Mar 9, 2009

22 Ciri Orang Mencintai Kamu

0

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling ***** di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

Kolej Tunku Kurshiah - Lawat Kak Cik

0

tempat : kolej tunku kurshiah, negeri 9
sebab : lawat kak cik
cuaca : panas berdenting

haaaiiii...lame betul tak menulis. hari ni, aku pergi lawat sepupu aku yang baru saja form 1 kat kolej tunku kurshiah. sekolah berasrama penuh yang terletak di dalam hutan kot?hahaha...memang agak pendalaman dan mengambil masa dalam 5-10 minit untuk pergi ke pekan(naik motokar).

pergi ke sana agak serabut pada mulanya sebab kebanyakan jalan sudah berubah dan abah teragak2 untuk masuk ke simpang sebab mmg dah lame sangat abah x pergi negeri9.

tapi, agak syok gak sebab dapat tiba ngan selamat.

ok, time jumpa kak cik;

aku tgk, dia makin kurus...pipi dah susut cikit. haih...agaknye lauk kat dining hall x sedap kot. hahaha...tapi xpe la...nasib tadi pagi mak wat kan karipap utk kakcik(aku tolong potong kentang ok) . sonok dapat jumpa kakcik tadi, tgk macam mana dia dok kat asrama penuh dan berjauhan dgn keluarga.

agak cool dan sempoi kakcik tu. tabah je xde ape2...aku tanya die;
"kak cik ade nangis2 x?"
acik jawab, "tak de pon." sabil minum air sirap bandung dia.

mmg steady budak kecik ni. nak je aku cubit2 pipi die macam aku biase dok wat kat uma mak ucu. tapi cian plak kat kak cik ni sebab time dok minum tu ade budak2 lain gak...hahaha...geram!

anyway, harap kakcik blaja la betul2 kat situ k. nanti abang cuti blk johor,acik ade, abang belanja kepci ok!hahaha...

Mar 5, 2009

Hari Ni Hujan Dari Tengah Hari

0

mode : sejuk!!
mp3 listening : 30 seconds to mars - the kill acoustic

"burung pipit berterbangan,
burung bangau berjalanan,
perut aku kekenyangan,
sebab baru lepas bermakanan."
(ini menandakan aku baru lepas lunch!hahaha...)

hari ni hujan lebat dari pukul 11 lebih. sejuk sungguh!! aku duduk office dalam keadaan jari jemari yang kebekuan akibat sejuk aircond + sejuk cuaca hujan. aku hari ni dan setakat ni masih tiada kerja yang di beri oleh abang fauzi, kak zizah mahupon brader pian. alhamdulillah... lego rasonyo sobab dapek rilek!hahaha...kesian kat staf baru, kak aishah yg kene pikul kerja yang diberi oleh kak zizah + abang pian. huhuhu...

setelah di beritahu oleh sayang dalam beberapa hari yang lepas, kini aku menanam semangat untuk mereka design tee sempena ulang tahun ke-25 tv3. yang menaikkan semangat aku, hadiah utamanya rm10000!!WOW! kalau ku menang pertandingan tu, ku janji ngan sayang ku bahawa esoknya juga aku datang minang!!hahaha...

tapi, nak mereka design itu memerlukan otak yang sentiasa berjalan. sekarang ni otak aku sedang berhenti di pit stop sebab tu idea kurang menyerlah. mungkin design baju aku ni terlalu simple, atau terlalu serabut. hahaha. sebenarnya, aku ni kurang mahir dalam mereka sebuah tee sebab walaupun ianya simple, tapi memerlukan satu inpak yang umph! supaya tee tersebut boleh nampak menonjol pabila di sarungkan di badan kita. kalau sapa2 ada idea, meh la bagi pendapat. nanti kalau menang, dapat makan nasi minyak free kat uma aku! hahaha.

sekarang ini, aku sedang mencari lubang untuk menonjolkan bakat seni design aku. aku ign jadi seorang freelance designer. aku dah dapat satu job iaitu mereka satu cover ep album untuk band BINTANG BATU. walaupun ianya percuma, tetapi aku seronok melakukan job aku. mereka meminta untuk mereka satu design yang bertemakan black and white. bunyinya agak susah kerana tidak banyak rekaan yang dapat dibuat kerana memerlukan 2 tone warna sahaja. setelah beberapa eksperimen yang telah aku buat, dan aku menampak kan sedikit puas hati setelah diterima komen ikhlas oleh encik peco, encik akemal, cik ecah, encik syahmi dan encik haizril. mereka ada menyatakan beberapa pendapat mereka untuk meng-umph kan lagi design aku tu. walaupun tidak banyak perubahan yang aku buat(dengan mengurangkan bold di lambang bintang) tetapi aku tetap puas hati dengan design aku. :)

aku harap lepas ni, ada banyak lagi job yang aku terima oleh orang2 di luar sana. dan dengan ini, tidak lah aku mengsia-siakan bakat yang aku peroleh dari kecil lagi. memang minat aku dalam bidang seni lukisan/graphic/design adalah kegemaran hobi ku sejak dari kecik lagi. walaupun aku mengambil bidang akauntansi yang sememangnya jauh bersongsangan daripada benda yang aku minat, aku harap ini bukan menjadi batu penghalang aku untuk meneruskan minat aku. aku berharap jari jemari ku akan lebih cekap dalam mengawal tetikus serta menjadi lebih mahir dan master dalam penggunaan adobe photoshop aku.

Mar 3, 2009

Cleopatra Stratan - Numar pin'la unu (original version)

0



semua lagu2 cleopatra stratan ni betul2 mencuit hati aku. dah la comel budak ni...dah pandai menyanyi ngan acting depan camera...ni adalah video numar pin'la unu...lagu ni pon best gak...tgk viedeo dia, kecik2 lagi konon2 nya dia lah pelakon,dialah cameraman,dialah director...hahaha...lawak2...tapi kreatif...5 bintang untuk si comel... :D

Myo Oh Chentaku Vector

0



aku rasa aku minat sgt ngan gambar ni...cun semacam jek...so,aku amik tindakan untuk membuatkan gambar ni jadi wallpaper lappy aku...mmg hensem... :D :D :D