Jan 21, 2009

Kehidupan L.I. Ku.

0

"besok pagi mak xkejut taw. bangun sendiri. untung la Ata dapat mak macam ni...tolong gosok kan baju, siapkan makanan pagi2. kalau mak orang lain, xde nye...lantak kau la nak pakai baju apa besok!" dialog yang hampir-hampir sama yang bergema di dalam gegendang telinga aku ini setiap hari.

seperti biasa, aku bangun tepat jam 6:30 apabila mak ku beritahu yang dia nak kuar gi keje dah!
ak bangun dan buka laptop dan update antivirus Kaspersky Internet Security 2009 aku kejap dan bukak winamp. kebiasaannya lagu dari yuna dan estrella aku layan pada pagi hari. tapi, baru-baru ni aku dengar lagu force vomit agar pagi ku lebih segar dengan muzik yang sedikit ranchaq.

tepat 6:45 akan ku bersiap untuk memanjakan diri di dalam kamar mandi ku. dan ku mulai nampak bintik-bintik jerawat rindu yang makin tumbuh di muka ku!haha..geram sungguh jari jemari ku. ingin sahaja ku memicit-micit dan menekan-nekan keluarkan ia terus dari muka ku yang licin lembut ketika kechel dahulu.

di antara pukul 7-7:25 am, aku bersiap-siap dengan menyetting rambut agar tampak kemas dengan menggunakan clay gatsby feberet aku nih!haha...kemudiannya, pukul 7:30am akan ku sarapan, kebiasaanya mak telah menyediakan nasi goreng + telur mata. kalau nasib baik, mak sediakan kuih sekali. ini bermakna aku pergi ke pejabat ku dengan perut yang kenyang. ( mane la x naik berat aku sampai 65kilo!)

okay2, sekarang masa untuk keluar ke office! tepat jam 7:45am, aku mengunci semua pintu dalam rumah dan melangkah kan kaki ke luar rumah untuk teruskan berjalan dan berjalan menuju ke destinasi pejabat ku. aku keluar rumah, kebiasaanya mendapat aroma dan aura pagi yang kadang2 mencengkam bulu hidung ku kerana tahi-tahi kucing yang berada di rumah sebelah aku.( dok apartment...nak wat cam ne kan...) aku melangkah keluar dengan lajunya dengan menuruni bukit di jalan 15/56. kemudian melintas jalan besar untuk terus memasuki lorong di kawasan perumahan apartment lama. ku teruskan berjalan dengan pantas nya agr tidak lewat untuk pass in. kebiasaanya, dalam pukul 8 aku telah sampai ke pejabatku. kiranya aku adalah antara terawal yang sampai. (bangga sey...ye ar...ramai agi staf dalam department aku x sampai...biasenye yg dah datang cuma 3,4 orang je daripada 14 orang) hohoho...

pada awal waktu, biasanya aku membuka lappy IBM aku ni dan saja-saja mengexplore setiap fail, padahal aku tak de kerja untuk dibuat. saja buang masa. dan pabila abang fauzi dah sampai ke office, biasanya die la akan menyebokkan diri aku dengan memberi beberapa tugasan yang kebiasaanya tidak putus-putus. hahaha...

baik!jump to lunch time! yeahhh...masa untuk melantak telah tiba! aku keluar office tepat jam 1.00pm dan terus meluru ke kantin pernec yang cumalah beberapa puluh langkah sahaja dari office aku! kebiasaanya aku makan dengan seorang trainee yang bernama azrul dari salah sebuah politeknik di perak(alahai...lupa la ape name poli tu. tapi bukan poli ungku omar). hidangan yang biasa aku kutip ialah seekor ikan keli goreng sambal dan kuah asam pedas sudah cukup memadai untuk mengenyangkan perut yang sememangnya sentiasa kelaparan makanan. kadang-kadang ada juga trainee lain yang join kitorang yg mana tidak makan di luar.

selepas makan, solat dan teruskan berkerja.

balik - aku tanpa buang masa, tepat jam 5:15pm akan ku melebarkan sayap dan menjauhkan punggung aku dari kerusi pusing-pusing untuk terus pulang kerumah! haha...seperti di atas, aku pergi dan pulang dengan melalui jalan yang sama.

setibanya di rumah, aku pasang balik laptop dan bukak winamp dan layan lagu. kalau rajin, bukak kronik dan cari movie-movie yang syok ditonton dan download ia. jika tidak, aku akan mencari ilham dan memantapkan lagi jari jemariku dalam memetik guitar yang sememangnya menjadi peneman aku ketika kebosanan.

dan aku rasa, benda yang sama ini akan terus berulang-berulang-berulang sehingga aku tamat Latihan Industri. OH BORINGNYA SUDAH TERASA!~

0 cemuhan:

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)