Showing posts with label Irama Sukan. Show all posts
Showing posts with label Irama Sukan. Show all posts

Mar 16, 2011

Lee Chong Wei Dapat Kata-Kata Semangat Dari 1st Lady

2

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGey02UE77W8nQBABX5RM4BH8ijfRTdKFBNSxHwylzG62YUSG8t-W4zJu0D1OxxrqxH_9h8AqVSH0ekbRDf9lrDIsIfr2Y-Y9nnBv-YhNHmYH2pojUX6W4n4pK55JKsLl-WETfCwsRse0/s400/1

PUTRAJAYA 15 Mac – Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All England awal pagi Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Chong Wei, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Chong Wei itu.

Chong Wei pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All England di Birmingham Indoor Arena, England.

Berucap pada majlis itu, Najib berkata, beliau begitu yakin Chong Wei akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Chong Wei lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.

Beliau berkata, hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil perbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan “kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Chong Wei.”

Perdana Menteri juga berkata, sebelum bertanding Chong Wei menelefon Rosmah, yang merupakan satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

“Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang dan saya juga dapat bercakap dengan Chong Wei turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang,” katanya.

“Pada ketika itu, dia (Chong Wei) tidak menganggap Lin Dan sebagai penentang yang tidak boleh diatasi. Chong Wei juga telah menunjukkan permainan yang begitu hebat sekali dan tidak pernah rasa tertekan tetapi sentiasa mengatur permainannya berdasarkan kepada pelan permainan.

“Pada saya, bila dia mempunyai keyakinan dan komited kepada pelan permainannya, pada masa itu dia boleh mengatasi pencabarnya yang menjadi penghalang besar kepadanya untuk mencapai kejayaan,” kata Najib.

Najib berharap kejayaannya itu dapat dijadikan satu landasan kukuh untuk negara memenangi pingat emas di Sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun depan, yang merupakan “impian kita yang masih belum tercapai,

“Ini adalah harapan saya dan juga 27 juta rakyat Malaysia. Inilah harapan yang kita anggap sebagai cita-cita besar dan impian agung yang menuntut usaha semua pihak untuk menjadikannya satu kenyataan,” katanya. – Bernama

sumber : UTUSAN MALAYSIA

SILA KOMEN... :)

Mar 10, 2011

Simpati Terhadap Rob Van Persie

0



walaupun aku bukan fans arsengal...tapi, bila tgk video ni mmg rasa agak panas hati gak la...wisel kecik nak lawan dgn berpuluh ribu penonton bersorak...kalau korang berada dalam situasi begini kompom panas kan?harap2 match Man Utd xkan jadi macam ni...huuuuhuhu...

Feb 10, 2011

Ulasan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Hongkong

2

http://imagecache.soccerway.com/new/teams/150x150/1442.gif VS http://cache.images.soccerway.com/new/teams/150x150/1100.gif


Dibawah ini ada sedikit ulasan perlawanan persahabatan antara malaysia dan hong kong. Walaupun kehadiran penyokong yang tidak beberapa ramai di stadium, sokongan dari penyokong di stadium pada malam itu sungguh menggamatkan suasana.

Keputusan penuh : Malaysia 2 - Hongkong 0

Malaysia dengan jersi biru pada perlawanan malam ini dan hongkong berjersi merah.

Analisis separuh masa pertama.

Kebanyakan pemain malaysia banyak membuat percubaan, cuma finishing yang tak beberapa kemas dan juga penjaga gol hongkong pantas membuat tindakan. Gol yang dihasilkan oleh Kapten Malaysia (Safiq Rahim) terhasil dari kesilapan pemain pertahanan hongkong pada minit ke-43.

Analisis separuh masa kedua.

pada awal separuh masa kedua, pemain hongkong mula mengatur serangan dengan menggasak pemain pertahanan malaysia dgn membuat beberapa percubaan. tetapi hasil kecekapan keeper malaysia (khairul fahmi) pantas menyelamatkan bola di saat saat genting. pada pertengahan separuh masa kedua, permainan semakin perlahan dan banyak berlakunya pertukaran pemain gantian. pada lewat permainan, pemain malaysia banyak melakukan percubaan dan akhirnya pada minit ke-91, amirul hadi zainal telah menjaringkan gol kemenangan malaysia hasil hantaran cantik dari pemain gantian sabree abu. TAHNIAH BUAT PEMAIN HARIMAU MUDA MALAYA!

Man of the match: -Safiq rahim.

Analisa perlawanan :


Malaysia Hongkong
Possession 55% 45%
Short on target 11/7 7/4
Card 1 kad kuning ` 2 kad kuning


gol pertama malaysia pada minit ke-44



gol kedua malaysia pada minit ke-91



ps - ini membuatkan aku rasa macam nak beli je jersi malaysia bile gaji masok nanti...

Jan 4, 2011

Kelantan hadiah rumah untuk penjaga gol Malaysia

1


Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini, lapor Harakahdaily.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat Kota Bharu hari ini.

Bagaimanapun, akhbar rasmi PAS itu tidak menyatakan nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat ahli parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.

Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.

Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.

- MALAYSIAKINI

Dec 30, 2010

Aku Berbangga Besok Cuti

0

dalam kedinginan malam...sedang tekun aku membalas kembali komen dari berjuta juta peminat aku di facebook,akukedengaran bunyi sorakan bagaikan rumahku ni berada di sebelah stadium bukit jalil...tapi kenyataannya bukit jalil dgn rumah aku anggarannya dalam 20km...mungkin mereka di stadium menguatkan volume mereka kot...

aku pelik betul...tiba tiba ada 1 komen di page seseorang berkata..."Malengsia Curang!" dalam hati aku terdetik...siapa pula malengsia? dia curang kat sapa?? kesian betul kekasih dia sebab kena curang...
http://i51.photobucket.com/albums/f395/_avatar_/nyampur/manki.jpg
horny monkey(lepas tgk final bola endon vs malaysia)
image: from google


kemudian ada pula yg komen "Malengsia Curang Pakai Leser!" felamak!!ganaih betul...curang guna laser...xsakit ke??luka x??hmm...dah lah...sepanjang aku on9 malam tadi, hampir 99.100% mereka komen mengenai bola...aku penyokong setia manchester united...so aku rasa...alaahh...man utd no1 skang ni...wat pe nak kesah...

so aku mengambil keputusan untuk meninggalkan lappy aku dan terus menuju ke tv...sambil menjulur kan kaki ke kerusi panjang, dan mengambil bantal untuk di peluk2...aku mengambil remote dan menekan butang 101...oo...dah start dah bola...ok...tgk la...

................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
...................................lambat nye nak gol............................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................

haa...akhirnya gol pon sebijik...aku tgk permainan malam tadi betul2 buat aku mengantuk...sehingga membuatkan mata aku...mata aku...mata...pejam...zzzzzzz....

GOOOLLL!!!

aku terus terjaga! sial betol!! aku tertekan volume kuat...rupenye endon dah berjaya score 1...so seri la jadi nya...heh...xpe la...xheran...

eh gol lagi?(malas nak tulis panjang lagi)

so akhirnya malaysia menang dgn agreeget 4-2

so Indonesia Kalah Kepada Malaysia...aku pon cepat2 update status kat fb...skang ni memang trend budak2 zaman skang...bila ada apa2 event mesti tros update status fb...bijak betul mark zuckerberg mencipta facebook dgn memenuhi keperluan anak anak muda zaman sekarang ni...



sekarang baru aku kenal sapa pemain malaysia...
dan terima kasih harimau muda sebab bagi kami cuti umum...
duit tu sedekah2 sikit kat budak2 dalam fb ya...


huehuehue...

Dec 29, 2010

Tak Habis Habis Pasal Bola!

1

sambil memandang ke hadapan...aku teruskan berjalan menuju ke depan tanpa berpaling kebelakang...di kanan dan kiri aku ramai betul orang sedang bising bising...yg sebelah kiri aku jerit jerit "KAMI BANTAH MEMBUANG LOGO 1 MALAYSIA" tapi ada jugak kedengaran suara suara halus "kami menyokong logo 1 malaysia di lupuskan di negeri kami"...ahh..pedulikan lah mereka...kalau kau nak tunjuk kan perpaduan, rasanya logo tu xpenting pon...cukup lah sekadar bendera malaysia yg kita ada sekarang dgn 14 jalur merah putih melambangkan 14 buah negeri yg kita duduk sekarang...bisik hati aku sorang sorang...

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTGq2V9cBQdcUjgiYnxhmYq9GxH-zrr5kfiOJpee0OeNyNhgJKN
*sumber google*

dalam keadaan aku mengomel sorang sorang, aku dikejutkan dgn jeritan dan pekikan kuat yg datang dari kanan aku..."INDONESIA GANYANG MALAYSIA!!!"..."MALAYSIA BOLEH!!"..."3-0!!"..."4-1!!"...oo...ni mesti geng geng yg kaki bola..."LASER!!! LASERR!!!"aduh!mata aku kene suluh dgn laser warna hijau...pelaq nak haram...rosak mata aku hg nak bayaq bil hospital ka!!

http://4.bp.blogspot.com/_khKC4I_WL_c/TPdeYRVmPLI/AAAAAAAAAXM/tDVUYvnlfig/s1600/pix_middle.jpg
*sumber google*

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYJaErdrXLt0NeUGFRESv4_6k6PcjIfwJsGc02tfO_r3tIx3tHaCwsFCyWe-oWA-wwfSFYhLZeux9mlpKS1VfTHDz3op9uLVjUxsqp25BW0IBj2xmhyG7Ij6qBwQ9C7SUh5aVjm4DSKn2g/s1600/Laser+Piala+AFF+Suzuki.jpg
*sumber google*

ini lah dunia...tak sehebat mana pun...gaduh bagai nak rak...masuk paper sana sini...baru piala suzuki...blom lagi masok worldcup...sedangkan final worldcup pon xde sampai nak gado2 macam ni...masok paper...lawak betul...menjatuhkan prestij bola sepak je...inilah dia...pemikiran negara dunia ketiga...silap2 status negara membangun pun boleh turun sebab kan hal ni... -_-"

ahhhh~!!!sudah lah...menyampah pulak aku baca paper dalam minggu ni...muka depan je dah 4 hari cita pasal bola je...macam kesah pasal rasuah?mana pulak kesah pasal buang anak?mana pulak kesah pasal bankrupsi?mana pulak kesah pasal rompakan?mana pulak kesah pasal bas eksiden?

nyah kau semua dari pemikiran aku...naik bosan pulak...dah lah...layan ipod shuffle aku lagi best...*teet* -play-

http://newtech.aurum3.com/images/apple-ipod-shuffle-black.png
*sumber google*

oh ya...sblom aku terlambat...aku ingin memperkenalkan kepada semua tentang sebuah laman web yg telah aku buat...dah siap ari ahad ari tu lagi...tapi sebabkan malasn ak bloging so aku inform kemudian...tapi kan, kalau sapa yg dok tgk fb aku, memang boleh tau dah pasal website ni...

ok...aku cite secara ringkas pasal website ni...
nama website ni AUTO GALLERY MALAYSIA(http://www.autogallerymalaysia.my)...dan merupakan website utk company Ray Auto Gallery Publication...mereka bakal mengeluarkan majalah mengenai automotif yg dijangka akan di-release-kan pada bulan februari 2011 tahun depan...so di harap anda semua dapat lah menyokong kami untuk mengembangakn perniagaan kami...LIKE US ON FACEBOOK :D


Jul 6, 2010

Rahsia Germany

0


Gambar menunjukkan Miroslav Klose dari Jerman menerima hantaran bola daripada seorang pemain sebelum dia menjaringkan gol semasa menentang skuad Argentina di Stadium Green Point, Afrika Selatan pada Sabtu lalu.


Jurulatih Jerman, Joachim Loew buat pertama kalinya mendedahkan taktik yang menyebabkan pasukan bola sepaknya mengamalkan pendekatan permainan moden sehingga menumbangkan pasukan lawan dengan jaringan gol yang banyak pada Kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Skuad Jerman itu yang tidak mempunyai ramai bintang bola sepak membuat kejutan apabila melangkat ke separuh akhir dengan mudah berbanding pasukan seperti Brazil, Argentina dan England yang tewas di peringkat awal. Apakah rahsia pasukan Jerman itu yang pernah menjadi juara Piala Dunia pada 1954, 1974 dan 1990.

Jurulatih Jerman itu buat pertama kalinya mendedahkan kejayaan pasukan itu kepada sebuah akhbar di Jerman yang menyiarkan kenyataannya semalam.

Loew mendedahkan bahawa dia menggunakan taktik petak segi empat sama bagi memenangi perlawanan dan seterusnya Piala Dunia.

Jerman sememangnya dikenali sebagai sebuah pasukan yang berjaya tetapi kali ini, mereka turut menonjolkan corak permainan bola sepak yang menakjubkan.

Pasukan itu mara ke separuh akhir Piala Dunia setelah menewaskan Australia 4-0, Ghana 1-0, tewas kepada Slovakia 1-0 dan seterusnya menundukkan England 4-1 serta Argentina 4-0. Bagaimana Loew mencapai kejayaan tersebut?

"Perancangan tentang corak permainan kami di Piala Dunia 2010 telah lama difikirkan iaitu sejak daripada undian perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 4 Disember, tahun lalu," katanya Loew.

Menurutnya, pasukan Jerman cuma boleh merangkul Piala Dunia dengan corak serangan agresif sekali gus menyukarkan pihak lawan semasa di padang.

"Kaedah yang digunakan Itali bagi memenangi Piala Dunia pada 2006 dengan mengamalkan corak bertahan dan menang cuma menerusi satu gol sudah lapuk. Anda tidak akan ke mana-mana dengan bermain seperti itu sekarang. Kami merancang untuk Piala Dunia sehingga mencapai ke perlawanan akhir," jelasnya.

Taktik jurulatih berusia 50 tahun itu akhirnya membuahkan hasil apabila Jerman berjaya menjaring 13 gol setakat ini. Pasukan bola sepak berkenaan juga merupakan yang paling agresif pada Piala Dunia kali ini.

Bagaimana taktik Loew berkesan?

Dia membahagikan padang bola kepada 18 petak segi empat sama yang sama luas.

"Bagaimana kami menyusun dan mengawal permainan di petak-petak berkenaan merupakan faktor paling utama untuk permainan bola sepak yang hebat," kata Loew.

"Setiap pemain perlu tahu posisi mereka pada petak-petak itu supaya tiada pemain bergerak ke serata padang dengan sewenang-wenangnya. Sesetengah petak itu perlu sentiasa dikawal," jelasnya.

Taktik itu bermakna bola sentiasa bergerak dari satu petak ke petak lain sehingga mereka mendekati gol lawan.

Penyerang Jerman, Lukas Podolski dan Thomas Müller sentiasa mengawal bahagian kiri dan kanan padang.

Pemain tengah, Mesut Ozil mengawal segi empat sama di antara garisan tengah padang dan kawasan penalti pasukan lawan manakala Bastian Schweinsteiger melindungi kawasan di antara kawasan penalti pasukannya dan garisan tengah. Taktik tersebut menjadikan Schweinsteiger pemain paling penting dalam skuad Jerman.

Dia merupakan penggerak pasukan Jerman dengan menggerakkan Ozil dan pemain-pemain sayap selain mengatur barisan pertahanan.

"Schweinsteiger mengepalai dan mengatur pasukan itu dengan sempurna," ujar Loew.

Jurulatih berkenaan menamakan taktik keduanya sebagai 'sepak dan lari'.

"Permainan bukan berakhir apabila kami memiliki bola. Saya mahu melihat pemain-pemain bergerak dalam petak mereka dan meminta bola. Dengan cara ini, corak permainan kami adalah lebih dinamik dan lancar.

"Saya tahu beberapa pemain kami amat pandai bermain seperti itu," katanya.

Semua sesi latihan tersebut dirakamkan dan corak larian setiap pemain dianalisis.

"Anda tidak dapat merancang gerakan sempurna semasa sesi latihan. Namun, terdapat mekanisme dan prosedur yang sentiasa sama. Kami akan memperbaiki dua aspek berkenaan," jelas Loew.

Contoh terbaik mekanisme sama itu adalah corak serangan balas pantas oleh Jerman yang membawa kepada kemenangan 4-1 ke atas England.

Serangan balas bermula dengan hantaran jauh daripada Miroslav Klose yang diikuti oleh hantaran lintang daripada Ozil seterusnya jaringan gol oleh Muller.

"Itulah gerakan yang sempurna," ujar Loew.

Pada masa yang sama, dia turut menggunakan taktik psikologi untuk mendapatkan yang terbaik daripada setiap anak buahnya.

Sebelum perlawanan menentang Argentina bermula, Loew menunjukkan beberapa gambar demam Piala Dunia yang melanda rakyat Jerman. "Gambar-gambar itu menaikkan semangat juang kami semua," katanya.

- Agensi

Jun 27, 2010

Good Luck For The Three Lion

0

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:7H8zDcFO5iv5FM::&t=1&usg=__6G06MgF4NEicjU_FRnQlKtKSPxQ=

malam ni pukul 10.00pm merupakan penentuan kepada pasukan sokongan aku untuk menempatkan diri ke suku akhir. kali terakhir england dapat masok suku akhir time 2006 kalau aku xsilap...sory la,time tu spm...so aku tgk worldcup pon ala kadar je time tu...
sewaktu kelayakan untuk masok worldcup,england bukan main gah lagi...hebat gile menang banyak match...lepas tu plak score goal pon bukannye sikit...tapi bile dalam group C, hanya sekadar seri 2 kali dan menang sekali je!!memang bengang la kan...paling tak puas hati, kaki si rooney tu macam haram!macam xgheti nak sepak bola dah...memang bagus la si capello keluarkan rooney time match dgn slovenia...banyak kali peluang rooney...tapi harem semua dia sepak angin je...aduiyay...aku harap suwey england dah xde dah malam ni...kalah kan german!!harap capello turunkan player yg sempurna malam ni...aku sokong korang dari malaysia ni...jangan xmenang plak...nanti aku murtad England baru taw...hahahahha...
okay2...bagi aku gabungan heskey dgn defoe la gandingan yg terbaik...liar di kotak penalti pihak lawan...kalau nak harapkan rooney,duduk diam tgk bola lalu lalang je...bile kaki dah ada bola, sepak angin...memang best kot jadi macam tu kan?(ni la jadinya aku bila dah bengang dgn player bile player main macam tahi)
okay, ni la line up player untuk England worldcup 2010:

1 GK David James
12 GK Robert Green
23 GK Joe Hart
2 DF Glen Johnson
3 DF Ashley Cole
5 DF Michael Dawson
6 DF John Terry
13 DF Stephen Warnock
15 DF Matthew Upson
18 DF Jamie Carragher
20 DF Ledley King
4 MF Steven Gerrard (captain)
7 MF Aaron Lennon
8 MF Frank Lampard (vice-captain)
11 MF Joe Cole
14 MF Gareth Barry
16 MF James Milner
17 MF Shaun Wright-Phillips
22 MF Michael Carrick
9 FW Peter Crouch
10 FW Wayne Rooney
19 FW Jermain Defoe
21 FW Emile Heskey

harap korang main betul2 malam ni dow...aku sokong korang dari belakang dow...aku nak tengok england menang besar dow...jangan tumpas kat german dow...gud luck dow...kita jumpa malam ni pukul 10 okay???adios!

p/s - lepas match England ngan Germany ni, aku akan terus mengupdate pos ringkas di blog...so nantikan ya... :)

http://www.mirrorfootball.co.uk/news/article185995.ece/ALTERNATES/gallery-large/Soccer+-+FIFA+World+Cup+2010+-+Qualifying+Round+-+Group+Six+-+Ukraine+v+England+-+Dnipro+Arena.jpeg