May 10, 2009

Aku Memang Tunggal

0

sejak kecil, aku hanya aku seorang. main maenan lego sorang2...deshum...deshum...tembak sana...tembak sini...gaya bagaikan sedang bermain dengan 10 orang riuhnya...tetapi tetap aku seorang...



setelah aku meningkat sedikit ke alam persekolahan...di depan rakan-rakan aku, aku antara orang yang banyak cakap dan hyperaktif. tetapi, bila pulang, aku senyap. hilang segala hyperactivition yang ada di dalam diri aku. hanya memerap di dalam bilik sepanjang hari. selalu bermuram ketika di belakang orang. mungkin akibat aku kekurangan perhatian. di pinggirkan. jauh dari kasih sayang seorang ibu. hanya hidup di depan hipokrit-hipokrit yang berlagak baik di depan mata. aku bencikan mereka itu.

setelah aku meningkat sedikit lagi ke alam IPTA...di depan rakan-rakan aku antara orang yang banyak cakap dan hyperaktif. tetapi, bila pulang ke rumah sewa, aku tetap menjadi hyperaktif. mungkin kerana wujudnya seseorang yang lahir di dalam hati aku. dia selalu menghiburkan hati ku. walaupun jauh di dalam hati aku, masih terdapat bibit-bibit luka sakit sepi yang aku alami sejak kecil lagi. mungkin dia adalah sinar dalam hidup ku.

walauapapun, aku masih seorang tunggal...tidak ramai yang tahu tentang isi hati aku...seorang penyepi dikala sunyi...sunyi...sepi sungguh...aku bencikan perasaan ini...cepat lah keluar dari kepompong hidup aku...jangan ganggu lagi aku wahai sepi...aku nak kehidupan aku sendiri...aku xnak tunggal seperti dulu...

ya...dulu zaman jahiliah...perasaan benci semakin membuak2 jika teringat dulu!!semoga kau wahai dulu...jangan datang kembali di dalam masa depan aku!!

0 cemuhan:

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)