Jan 31, 2011

Krisis Mesir : Darurat Melanda Negara Timur Tengah

0

dalam keadaan kusut aku sekarang ni akibat memikirkan tentang status kontrak keje aku (ikut perjanjian hari ni last...tapi bos xcakap ape2) dgn gaji aku masok lambat (termasuk hari ni, dah 2 kali gaji aku masok lambat) dengan Buffered Earning Nuffnang aku tak muncul2 (dah dekat 3 minggu dah dia xkuar...gundah gulana aku jadinya)...

rupa rupanya...masalah yg di hadapi oleh mereka2 yg berada di Mesir lagi teruk! setelah apa yg aku baca di blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita, masalah mereka lebih teruk...aku tak sangka negara minyak dunia tu boleh mengalami darurat sehingga sebegitu sekali...yg lebih membimbangkan, pelajar2 kita yg berada di mesir terpaksa bergelut dgn ketakutan...di rogol, di rompak, dan di bunuh oleh golongan rusuhan...kenapa media massa tak menghebohkan sangat tentang kejadian yg berlaku di sana?


View Larger Map

di sini aku cerita sedikiit dan sebanyak yg aku tahu apakah situasi sekarang yg di hadapi oleh para pelajar kita yg menuntut di sana...(di ambil dari laman jomPHP)

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir


Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

p/s - BAYANGKAN!!! 6000 BANDUAN TERLEPAS!!! sedangkan dalam prison break pon baru 8 orang dah kecoh-kecoh 1 negara...ni kan pula 6000 orang terlepas...BUKA LA MATA WAHAI DUNIA!!!

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia


7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

0 cemuhan:

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)