2011 dah sampai separuh tahun dah...bulan Jun pon baru je berlalu...fuh...aku rasa macam dah berabad plak tak update blog... @_@
aku bukan apa...di sebabkan kesibukan harian kerja2 yg aku tanggung selama ini membuatkan masa ku terbatas untuk mengupdate blog yang di wujudkan sejak 2009 (alasan je ni...sebenaqnya malaih nak update...)
2011 tahun yang sungguh baru bagi aku...dengan banyak benda berubah contohnya aku baru beli katrij untuk printer aku (selama ni pakai injek dakwat je) dan juga tangan2 aku semakin banyak bijan merah akibat di geget oleh nyamuk nyamuk nakal...mungkin nyamuk ni pakai mask waktu aku spray ridsect kot...sebab tu tak mampuih2...
oh ya...aku baru mewujudkan 1 photoblog khas dari hasil karya aku...tapi aku masih belum publish lagi dekat orang ramai...sebab bukan ada apa pon...baqu ada 2 keping gamaq ja...nanti2 la...bila dah sedia, aku bagi link nya okey??
hari tu aku ada ym dgn peco (bukan nama sebenar), dia ada talk ngan aku pasal azam...azam tahun 2011...so dengan ini, hasil dorongan peco (bukan nama sebenar) aku akan meletakkan azam untuk baki tahun 2011 ni dengan mengecapi azam yg aku target itu :
1. sebijik lense baru; atau
2. sebijik speedlight baru.
cerita pasal lense dengan speedlight ini akan ku cerita di lain enty okey? sekarang ni aku nak update lagi skit sepanjang Jan 2011 - Jun 2011.dengan secara rasminya, 31 Mei 2011 aku telah memberhentikan diri aku untuk terus berkhidmat di syarikat guaman J.Lee & Associates di plaza sentral sebagai Corporate Clerk...di sana aku banyak belajar benda baru dan mereka meletakkan kepercayaan kepada aku untuk membina website mereka...wei....projek besar tu...alhamdulillah...rezeki aku kan... :)
dan kemudian, cerita paleng best...huuuu... 1 Jun 2011 secara rasmi nya, aku telah mendaftar diri sebagai pembantu tadbir di Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bahagian finance...ini satu cabaran yg BESAQ nak mampuih bagi aku...ye la...time blajaq dulu subjek account tak de la kencang...skadar atas pagar 2,3 poin je...la ni aku kene buat akaun...tediaaa...sesak napaih teruih...harap lepas ni aku bule catch up balek bende2 finance ni...(setahun lebih tinggal bai...memang nak kena ingat balek la kan)
harap2 lepas ni aku rajin bloging balek... -_-"