May 13, 2009

Penyakit Hati Berbisa

0



penyakit hati. sesuatu penyakit yang sangat-sangat menderita. pedihnya bagai di tusuk berjuta-juta jarum tajam di setiap ruang rongga kulit. bisanya mengalahkan ular tedung selar. kerana bisa tedung selar akan membuat kita menderita dan mati untuk jangka masa yang agak sekejap. tetapi bisa penyakit hati ini tidak semudah itu utk hilang. ia akan berterusan menderitakan kita. kadang kala semakin lama semakin teruk. pembunuh no satu di dunia bagi aku.



aku penah merasai penyakit ini. sungguh-sungguh menderita. percayalah. tiada sakit lain yang dapat menandinggi penyakit ini. seluruh anggota badan aku mengigil-gigil. mata merah kepedihan. aku cuba untuk mereleasekan kesakitan ini dengan menghantukkan kepala di dinding, pelik dan ajaib kerana sedikit kesakitan pun aku tidak merasa di kepala aku. sungguh hebat penangan penyakit hati ini.

caranya aku untuk mengubati penyakit hati ini, aku memperbanyakkan menyendiri dan berzikir menenangkan diri. dengan cara ini walaupun bisanya masih menular di dalam hati aku, tetapi aku dapat menahannya sedikit walaupun hakikatnya aku tidak tertahan untuk menahan sakitnya.

0 cemuhan:

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)