malam yang sunyi...terdengar bunyi tapak kaki di atas lantai kayu...
"pak pak pak" bunyi tapak kaki tersebut...
aku yang sedang tidur nyenyak terjaga sedikit...6ixth sense aku telah terperasan sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku pada malam ini...
tangan aku lantas mencapai apa-apa sahaja yang berada di atas meja kecil di sebelah katil ku...
tiba-tiba terlintas suatu lembaga misteri yang sedang bergerak perlahan-lahan bagaikan menghampiri ke bilik aku...aku nampak samar-samar di celah bawah lubang pintu bilik aku...
aku cuma bersedia jika ada apa-apa sahaja yang akan menimpa diri aku pada malam tersebut...
senyap...
aku bagaikan terdengar bunyi nafas yang semakin lama semakin kuat...bagaikan ia semakin hampir ke pintu bilik aku...ya...semakin hampir...sangat-sangat hampir...
aku dalam masa sesaat, terkenang kembali detik-detik manis ketika makan mee rebus pada petang tersebut...sungguh enak...mungkin petang besok aku tidak dapat bau sekali pun mee bandung yang mak masak...aaahhh!!!bengang betul!imbasan mee rebus tadi terus hilang dalam sekelip mata kerana gangguan bunyi tapak kaki semakin hampir ke bilik aku...
degupan hati aku semakin laju...oh pantas sekali bagaikan jantung aku mengepam 100 kali dalam sesaat...tangan aku menggenggam kayu yg aku capai tadi semakin kuat...sangat kuat sehingga terasa panas-panas pedih di telapak tangan aku...sungguh terasa...
dalam fikiran aku, if i die tonight, i want to die as a hero! aku tegapkan pendirian aku! aku tidak ingin mati di bunuh tanpa aku melawan...sungguh memalukan...aku memberanikan diri...pelahan-pelahan aku mendekati pintu..."praaak!!" pintu terbuka dengan sendirinya!!aku terlupa nak tutup pintu betul-betul sebelum tidur tadi!!aku cepat-cepat sorok di belakang pintu dan aku nampak suatu lembaga...
mati kau!!!
aku dengan segala kekuatan melepaskan suatu pukulan tepat ke badannya dengan menggunakan kayu tadi berserta kuasa sekuat sejuta petala langit berserta kuasa putaran medan megnetik! "BOOOOOMMMMMM!!!!!"
aku berjaya...
dia mati...aku gembira...hati aku kembali tenang...aku lantas kembali baring ke katil...sebelum aku memejamkan mata, aku memandang DIA dengan mata yang tajam!
"padan muka kau lipas...berani kau mengganggu aku tidur"
http://killerjo.net
jika anda tidak mempunyai semangat jati diri yang kuat, jangan lah anda klik link di atas ini...terima kasih kerana meluangkan masa membaca kisah ini...sekian...
hendra belajar ingin menjadi hero... :)
Jul 19, 2009
Pembunuhan
1Posted on 4:19 PM by hendrastar
1 cemuhan:
haha... celaka... tekejut i
Post a Comment
Segala komen dari anda amatlah dihargai :)