Jan 16, 2010

Kesimpilan Terakhir Di Semester Terakhir

0

besok (16 Jan) pukul lapan pagi...
barang dah siap pack dah...
tinggal masa untuk berlepas ke tempat terpencil kembali...

semester terakhir...merupakan kesimpulan buat kali terakhir...perjuangan kali terakhir...menjadi legend di dalam poli huh impian aku...hendra kan hero?haha

18 hari bulan aku daftar dan hari tersebut juga bday oh abah aku...hapy bday abah!

ohh...aku sudah tidak reti apa benda yang ingin di tulis...cuma sebagai peringatan kepada diri aku sendiri la jugak kot...

oh hendra...ni semester terakhir anda...anda buat lah sebaik yg termungkin...bukan omong omong kosong tetapi bersekali dengan semangat yang kental dan waja berserta wira...semester terakhir perlepasan terakhir ini bermakna kesemuanya aku keluarkan dengan bersungguh2...segala usaha di ulit tawakal dan doa dari aku berserta keluarga ku berserta sayang ku...harap2 daapat la aku menaikkan kembali darjat pointer aku tu...isk isk...

kepada azam budak serumah aku...hg tunggu je la kepulangan aku di rumah sewa...jangan hg lari dari aku ,selepas hg wat taik kat aku...lalalala...mari kita tengok pahlawan mana yang mati tak lawan... (",)('-')(,")

kepada kawan kawan...kita berjumpa lagi isnin ni...

kepada mak abah, balek hantar hendra tu baik2 la ye...take care...

dan kepada sayang...harap sayang dapat kerja yang sayang inginkan...kalau dapat sambung study, sambung je study ye...take care...jaga mama ngan ayah elok2...sayang jaga kesihatan dan jangan boros taw!simpan duit nak kawen nnt...hahahahaha...i love u so much sayang!!!tunggu abg cuti nnt ye!!

btw, aku sudah ada guitar baru...dan aku sangat sangat sangat menyintainya!!!hahahahha...tq abah!!!

balek poli jadi artis sekejap...hik hik hik...jom tubuhkan band indie jom...hahahah...wtf



si putih ozawa


miss this moment...love u sayang!


Jan 13, 2010

Download Naruto Shippuden

0



koleksi naruto shippuden dari episode 1 - LATEST!!!

semuanya hanya ada di www.kronik.org

so apa lagi...JOM JOM!!!

http://www.kronik.org

link khas naruto shipudden klik di sini

Jan 12, 2010

Ketika Ber-Yahoo Messenger Bersama Adip

0


kepada yg tak nampak, cuba tekan image di atas ini untuk penambah besaran untuk penglihatan yang lebih jelas apa yg mereka sembangkan... :)




Jan 10, 2010

AJL ke-24

0



pukul : 9.00pm
tarikh : 10/1/2010
tempat : stadium putra bukiit jalil

1. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
2. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
3. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, lirik: Allahyarham Loloq)
4. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)
5. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
6. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
7. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
8. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
9. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
10. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
11. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
12. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
13. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
14. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

indie sudah menjadi mainstream...tapi xpe...aku respek dekat band2 indie boleh pergi jauh...sapa kata band kecil2an pada suatu ketika dahulu tidak boleh menjadi hebat kan??

tahniah kepada aizat, yunalis zarai, faizal tahir kerana merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga...btw, aku mmg xterperanjat pon yuna dgn aizat boleh jadi top-3...cuma harapan aku nak tengok jugak bunkface dgn hujan naik pentas...btw, hujan siap panggil sexophoneist komplot(Ahmad Jeffny)...aku mmg minat gila kat dia ok...btw, tahniah lagi sekali kepada si pemenang...

Item-Item Ke Semester Akhir dan GUITAR

0

so aku ada seminggu lagi seblm masok balek ke polisux polimas...dan aku masih pening apa benda lagi yang patut aku beli dan stanby kan...okok...antara bende yg dah setel slip bsn yg berharga rm200...slip bank islam yg bernilai rm50 minggu ni la kot aku setel kan...lepas tu duit rumah sewa sebanyak rm70...maybe bayar sekali gus...rm350...sonang cite...barang2 yg aku rasa macam nak beli dalam minggu ni...

1. guitar baru
2. barang2an mandi
3. cooler pad bar
4. baju kemeja
5. kasut
6. external hardisc
7. barang2an tulis2an

kalau ada apa2 idea, sila2lah tambah ya...

ok, bercakap mengenai guitar...aku minggu lepas mendapat mimpi yg aku akan mendapat guitar baru pada minggu ini...tapi bayangan guitar itu masih samar2...so, anda bagi idea cikit jenamaapakah guitar tersebut di dalam mimpi aku itu???dan warna apa ya??hik hik hik...malunye nak jadi artis ni...hik hik hik...





Igor Presnyakov hebat dow main guitar

Jan 9, 2010

Lelaki Dayus Tak Masuk Syurga, Baca Ciri Mereka

0

ada sesuatu yg menarik utk aku kongsi dgn semua orang...aku jumpa ni dalam laman web zaharuddin.net
bende ni bukan utk laki sahaja...tapi aku rasa ada baiknya juga kalau perempuan pon sama membaca nya...renung2kan lah...


Lelaki Dayus Tak Masuk Syurga

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )


DAYUS ADALAH DOSA BESAR

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus. Imam Az-Zahabi menerangkan berkenaan dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

CEMBURU YANG DITUNTUT

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

Semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


credit to zaharuddin.net

Jan 6, 2010

Liyana Jasmay - Aku Jatuh Cinta

0

Sudah lama mencari
Tapi tak ku temui
Rasa yang selalu
Ada di hati
Ada di hati

Kini aku temui
Jalan cerita cinta
Sekian lama mencari
Cinta

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa

Hey yeahh (Ohh..)
Hey yeahh

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cintaku
Rasa cintaku

Ku akur selamanya

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cintaku
Rasa cintaku

Ku akur selamanya


DOWNLOAD HERE



Letak Penghadang Ketika Solat

0


Hadith :

Dari Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya:”kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. sabda baginda:”Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balim pancang itu tidak akan mengganggu solatmu.” (Muslim)

Huraian:

Disunatkan kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta.

Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapan kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya haram.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Jan 5, 2010

Hinaan Terhadap The King Of Fighter

0

mood : terkesima
cuaca : hujan
song listening : boys like girl - love drunk

hari ini sungguh bosan...aku dah melayan movie sebangak 5 cerita kut...antaranya,
Jin Notti
Trailer Park Boys Countdown to Liquor Day
500 days of summer
Crow Zero 2
The Time Traveller Wife

cerita 500days of summer dgn trailer park boys tu je bagi aku best!!movie yg lain dari yg lain...500days of summer ni ceritanya lebih kepada fate dan jodoh...fun la tgk macam mana couple ni jumpa kat office yg sama...lepas tu dugaan yg lelaki tu terpaksa terima sebab si perempuan tu xsuka meletakkan label apa2 terhadap hubungan diorang tapi hubungan diorang mmg lebih dari sebagai kawan...dan lelaki tu macam xboleh tahan kot...sampai la diorang berpisah dan si perempuan tu kawen sorang mamat ni...dan si lelaki ni pula jumpa seorang perempuan baru pulak yg bernama autumn...perempuan sebelum ni namanya summer...

cerita trailer park boys ni pulak macam cerita documentary banduan baru keluar penjara...tengok betapa bodohnya mereka dan kaki minum punya orang...hahaha...cite nimerupakan kesah 3 sahabat yg merupakan banduan(kawan sehidup semati) yg ingin membina sebuah Trailer Park(aku pon xtau apa bende tu)...betapa susahnya nak membina semuanya dari bawah...hohoho...aku bagi 4 bintang untuk movie2 kat atas ni...

ops...terlupa...tujuan aku publish post ni sebabnya dikala aku tengah dalam kebosanan, aku bukalah video2 dalam youtube...macam2 aku tengok...sampai la satu tajuk video ini menarik minat aku...

The King Of Fighter Movie Trailer/Interview HD

waahhhh...bila aku terbaca tajuk ni terus aku menjadi...waaahhhh...fyi...hendra bin musonif ini merupakan die hard fans untuk trilogy game The King Of Fighter(KOF)...aku dah main game ni dari version tahun 1994 sampai ke 2003...lepas tu sampai lah ke version 3d punya.... King Of Fighter : Maximum Impax...sory to say...aku memang minat gila ok...fyi lagi, aku ada koleksi komik KOF ni dari KOF1997, KOF1998, KOF 1999, KOF 2001, KOF 2002 dan komik special edition KOF sejarah Kyo Kusanagi dan Iori Yagami. sebelum aku menceritakan lebih lanjut lagi, suka aku menyatakan character2 kesukaan aku dari dulu sampai sekarang.

pertama; Kyo Kusanagi
































kedua ; Iori Yagami

























ketiga ; K' Dash




































keempat ; Terry Bogard



































Kempat-empat character ni merupakan character terhebat yg biasa aku gunakan bila main game KOF ni...xkesah la bila waktu main kat arcade atau pon main kat dalam pc atau pun ps...kiranya aku tak akan kalah la kalau aku ada guna character2 ni...(pernah guna 1 character je lawan sampai bos...kofkofkof...)

baik...kembali kepada topic...aku ketika sedang asyik menonton video di youtube, aku ternampak tajuk The King Of Fighter The Movie...dan aku terus klik dan melihat treiler tersebut...kecewa...huh...kecewa nya...haih...KECEWA SUNGGUH!!!adakah satu lagi movie sampah yg mat saleh nak buat dari character kartun jepun?wtf??aku dah cukup kecewa dgn Dragon Ball...ini pula THE KING OF FIGHTER!!!!siot betul!!!bayangkan!!Kyo Kusanagi rambut pendek dan xbelah tengah...lepastu RUGAL badan kecik dan lawan guna PEDANG...wtf!!!Mai Shiranui xde guna kipas dan lagi pelik dia bersama Kyo??huh...apa jadi dgn Andy Bogard??lepas tu!!!TERRY BOGARD RAMBUT PENDEK!!!WHAT THE HELL!!!ini satu hinaan terhadap si pencipta The King Of Fighter dan hinaan bagi semua kipas susah mati...huh!!kecewa!

korang tgk sendiri la treiler movie ni...



ps - mungkin xramai yg paham apa aku tulis ni melainkan dia pernah bermain game the king of fighter...harap maklum ya...