Aug 15, 2012

Raya?

0


Jun 7, 2012

Rezeki Bulan Jun

2



May 30, 2012

Bagaikan Bintang Nun Jauh Di Sana

0

memang tiada harapan lah nak kesana melainkan ada rocket yang membawa aku kesana.

May 29, 2012

Sola Soley

0


sangat sexay sony xperia sola

Tiba-Tiba

1

"tiba tiba langkahku terhenti sejuta tangan telah menahanku, ingin ku maki mereka berkata tak perlu kau berlari mengejar mimpi yang tak pasti."

ya aku akan berhenti berlari...kerna aku sudah letih mengejar mimpi yang tak pasti kesudahannya...biarkan realiti membawa hala tuju yang sebenar...mungkin ini nasib diriku...

Apr 3, 2012

4/4/2012!

0


bernafas dengan lega...fuuuuhhh...........

The Devil Beside You

0


INI SANGAT SANGAT MELEBURKAN TAHAP KESABARAN AKU...TERIMA KASIH SI PEMUKUL...

Apr 1, 2012

Dugaan

0

Dugaan & cabaran akan membuatkan kehidupan lebih bermakna...hadapi lah ianya dgn tabah...

Mar 21, 2012

Perhentian

0

Segalanya harus berhenti di setiap signal "BERHENTI"!

Mar 20, 2012

Pari pari membelah awan

0

hari ini tergerak hati nak berblog balik...
setelah fb di dilit hampir 2 bulan lebih, rasa diri lebih lapang...ibarat pari pari membelah awan...
hati lapang diri tenang ibarat mendengar alnunan besame mucho dari julio iglesias...
bidadari biru di sisi ku pelbagai rahasia tersembunyi di keliling menyebab kan hati gundah di badai ribut yang bahagia...

awan hitam menjelma, jelmaan yang menakutkan mengelilingi tubuh kecil membuat tubuh terkaku...bangunlah dari mimpi...bangun dari mimpi....

Oct 3, 2011

Orang Kaya Dan Orang Miskin

1

Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio Perak, sekejap Kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor. Kelihatan beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk di situ. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
“Nak apa?!”
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
“Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..”
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
“Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!”
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!
Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
“Sudah nak!!” Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
“Kenapa ni? Gila?!”
“Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit,” dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.
Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku meluat melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi berlagak seperti fakir. Mungkin..
Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
“Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?”
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu per satu, perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
“Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula, nak.”
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
“Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati.”
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu

Sep 26, 2011

7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita

1

Memandang matanya adalah salah satu tips untuk menjadi pendengar yang baik

Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.

Mrs Teddy juga suka bercerita dan meluahkan perasaannya kepada saya. Sebagai seorang lelaki, saya akan mendengar dan memberikan sepenuh tumpuan kepada apa yang ingin beliau sampaikan. Hanya dengan mendengar, anda akan membuatkan si dia kembali ceria dan happy. Kerana dalam hatinya, si dia tahu yang anda ada untuk mendengar luahan hati dan perasaannya.

Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...

1. Berikan perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut. Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.

2. Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya. Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan kerana anda ada untuk mendengarnya.

3. Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.

4. Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam mana dia boleh jatuh?".

5. Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.

6. Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.

Mudah bukan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah, mendengar. Itu sahaja.

Perempuan akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya... :)

Sep 24, 2011

Kezutan! WOW!

1

baru xsampai 10 menet tadi ada orang dari fotomedia telah meng-call aku utk tag along skali tgkp gambar event kat picc putrajaya...perghh!! aku xsangka plak di call oleh orang2 besaq kat dalam fotomedia tuh! huuu...rasa agak berbesar hati sebab di pilih utk tag along skali(ada bayaran skali ok!) tapi saya minta maaf sgt banyak2 sebab xdapat join sebab event tu cover utk hari khamis, jumaat dan sabtu...mmg xdapat nak join lah bang...saya kerja time tu... :((

kezutan kedua!
aku nak beli lense baru!! YEAY!!! tapi aku nak beli gak laptop baru!! YEAYYY!!!

mcm haram...tiba2 banyak plak keinginan yg perlu aku penuhi nafsu aku ni...adoiyay...terpaksa la aku bersabar...haih...

Sep 9, 2011

Tiba Tiba Je

0

plggn dihargai, mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yg berkenaan. info:www.celcom.com.my

mmg kebetulan cukai naik time2 PRU nak dekat...sekurang2nya diorang dah buat prepairation...kalau kalah, duit simpanan ada banyak...kalau menang mcm biasa lah...buat lagi kerja kerja nakal mereka...heh...

Aug 25, 2011

Jalan Yang Dijangka Ada Speedtrap Waktu Raya 2011

0

http://elitemrp.net/iat/examples/speedtrap.jpg


PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 3086 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)

6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)

7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)

8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)

9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)

10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)

11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)

12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)

13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai

14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)

15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)

16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)

17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)

18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas

19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang

20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju

21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Aug 18, 2011

If You Pick A Wrong Fight At Least You Pick A Right Weapon

0

bertarung demi maruah...perjuangkan ia sehingga ke akhir hayat...ya...kita semua boleh!

Aug 16, 2011

Lelaki Yang Membeli Dunia

0

ini merupakan kesah benar tentang 2 sahabat yg tak beberapa rapat...pada suatu hari pak kadir menegur edruce...edruce yg merupakan kacukan german siam fasih berbahasa melayu kerana telah menetap di malaysia yg berbilang bangsa ini sejak kecil...satu malaysia katanya...

assalamualaikum edruce...(salam pak kadir sopan)
waalaukumsalam...apa kabar pak kadir? lama kita tak jumpa...(jawab edruce dengan penuh nur di muka)

pak kadir tegur kamu ni bukan apa...pak kadir ni nak memasang hajat ni...pak kadir ingin bercita cita nak membeli dslr...tapi pak kadir kurang mahir bab bab ni...edruce pasti nya lebih mengetahui kan sebab german kan negara yg hebat dalam bidang fizik nya...telus hajat pak kadir yg ingin berkongsi impiannya bersama edruce...

"tapi pak kadir..."edruce cuba memotong ayat pak kadir tapi tidak berjaya...

pak kadir meneruskan falsafahnya lagi...

pak tau...dengan ada nya dslr ni, sambil pak berniaga sate di malam hari dan di pasar malam, pak boleh juga buat job seperti menangkap gambar model dan gambar pengantin di malam pertama...eh...silap...gambar pengantin di hari di sandingkan...haa...begitulah dia hajat pak kadir...dengan kebetulan edruce ada di sini nak juga pak kadir bertanya kepada edruce model camera apa yg bagus??

edruce yg semakin kerunsingan dan tidak selesa dengan soalan yg bertalu talu dari pak kadir akhirnya dia menjawab...dengan memulakan ayatnya seperti ini...

ehem...pak kadir...pak kadir ni larat ke nak pergi tangkap gambar pengantin? nanti terbongkok sikit terseliuh tulang belakang abis macam mana nak teman mak kiah niaga sate nanti??

pak kadir tak ingin mengalah...

ala edruce...mak kiah tu kan ada...kalau sakit dia boleh tulung urutkan...tiap2 malam mmg mak kiah kau tu tolong urutkan pak kadir ni ha...sebab tu kuat je memanjang...rahsia suami isteri...hehe...

edruce yg masih mentah itu semakin berserabut...lalu edruce berkata...

oklah pak kadir...kita direct to the point ok...sy ni pon bukan suka sangat memadamkan hajat seseorang...so sebelum apa2, kita kene la ada budget kan...brapa budget pak kadir??

oh...begitu...dengan perniagaan jual sate dah semakin maju di bulan ramadhan ni, pak kadir ingat budget nak beli dslr ni dalam 5ribu la...agak2 model apa yg best edruce??

edruce termenung jauh memandang tepat di tiang lampu yg jauhnya 100 meter dari tempat edruce berdiri...

mengikut budegt yg pak kadir ada sekarang ni, elok lah pak kadir amik pentax k5 atau pun nikon d7000 mahupun canon eos 60d...semuanya hebat2...

setelah ulasan pajnag lebar dari edruce kepada pak kadir, kemudian kini tiba giliran pak kadir pula untuk termenung panjang...

kalau begitu pak kadir nak pilih pentax k5 la...nama nya gerun...macam legend je...ok tak edruce??pentax ni ada mode auto kan?? camera ni boleh buat berniaga tak? macam tangkap gambar model bikini atau perkahwinan??

edruce dengan selamber menampar kepala pak kadir sehingga pak kadir terjatuh melutut di lantai yg penuh dengan lumpur dan tahi lembu...pak kadir yg dalam kebingungan terpaksa menahan sakit...dia hampir semput di situ...mujur ada orang di sekeliling membantu pak kadir..edruce berlalu dari tempat kejadian dengan mengeluarkan katakata kesat...kurang pahala puasa dia pada hari ini...

ps - dslr bukan barang kosmetik...anda faham kan maksud itu?

selamat berbuka puasa kepada yg berpuasa hari ini...

Aug 15, 2011

Memang Dugaan Di Bulan Puasa

2

klik imej utk tumbesaran

jika anda pembaca setia hendrastar.blogspot ni pasti nya anda terbaca yg sebelum ini...
pasti anda semua berasa simpati dengan saya kan? ptptn ni benar2 mengujhi keshabarhan saya di bulan puasa...semoga hutang ptptn aku cepat abis...amin...

OMG!!!

3

klik gambot utk tumbesaran

HAHAHAA...ampa ada ka?

Aug 10, 2011

Roti John

0

sebatang roti panjang ...di belah dua...tepat di tengah tengah...di potong sedikit demi sedikit untuk mempastikan belahan tersebut tepat dan seimbang...selesai sudah aksi belahan, di cungkil sedikit majerin yg licin kekuning kuningan dan di sapu pada roti yg terbelah tadi dengan daya momentum yg tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan...kemudian telur di pecahkan di dalam bekas...di pecahkan tanpa rasa simpati...ada juga cara dengan memecahkan telur dengan menggenggam telur tersebut sehingga pecah...ikutlah cara apa sekali pun...asalkan pecah...setelah di pecahkan, telur tersebut di kacau dan di campurkan dengan sedikit bawang dan ikutlah nak letak ayam ke, daging ke...kemudian di letak di atas kuali dan roti yg pada awalnya tadi di letakkan di atas telur terbut dan di bakar bersama...selesai di bakar, roti dan telur tadi di tabur sedikit sayur kobis dan di bubuh sos...ikutlah sos apa yg anda mahu...campuran cilisos+mayonis+mustard+bbq...terbaik...



KUALA LUMPUR, Aug 8 (Bernama) -- In any Ramadan bazaar, there is always the

crowd favourite.

To Petaling Jaya residents, the Section 14 bazaar popiah needs no

introduction. In Kuala Lumpur, the Datuk Keramat Ramadan Bazaar ''Roti John'' has

been enjoying not just brisk business but is fast gaining popularity this

Ramadan.

There are at least four stalls selling the same snack at the bazaar, but

Roti John Titiwangsa, operated by Mohd Amri Osman, clearly stands out, judging

by the long line of customers at the stall.

''Roti John'', an omelette sandwich with minced meats and condiments spread on

a long bread is a popular hawker snack among Malaysians.

A visit by Bernama to the bazaar saw that although it was only 15 minutes to

the breaking of fast, there was still a long queue.

The customers waited patiently for their turn and did not seem to give up.

Many of them were regulars while some were new customers. They made a beeline to

the stall on recommendation via word of mouth.

-- MORE RAMADAN-ROTI JOHN 2 KUALA LUMPUR

One of the customers, Siti Habsah Amdan, 46, said the long wait was worth

it.

"This is only the second time I am buying personally, I never knew that I

have to wait so long, but I don''t mind at all. "Normally it is my husband who

does the buying. I will recommend that you add on cheese," she said.

A new customer, Mohd Hakimi Md Yaakob, who had been queuing for 30 minutes,

said that he had heard about the popularity of this particular roti john since

beginning of this Ramadan. "I always see a long queue of people at the stall. It

must be delicious," he said.

-- MORE

RAMADAN-ROTI JOHN 3 (LAST) KUALA LUMPUR

The item at Amri''s stall are sold at between RM3.80 to RM5. Amri, 38, who

has been selling roti john for 10 years, said he learnt to make the snack from a

friend and later worked on his own improved recipe, which he said was a secret.

There are four types of roti john on his menu, namely chicken, beef, tuna and

special.

"On normal days, I will operate at a site near the Datuk Keramat''s mosque.

During Ramadan, we will move here and start at 3pm when the crowd starts to

gather. "Busines has never been this good," he said to Bernama while busily

getting the orders done.

-- BERNAMA

VMP KHY CHW HA



gabungan teloq dengan roti serta campuran sos dapat menghasilkan satu rasa yg sungguh stim!