Jan 10, 2009

Bangkitlah Menentang Israel!

0

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0110/Utusan_Malaysia/Kartun/sk_01_big.jpg

Takkan hanya itu sahaja kuasa yang kita mampu lakukan untuk menentang israel? dimanakah semangat juang kita? semangat juang sebagai seorang Islam yang sanggup mempertahankan kedaulatan agama sendiri? israel semakin memijak kita di bumi palestin. tgk seperti dalam tajuk depan akhbar utusan malaysia, "Pembunuhan ala NaziKumpul 110 penduduk dalam rumah dibom, Resolusi PBB tak dipatuh". perbuatan israel semakin melintasi peradaban seorang manusia yang bertamadun dan tidak perikemanusiaan. Bangunlah umat ISLAM semua! bangkit semangat anda!



http://www.utusan.com.my/pix/2009/0110/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg

TERUS BERDEGIL... Walaupun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan resolusi supaya dilaksanakan segera gencatan senjata di Genting Gaza, namun rejim Yahudi tidak mengendahkan arahan PBB itu dengan terus melancarkan serangan di wilayah Palestin. Kepulan asap dan percikan api daripada bom berangkai menyelubungi utara Genting Gaza semalam menunjukkan betapa kejamnya rejim Yahudi itu dan serangan terbaru Israel semalam meragut 12 lagi nyawa penduduk Palestin.

Pembunuhan ala NaziKumpul 110 penduduk dalam rumah dibom, Resolusi PBB tak dipatuh

PBB dedah kekejaman askar Israel mengumpulkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah, sebelum membedil rumah itu berkali-kali 24 jam kemudian, menyebabkan kira-kira 30 orang maut.

Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi gencatan senjata di Genting Gaza.

Israel tidak menghiraukan resolusi PBB dan terus melancarkan operasi tentera besar-besaran dengan 50 serangan udara yang meragut 12 lagi penduduk awam Palestin.

Seorang wanita Ukraine menjadi rakyat asing pertama menjadi korban serangan Israel apabila disahkan terbunuh semalam akibat tembakan askar Zionis.

Hizbullah nafi serangan roket ke utara Israel dari sempadan Lebanon.

Satu delegasi Hamas akan berlepas ke Kaherah esok apabila Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijadual menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk membincangkan cadangan gencatan senjata di Gaza.




sumber utusan malaysia.

0 cemuhan:

Post a Comment

Segala komen dari anda amatlah dihargai :)