Jul 15, 2009

Perpaduan Imiginasi Konfrantasi Di Mana-Mana

0

di kala aku bangun seawal jam 8:00am, aku terjaga bukannya apa...cuma tidak sabar menantikan berita baik dari sayang untuk terima jawatan di dalam Atira Group Company. dan tahniah sayang, sayang dapat!! :)

setelah mengetahui berita baik tersebut, aku pun makan nasi goreng yg telah sejuk di dalam kuali pagi tadi...ahh!malas nak panaskan...dan tiba-tiba aku teringat akan sebuah cerita yang mungkin tidak ditayangkan di pawagam mungkin kerana tidak lepas syarat-syarat dialog yang dibenarkan oleh pihak kementerian...


GADOH
sebuah filem yang di arahkan oleh Brenda Danker. aku tak kenal siapa Brenda Danker ni, tapi aku respek kat dia kerana berani untuk membuat 1 filem yang mungkin rendah kosnya tetapi penuh dengan mesej yang boleh disampaikan di dalam filem GADOH tersebut. filem ini secara ringkas nya menceritakan tentang kehidupan pelajar sekolah menengah yang masing-masing anti dengan kaum lain.

aku dulu pon bergaul dengan pelbagai bangsa ketika aku sekolah menengah dan aku dapat merasakan seperti ianya sama sahaja ketika aku sekolah dan dalam filem ini...melayu cina india masing-masing dengan kumpulan mereka masing-masing...

cerita ini mengingatkan kembali aku kepada satu plot ketika aku di sekolah jika tidak silap ketika aku di form 4...aku tidak tahu apa sebab dan puncanya, tetapi ketika itu ada satu perselisih paham antara melayu dan cina...ketika tamat sekolah, di luar sekolah bagaikan ribuan lautan pelajar cina dan melayu berkumpul...dengar ceritanya, sekolah dari bukit jalil, bandar tasik selatan,seri petaling,seri sentosa,taman desa,taman yarl turun kat seri petaling!dan aku tengok dah macam cerita crow zero dah time tu...tapi malangnya aku tidak dapat melihat mereka gadoh kerana rediocar polis dalam 4 biji datang ke sekolah untuk mententeramkan keadaan...

baiklah, berbalik kepada cerita GADOH ini...cerita sepanjang 70 minit ini penuh dengan emosi remaja dan nafsu cikgu yang ingin kan nama, pengaruh dan sebagainya...

antara petikan dalam filem ini...semoga dapat menjadi tauladan kepada semua...

“Saya paling tak suka orang cina, diorang ingat diaorang bagus, pijak orang melayu”

“Orang melayu tak hormat orang cina punya, kita terpaksa kerja kuat, nak hidup, nak belajar tinggi, takda duit macam mana nak berjaya?”

“Orang cina makan babi, pengotor, berak tak pernah basuh”

"Saya paling tak suka sekolah ni. sebab sekolah ni bodoh.semua orang dalam sekolah ni bodoh. tak kire la, melayu ke,cine ke,india ke, semuanya bodoh"

“Melayu bodoh, belajar tak pandai pun boleh masuk U”

“Melayu suka komplen, selalu cari salah orang lain, salah sendiri tak nampak”

“Oi cina, ei lu jaga sikit lu punya mulut haa…eh lu tau tak lu menumpang saja dekat negara ni tau, sapa yang cari gadoh”

“Orang melayu tak ada otak”

“Orang cina masok neraka”

"Saya benci diri saya sendiri sebab saya bagi orang lain buli diri saya...sebab saya tak ramai saya tak kuat...saya sebenarnya nak kawan dengan semua orang...tapi semua orang lain sibuk nak cari gaduh...saya tak berani"

"Terlalu bangga dengan bangsa sendiri, tak habis-habis nak cari gaduh dengan bangsa lain"

“Diaorang tamak”

“Bangun pagi tak mandi pagi, badan bau busuk”

movie boleh di download di
http://hendrastar.blogspot.com/2009/06/gadoh-2009-dvdrip.html

0 cemuhan:

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)