Feb 10, 2009

Pemergian Pakwe Dol

0

kelmarin bersamaan 8 Februari 2009, pakcik ku belah abah ku telah meninggal dunia pada yang disah kan meninggal pada jam 9:25pm di rumah anak nya (ku panggilnyaKak Yan) yang berada di AU1. pakcik ku ini merupakan abang yang ke-2 kepada abah ku.(abah anak bongsu)

pada sebelah petang dalam pukul 5, aku, abah dan mak pergi melawat arwah. pada ketika itu, arwah masih hidup lagi tetapi kelihatan gelisah. ku sedih melihat keadaannya yang nampak agak terseksa dgn badan yang kelihatan lebih kurus berbanding ketika ku melawatnya di PUSRAWI dan PPUM. Pakwe Dol (nama panggilan arwah) ketika di PUSRAWI dan PPUM, pada ketika dahulu masih boleh bercakap dan bergurau senda. tetapi, ketika ku melawatnya petang kelmarin, arwah tidak boleh bercakap, tetapi arwah masih boleh mengenali saudara yang datang menziarahi nya dengan respon yang di beri oleh arwah.

dalam lebih kurang pukul 7:30, ku pulang ke rumah dan saudara abah turut tumpang untuk pergi kerumah ku untuk berehat sebentar kerana pada malamnya, kami akan kembali ke rumah sepupu ku. setibanya di rumah, mak masak dgn ala kadar sahaja kerana masa persiapan untuk masak banyak-banyak tidak sempat. mak cuma panaskan lauk tengah hari tadi(rendang daging) dan mak goreng ikan keli, goreng telur pecah dan masak sayur masak sup(aku dah lupa nama dia. masakan orang jawa mak cakap)

selesai makan, dalam pukul 10pm, kami sama-sama berangkat ke rumah sepupu ku itu di AU1. setibanya disana, keadan suasana agak berlainan. kerana orang semakin ramai berkerumun di rumah tersebut. agak pelik sebab suasana agak berlainan sedikit dari tadi petang. masuk ke dalam rumah. ku nampak ada tilam di bentangkan di ruang tamu, tetapi tiada pun Pakwe Dol? itu persoalan yang aku tanya-tanya. abah ingin masuk ke bilik Pakwe Dol tetapi tidak di benarkan sebab dgr nya nak bersihkan Pakwe Dol. Kami anak beranak duduk di ruang tamu berhampiran dengan tilam tersebut.

abah kelihatan gelisah dan mak kelihatan termenung. lalu, abah panggil anak Kak Yan (nama dia aku x igt. sory) lalu abah tanya la, "atuk dah meninggal ke?" lepastu, budak tu pon cakap "aah,baru je." abah tersentak. abah tanya lagi sekali "BILA?" budak tu cakap "dalam 20 minit yang lepas kot." abah dan mak terkaku dan abah pinjam hp mak untuk call Pakwe Ni(abang paling sulung dalam adik-beradik abah) yang berada di Johor untuk menyampaikan khabar tersebut.

tidak lama selepas itu, jenazah di bawa keluar dan semua tetamu yang hadir menziarah membaca yasin serta tahlil yang di ketuai oleh Ustaz(menantu arwah). selepas baca yasin, aku duduk di luar untuk memberi ruang kepada tetamu yang hadir lambat untuk membaca Yasin. dalam pukul 12, abang abah, Pakcik Ganang tiba, dia duduk di Klang(kalau xsilap).

kami pulang ke rumah dalam pukul 1:45am.

keesokkannya, abah bangun awal pagi untuk ambil Pakwe Ni dan Mak Cik Gayah di kl sentral. abah tiba di sana seawal jam 6:20am lagi tetapi, tren keretapi dari Johor tiba lambat dalam pukul 7:00am. dalam pukul 7:30am, abah, Pakwe Ni dan Mak Cik Gayah tiba di rumah. waktu tu aku telah siap pakai baju melayu berwarna hitam dan berseluar jean. Pakwe Ni dan Mak Cik Gayah tumpang mandi di rumah ku untuk menyegarkan badan kerana telah berjalan jauh. umur mereka yang banyak juga mendorong keletihan.

dalam pukul 9:00am, kami bertolak ke rumah arwah. orang ramai berkumpul di rumah tersebut. pada ketika kami sampai, jenazah sedang di mandikan. tak lama selepas itu, para hadirin melakukan solat jenazah secara berjemaah di rumah Kak Yan.

dalam pukul 10:20, kami semua berangkat ke tempat perkuburan di seksyen 21, shah alam. tetapi, keluarga ku melencong ke seksyen 13 dahulu kerana ingin mengambil anak Makcik Gayah yang belajar di kolej PTPL. dalam pukul 10:45, kami tiba di sana dan cepat-cepat menuju ke tanah perkuburan di seksyen 21 yang perjalannya lebih kurang 10 minit dai kolej PTPL.

setibanya di sana, nampaknya kami agak terlambat sedikit kerana jenazah sudah di tanam tetapi tidak sepenuhnya lagi. agak pertama kali ku pergi ke tanah perkuburan mereka menggunakan buldozer(betul ke aku eja ni?) untuk mengorek tanah. sebab sebelum ni semuanya mengguanakn tenaga manusia.

setelah selesai baca talkin, kami tidak pulang serta merta. abah berjumpa dengan kawan lama, sepupu lama yang ada hampir 30 tahun tidak berjumpa. dalam pukul 1, kami pun beransur pulang ke rumah masing-masing.

memang perkara tidak di sangka kan. pada petangnya, si arwah masih bernafas. cuma selang beberapa jam je, Allah telah menarik nyawa nya. Allahuakbar.

semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah. Amin.

mood : penat + bosan
song listening : ungu - andai ku tahu
place - Pernec Paypoint

0 cemuhan:

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)