mode : sejuk!!
mp3 listening : 30 seconds to mars - the kill acoustic
"burung pipit berterbangan,
burung bangau berjalanan,
perut aku kekenyangan,
sebab baru lepas bermakanan."
(ini menandakan aku baru lepas lunch!hahaha...)
hari ni hujan lebat dari pukul 11 lebih. sejuk sungguh!! aku duduk office dalam keadaan jari jemari yang kebekuan akibat sejuk aircond + sejuk cuaca hujan. aku hari ni dan setakat ni masih tiada kerja yang di beri oleh abang fauzi, kak zizah mahupon brader pian. alhamdulillah... lego rasonyo sobab dapek rilek!hahaha...kesian kat staf baru, kak aishah yg kene pikul kerja yang diberi oleh kak zizah + abang pian. huhuhu...
setelah di beritahu oleh sayang dalam beberapa hari yang lepas, kini aku menanam semangat untuk mereka design tee sempena ulang tahun ke-25 tv3. yang menaikkan semangat aku, hadiah utamanya rm10000!!WOW! kalau ku menang pertandingan tu, ku janji ngan sayang ku bahawa esoknya juga aku datang minang!!hahaha...
tapi, nak mereka design itu memerlukan otak yang sentiasa berjalan. sekarang ni otak aku sedang berhenti di pit stop sebab tu idea kurang menyerlah. mungkin design baju aku ni terlalu simple, atau terlalu serabut. hahaha. sebenarnya, aku ni kurang mahir dalam mereka sebuah tee sebab walaupun ianya simple, tapi memerlukan satu inpak yang umph! supaya tee tersebut boleh nampak menonjol pabila di sarungkan di badan kita. kalau sapa2 ada idea, meh la bagi pendapat. nanti kalau menang, dapat makan nasi minyak free kat uma aku! hahaha.
sekarang ini, aku sedang mencari lubang untuk menonjolkan bakat seni design aku. aku ign jadi seorang freelance designer. aku dah dapat satu job iaitu mereka satu cover ep album untuk band BINTANG BATU. walaupun ianya percuma, tetapi aku seronok melakukan job aku. mereka meminta untuk mereka satu design yang bertemakan black and white. bunyinya agak susah kerana tidak banyak rekaan yang dapat dibuat kerana memerlukan 2 tone warna sahaja. setelah beberapa eksperimen yang telah aku buat, dan aku menampak kan sedikit puas hati setelah diterima komen ikhlas oleh encik peco, encik akemal, cik ecah, encik syahmi dan encik haizril. mereka ada menyatakan beberapa pendapat mereka untuk meng-umph kan lagi design aku tu. walaupun tidak banyak perubahan yang aku buat(dengan mengurangkan bold di lambang bintang) tetapi aku tetap puas hati dengan design aku. :)
aku harap lepas ni, ada banyak lagi job yang aku terima oleh orang2 di luar sana. dan dengan ini, tidak lah aku mengsia-siakan bakat yang aku peroleh dari kecil lagi. memang minat aku dalam bidang seni lukisan/graphic/design adalah kegemaran hobi ku sejak dari kecik lagi. walaupun aku mengambil bidang akauntansi yang sememangnya jauh bersongsangan daripada benda yang aku minat, aku harap ini bukan menjadi batu penghalang aku untuk meneruskan minat aku. aku berharap jari jemari ku akan lebih cekap dalam mengawal tetikus serta menjadi lebih mahir dan master dalam penggunaan adobe photoshop aku.
Mar 5, 2009
Hari Ni Hujan Dari Tengah Hari
0Posted on 5:59 PM by hendrastar
0 cemuhan:
Post a Comment
Segala komen dari anda amatlah dihargai :)