai seorang pemandu, bukan sebagai seorang pembunuh!
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah hanya mampu menjerit ketakutan apabila tembok rumahnya tiba-tiba ‘meletup’ sebaik dirempuh kuat kenderaan pacuan empat roda dinaiki empat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengejar sebuah teksi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk tugas rondaan JPJ itu terbabas sebelum melanggar tembok tepi rumah mangsa.
Kenderaan itu kemudian meluru laju masuk ke dalam kawasan rumah mangsa sebelum merempuh tembok pagar hadapan rumah berkenaan hingga berkecai.
Difahamkan kenderaan yang gagal dikawal itu hanya berhenti kira-kira 30 meter selepas melanggar pagar rumah seorang lagi penduduk di Jalan 2, Taman Kepong di sini.
Mangsa, How Mooi Eng, 55, berkata, ketika kejadian dia berehat dalam rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan gegaran di luar rumahnya.
Menurutnya, dia yang menjerit terkejut tambah panik apabila bunyi letupan sebanyak tiga kali berturut-turut itu menyebabkan batu bata berterbangan dan melayang ke seluruh kawasan rumahnya itu.
“Namun sebaik keluar untuk meninjau apa yang berlaku, saya terkejut apabila melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda tersadai di hadapan rumah jiran sejurus merempuh tembok rumah saya.
“Kejadian itu amat dahsyat kerana kenderaan terbabit merempuh tembok tepi rumah saya sebelum melanggar tembok pintu hadapan hingga roboh dan hanya berhenti selepas melanggar tembok rumah jiran di hadapan,” katanya.
Menurutnya, kesan pelanggaran itu amat kuat kerana tembok besar di hadapan rumahnya patah dan tercabut.
Jika kita baca laporan surat khabar di atas ni, kita sendiri boleh menilik sendiri siapakah yang salah. kerajaan cuma ingin kan saman saman dan saman jika kita tidak mengenakan tali pinggang. rasanya ianya patut dipinda kepada orang yang terlibat dalam kemalangan harus membayar saman. dengan itu mungkin diorang akan memandu dengan lebih berhemah kerana takut akan saman yang dikenakan.(yela...dah la nak tanggung pembaikan kereta sendiri, ni pulak kene bayar saman.)
hahahahahahahaha...
0 cemuhan:
Post a Comment
Segala komen dari anda amatlah dihargai :)