Jul 15, 2009

Hari Ini Sayang Interview Lagi

0

Hari ini sayang interview lagi kat Atira Group...tempat lama sayang prektikel dulu...hope sayang dapat la apa2 jawatan kat sana...abg doakan sayang...good luck sayang!!! i love u so much!!!




Jul 14, 2009

Sony Ericsson C510

3



dia telah memukau hati aku...(walaupun aku terpaksa menutup mata terhadap 5800XpressMusic...mahal la weh!rm1350) Sony Ericsson C510 merupakan sebuah hp yg kira mencukupi specs nya buat masa sekarang(walaupun xde gps dan wifi) cukup sempurna bagi aku jika mempunya camera 3.2mpx...cukup sempurna utk aku membuat self portrait untuk di paparkan ke dalam maispes dan pesbuk...

walaupun aku masih tidak dapat lagi telefon bimbit tersebut(sebab stok xde...minggu depan sampai direct to home) tapi aku akan menunggu dengan penuh kesabaran walaupun bday aku hanyalah pada hari khamis ini...oh hapy bday hendra...

ok, bercerita mengenai specs;
aku tak tau sangat pasal model C ini sebab rasanya baru lagi(rasanya tahun ni baru keluar model C)urm...aku dah tgk review kat youtube dan hasil agak menarek...tetapi agak menyedihkan kerana ianya tidak didatangkan sekali dengan memori card...(aku tgk dalam Sony Ericsson C510 unboxing video) dan aku tengok review mengenai function dia, termasuk 3.2mpx, support java,dan function2 lain yg biasa2 sahaja...aku harap hp ni dapat berjasa lama seperti hp disko yg sememangnya aku gunakan sejak form 4...

apa-apa pun, bday aku semakin tiba dan alaun aku masih senyap sahaja...alaun bulan June aku tak dapat lagi...memang la kusut sekarang ini...beg converse sedang melambai-lambai kat aku...macam mane ni...haih...ko tunggu je la aku wahai converse...nanti aku datang ragut ko ye...dok situ diam2...hahahahha...

ape-ape pon, aku tadi download album Alesana - Where Myth Fades To Legend...lagu memang best...terima kasih kepada si uploader...

disini aku sajikan bersama review mengenai Sony Ericsson C510.


Nokia Vs Sony

2

pagi tadi pada ketika aku masih lagi dalam angau-angau mimpi-mimpi(walaupun tak mimpi), tiba-tiba aku dikejutkan oleh 1 panggilan...oh man!!ngantok ni...potong stim betui! tertera di kaca telefon nokia 6070 yg susah nak tekan(btw,nokia disko dah xleh pakai...jahanam tahap rabak dah).

"hendra dah bangun belum?
"dahh..."(bohong sunat)
"urm...hendra ada nak pergi pernec ke ari ni?"
"urm...tak kot...tengok dulu...kalau siap report pergi la dalam petang cikit"
"ooo...ok...nak hp baru?"
what!omaigosh!!!dari separa sedar terus segar bugar mata aku...
sambil sengeh-sengah jawap hp macam kerang busuk...dan aku mengatakan "naaakk"
"ok, pukul 6 ejas sampai kat kelana jaya"
"orait"

huh...hp baru...waaaw...aku tros berangan yang bukan-bukan...adakah iphone?adakah sony xperia...adakah nokia xpress music...ohhh...sudah...sudah...lupakan angau...sekarang tiba masa untuk berkerja...buka laptop dan masuk ke web https://www.mobile88.com... hurm...nokia atau sony atau motorolla...

sebelum ini, aku telah menargetkan diri untuk menuka model hp ke sony ericson...jom kite tgk senarai yang aku idamkan...

i) sony ericson k810i
ii) sony ericson k800i (yg ni ramai sangat orang pakai...naik benci pon ade gak...tapi model ni la plg banyak berjasa mengsnap gambar aku)
iii)nokia 6280 (ini adalah hp idaman aku selepas SPM...sungguh aku minat sangat)
iv) motorolla v3i

ini adalah hp yg aku target pada ketika dahulu...tapi, setelah mengepost buletin di maispes dan status di pesbuk, ramai orang menyuruh aku untuk mengambil model nokia...
i) aku suka pasal nokia sebab tahan lama(mmg tahan...hp disko aku ni sejak aku form4)
ii) lepas tu aku suka pasal nokia ni sebab dia banyak model dan cun2 belaka(kalau tolak kedai balek pon harga maseh tinggi)
iii) dan yg terakhir aku suka sebab nokia lebih banyak suport file...

tapi yg aku xsuka mengenai nokia ni sebabnya
i) camera dia ada bintik-bintik (selepas di tranfer ke pc) xcaye korang wat la(sony smooth je)

aku suka model sony sebabnya :
i) murah
ii) camera mmg mengancam...
iii) sound ok...(tapi model xpresmusic yg baru sound diorang dah sama taraf...hebat gak nokia ni)

ok...dan keputusannya, aku pon tataw...hahahhaa...tapi tadi aku dah wat banyak review...dan aku minat kat 2,3 model ni...antaranya...nokia 5610,nokia 5320 dan nokia 6220...tapi aku tawar hati nak amik nokia 6220 sebab abah aku guna hp ni...tapi aku minat gile! kat model ni sebab spec dia mmg bagus...banyak function...ada GPS!hurm...aku akan take note utk ini...si acapan menyuruh aku utk mengambil nokia 5800 xpresmusic...tapi aku rasa macam tak nak(sebenarnya tak mampu buat masa sekarang)haih...xpe la...petang ni aku survey dulu...kalau jadi aku grab je la...kita tgk plak promoter diorang...hebat tak dalam melamar nafsu aku...

btw, kamis ni bday aku...dan celcom masih belum hantar msg bday...damn!!aku nak free call/msg seminggu!!!arghhhh!!!!(inilah jadinya selepas last menet aktifkan xpax...ye la...dulu gatal sangat pi tukar celcom blue...)

ok2...nak mandi...nanti update lagi...adios~


Jul 13, 2009

Umat Islam boleh semak arah kiblat Khamis ini (16 Julai)

0

Umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman, atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Omar Said berkata arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya," katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri di sini hari ini.

Kursus anjuran ILIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah itu dihadiri 44 orang peserta yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut Omar perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA


Kembar Lain Mak Bapak

2

sebenarnya bende ni pon memang dah lama dah...cuma aku yang kurang ambil perhatian...sebab risau takut ada orang misunderstanding...bukan apa, aku cuma seorang yang simple dan suka kan priversi...aku bencikan paparazzi dan mamarazzi yang kadang kala menyangka aku adalah seorang bintang yang terkemuka dan hebat di serata dunia...

oh...mengapakah begini jadinya...terpaksakah aku memakai topeng batman untuk menyembunyikan identiti aku? adakah aku terpaksa acting sebagai seorang yang jutawan ataupun ribuan(pon jadilah) untuk menyembunyikan identiti aku? adakah aku terpaksa...arghhh!!tak ada idea dah...abaikan...

nampaknya selepas ini aku terpaksa lebih berhati-hati...kerana seorang dari user kronik telah mendapati aku adalah orang tersebut...madz, seorang yang berasal dari utara telah melahirkan sebuah thread yang bertajuk...Adakah Ini Hendrastar? di situ ramai yang mengatakan bahawa aku nih iras2 nick jonas brother? ahhh...damn!!!betul ke???aku ni siyes tak pernah dgr lagu diorang sebabnye tak minat...siyes weh!!aku tak minat dgr boyband macam tu la...kalau time skola rendah suka la dgr backstreetboys, nsync...adoii...jatuh martabat aku sebagai seorang pungumpul music tempatan...isk isk...

ini buktinya

ini buktinya lagi...

oh...aku tergelak tengok gambar ini...daje sungguh mereka membuat thread ini...haih...kenapakah aku menjadi mangsa??? harap2 mereka sedar akemal seperti paul bearer...pengurus undertaker time dulu2...dan peco, hg jangan perasan orang ngata hg korean...pungkoq hg!!

http://titter.com/uploads/image/43928-jonas-brothers-pop-gossip-titter-nick.jpg




MOOD : BOSAN...
SONG LISTENING : ALESANA - APOLOGY
P/S - Aku belum mandi lagi...skang da pukul 12:22pm...anda hebat hendra...lama x buat rekod macam ni... ~_~