Jun 27, 2010

Boikot Israel & Amerika – Senarai Barangan & Produk Israel & Amerika

22

ni sebenarnya dari post blog lama aku yg kat wordpress...aku rasa bende ni patut di terapkan pada diri sahabat2 semua...boikot ISRAEL CELAKA NI!!!sampai bila dia nak bermahajaralalela kat bumi Palestene??common Islam!!BERSATU!!!


Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

22 cemuhan:

TUNGGU APE LAGI...BOIKOT ARR!!!!!

BOikot,,
SeNAng uNtuk Di sebut
Tapi tak Ramai Yang SAnggup
Susah kew???
Tak susah SEbenar nYEw
ia Akan JAdiw SUsah KAlau Kitew TAk ikhlas
jANGAN haNye bilew isLAel mengaNAS
KItew LaungKAN
"jahanam israel"
"boikot israel"
selepAS tuw terUS senyap,,
JANgan memBOIkot SEcarA menGEJut
BUAT pERLAHAN-lahan
LAME-laME kitew mamPU

boikot rokok dulu..tak perlu tulis lahanat/cilaka/jahanam israel,sepatutnya israel tu ditukar kepada zionis sebab makna israel tu kita tau ke apa..israel = tentera tuhan..
renungkan la.nak tulis biarla berilmu sikit jangan main hemtam je..

yang i sedih sekali ia lah kalau kita melangkau keluar sahaja dari Masjidil Haram di Mekah, mengikut pintu King Aziz dan belok kanan, kita dapat perhatikan kiosk BURGER KING. apa komen anda sekalian?

susah nak boikot,kita sendri pi beli,malaysia apa la ada sangat...kalau nak ikut kan bila dah berjaya boikot, 10% saja barangan malaysia,ikan sayur,no computer yg kita tekan tekan ni,no aircond, kipas, bole dikatakan balik zaman jepun la..

sapa yg bole tahan makanan...nak rasa tak salah,tapi jgn la niat nak bantu yahudi.fikir nak bantu rakyat malaysia,islam,mereka x dak kerja nanti...pengangguran paling tinggi nanti.tanah sekarang ni hak milik kerajaan,mcm mana nak kita bercucuk tanam ,perikanan,pertaniaan jika kita dah takda kerja nanti,zaman da berubah,doa je...

assalamualaikum.. hemm..sorang pena kata kat saya,org yg m'beli produk yahudi ne boleh d'ibarat cm PEMBUNUH..coz org yg bli produk ne adlah org yg menyokong dan memberi bantuan kewangan kpd segala kegiatan peperangan kepada umat ISLAM d'PALESTIN dan dunia am'nya..salah x saya ckp cm 2?? hemm

alhmdulillah..saya sendiri suda cuba boikot brg2 drg n byk lg sahabat saya..xmati,siap gak keja :) ..kn byk lagi produk lain kat luar sana..napa perlu beli brg2 ISRAEL ne lg?? sedar lah umat ISLAM sekalian!!
jangan jadikan apa yg kita buat pada hari ini d'soal kat akhirat n menarik kita kedalam neraka..

tp juz guna ja lau dlm keadaan darurat n terpaksa..kn ISLAM agama yg mudah :)

Telah tcatat dlm Al-Quran..mereka adalah kaum yg plg jht & dilaknat..bangsa yg tjuan hdpnya hnya melakukan kemusnahan d dunia.

orang islam lah yang banyak menyokong israel dan amerika..terutamanya kaki rokok yang bodoh dan maha bangang..hahhahahhahahaa...

apa-apa pun kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yg kita lakukan di dunia ini...

Jgn lupa dengan Buldozer jenama CATERPILLAR di bawah SIME DARBY M'SIA. Buldozer ni yang banyak sekali merobohkan Masjid dan rumah2 umat islam di Palestin dengan tujuan meluaskan penempatan haram Zionis Isreal laknatullah!.

"orang islam lah yang banyak menyokong israel dan amerika..terutamanya kaki rokok yang bodoh dan maha bangang..hahhahahhahahaa...". ini org yg komen, memang bangang, goblok, bodoh, and sombong gila nak mampus, kecik2 tak maw mati, dah besar macam babi...try dlu merokok, kalu dan try ckup sminggu, baru lu taw...knapa org yg tjerat rokok x dpt patah blik. wa ada kwn, dia dlu x mrokok and slalu ckp apa bestnya merokok ni, membazir duit jak...tapi akhirnya dia pun mrokok juga. Ada org tegur dia " knapa lu mrkok bro, bikin hbis duit jak" dia kata, bro wa pun mcm lu juga bro, bg nasihat sama org yg mrokok, tapi skrg wa yg mrokok, harap2 lu x macm tu...apa2 pun wa skong sama org yg maw boikot Israel laknat.

salam semua..hati sanubari yg ada sifat kasih sayang sesama mukmin pasti akan tersentuh apabila melihat dan mengetahui bahawa saudara seagama dengan kita sedang diratah hidup2..kita hidup dalam penuh kecintaan kepada bersenang lenang..sedangkan nak boikot produk rangkaian yahudi pun banyak sangat banyak alasannya..hidup ini penuh tipu daya wahai saudaraku sekalian..takut lah kita pada soalan ALLAH selepas mati nanti..takut tak ada jawapan yg relevan ketika berhadap ALLAH nanti..Sudahlah banyak maksiat lain kita tak dapat hindarkan..
Alasan ekonomi la,takut pengangguran la mcm2 lg..Tun Mahathir pernah kata Kalau tak guna produk Yahudi pun tak mati..Takut kebuluran ka kita.. ALLAH sedang menilai iman kita dan amal kita..mudah2han dengan tindakan kita memboikot kerana sayang akan saudara kita maka natijahnya akan beroleh sayang ALLAH..tak kira lah kita hidup susah sedikit tapi saudara kita yg sedang di kepung oleh musuh ALLAH beroleh sedikit ruang yg selesa..mukmin itu bagaikan satu binaan..bagaikan satu anggota badan..anggota badan kita di Palestin sedang sakit sepatutnya kita tumpang berjaga mlm memikirkan jalan dan ikhtiar sesaya mungkin..boikot jalan paling lemah bukan hanya berdoa..sudahlah pi berperang tak mahu!!!

untuk kongsi bersama,

rejim zionis ni dah mencapai lebih kurang 30 tahun maju/kedepan dari kita. memang susah untuk kita tinggal/boikot barangan mereka kerana iklan dan pendedahan kita kerap, hari2 terdedah. tapi untuk renungan, kebanyakan barangan mereka bukan sahaja disalurkan untuk memusnahkn org Islam/juga kaum selain kaum mereka, dari segi ketenteraan, juga dari segi isi KANDUNGAN barangan itu sendiri .. jika anda masih tak tahu perihal ini..selamat membuka mata! sila kaji sendiri .. dari segenap segi mereka nak hancurkan/ mati kan jiwa.

Jika saya huraikan memang tak habis di sini..

Contohnya, produk NESTLE..pelanggaran kandungan makanan bayi, aktif iklankan makanan bayi bwah 6 bulan, dll

cuba kaji lagi.. nokia, nescafe, burger2 mereka, kosmetic mereka, ubat gigi mereka, jika anda tau serba sedikit, anda memang alert.. alhamdulillah..

MMg susah nak boikot, sbb org terlalu sibuk dgn dunia sendri, tapi percaya lah, kandungan barangan keluaran mereka sgt membahayakan dan mematikan jiwa kita..

memang itu lah tujuan mereka, membuat persediaan untuk ketibaan DAJAL.

Assalammualaikum.

Boleh saya tanya di mana saudara mendapat sumber ini? Kerana setahu saya, produk dalam bentuk gambar itu yang sedia maklum kena boikot. Yang selain itu, boleh saya tanya tentang sumbernya? Saya sudah melawat laman persatuan di atas, tapi tak ada pun senarai ... Tolong jawab secepat mungkin. Terima kasih. :)

Sejauhmanakah berjaya boikot produk Israel sedangkan wang fiat USD / RM digunapakai dan pulang kepada bukan Islam juga yahudi penaja Israel

saya izi share demi dakwah islami.

susah nk boikot sedangkn kehidupan kite skang dikelilingi dgn produk israel.tgk je la kt umh,setiap umh mesti ada milo ngn nescafe.pkai nset nokia,pkai jeans levis.

boikot la apa yang termampu..sekurang-kurangnya bila kita kembali kepada Allah kat akhirat nanti, kita ada bukti untuk tunjuk kepada Allah bahawa kita berusaha untuk menyumbangkan sesuatu dengan cara tidak menyumbang kepada ekonomi zionis. sedikit di mata kita tapi besar pada pandangan Allah..

jadilah seperti seekor burung kecil yang berusaha untuk padamkan api sewaktu Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup.. walaupun ditertawakan oleh burung-burung besar yang lain
ia tetap teruskan jugak. bila ditanya, ia mengatakan bahawa kalau Allah tanya dia apa yang ia buat untuk bantu Ibrahim, sekurang-kurangnya ia ada hujah untuk dipertahankan daripada duduk membiarkan sahaja..

semoga boleh diambil peringatan..

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)